Pulut Udang Kalau Nak Lagi Sedap Kena Tambah Bahan ‘Rahsia’ Ini

Share

Pulut Udang Kalau Nak Lagi Sedap Kena Tambah Bahan ‘Rahsia’ Ini

Pulut udang biasanya bila kita makan, tentu kita mahu intinya banyak bukan? Kalau beli di luar, memang tak akan dapatlah pulut udang yang mewah dengan intinya.

Kalau kita nak puas makan, kenalah usaha lebih sikit. Apa kata kita cuba masak sendiri. Berapa banyak inti kita nak letak, ikut suka hati kita. Tak perlu nak ‘sekat-sekat.’ Bila buat sendiri memang puas hati sebab boleh makan berulang-ulang.

Resipi pulut udang ini sesuai dijadikan sebagai menu minum petang bersama keluarga. Jom kita cuba resipi yang dikongsikan Ariff Budiman Zainal Abidin ini.

RESIPI PULUT UDANG

 

BAHAN INTI PULUT:

3 cawan kelapa parut putih (dalam 1 biji)
2 batang serai*
2 biji bawang merah*
2 sudu besar udang kering* (dalam segenggam)
1 inci kunyit hidup atau serbuk kunyit*
2-3 sudu besar cili kisar*
1 sudu besar jintan manis* | tumbuk halus
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
Sedikit udang hidup | goreng dulu dan asingkan (bahan rahsia)

CARA MEMBUAT:

1. Kisar bahan-bahan bertanda.* Sementara itu, masak pulut macam nasi. Masuk santan, garam dan daun pandan.

2. Panaskan minyak. Tumis bahan yang telah dikisar.

3. Masukkan garam, gula. Kacau hingga agak kering.

4. Kelapa dikisar bagi halus.

5. Masukkan kelapa, udang hidup dan kacau hingga sebati. Lebih kurang selama 10 minit.

6. Ambil pulut, penyek bagi leper dan letak inti tadi. Saiz pulut ikut masing-masing nak besar mana.

7. Kemudian, bakar di atas dapur sehingga masak.

Resipi ini bukan sahaja sesuai untuk makan sendiri tapi boleh juga dijadikan jualan. Memang puas hati siapa sahaja yang memakan pulut udang yang mewah dengan intinya.

Kredit resipi: Ariff Budiman Zainal Abidin