Pulut Udang Kalau Nak Lagi Sedap Kena Tambah Bahan ‘Rahsia’ Ini
Pulut udang biasanya bila kita makan, tentu kita mahu intinya banyak bukan? Kalau beli di luar, memang tak akan dapatlah pulut udang yang mewah dengan intinya.
Kalau kita nak puas makan, kenalah usaha lebih sikit. Apa kata kita cuba masak sendiri. Berapa banyak inti kita nak letak, ikut suka hati kita. Tak perlu nak ‘sekat-sekat.’ Bila buat sendiri memang puas hati sebab boleh makan berulang-ulang.
Resipi pulut udang ini sesuai dijadikan sebagai menu minum petang bersama keluarga. Jom kita cuba resipi yang dikongsikan Ariff Budiman Zainal Abidin ini.
RESIPI PULUT UDANG
BAHAN INTI PULUT:
3 cawan kelapa parut putih (dalam 1 biji)
2 batang serai*
2 biji bawang merah*
2 sudu besar udang kering* (dalam segenggam)
1 inci kunyit hidup atau serbuk kunyit*
2-3 sudu besar cili kisar*
1 sudu besar jintan manis* | tumbuk halus
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
Sedikit udang hidup | goreng dulu dan asingkan (bahan rahsia)
CARA MEMBUAT:
1. Kisar bahan-bahan bertanda.* Sementara itu, masak pulut macam nasi. Masuk santan, garam dan daun pandan.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan yang telah dikisar.
3. Masukkan garam, gula. Kacau hingga agak kering.
4. Kelapa dikisar bagi halus.
5. Masukkan kelapa, udang hidup dan kacau hingga sebati. Lebih kurang selama 10 minit.
6. Ambil pulut, penyek bagi leper dan letak inti tadi. Saiz pulut ikut masing-masing nak besar mana.
7. Kemudian, bakar di atas dapur sehingga masak.
Resipi ini bukan sahaja sesuai untuk makan sendiri tapi boleh juga dijadikan jualan. Memang puas hati siapa sahaja yang memakan pulut udang yang mewah dengan intinya.
Kredit resipi: Ariff Budiman Zainal Abidin
“Masa Dapat Gambar Scan, Anak Tekak Dia Terbahagi Dua. Saya Rasa Down & Menangis Tapi Redha.”
Kehadiran zuriat sememangnya dinantikan dalam setiap pasangan suami isteri yang sudah berumah tangga. Gembira dan rasa bersyukur hanya Tuhan yang tahu bila mana di dalam rahim terisi satu nyawa. Kegembiraan berganda bila mana Tuhan menganugerahkan lagi zuriat kedua dalam rumah tangga.
Namun, siapa kita yang mampu menolak takdirnya. Di saat hati sedang teruja dan tidak sabar menantikan kelahiran anak kedua, tetapi pasangan ini diduga dengan berita anak yang dikandung isteri bermasalah.
Demikianlah yang dikongsikan oleh puan Wajihah Hassan menerusi laman instagramnya baru-baru ini.
View this post on InstagramA post shared by WAJIHAH HASSAN 💕 (@ukhti_wajihah) on
Dapat gambar first scan deeja masa 26 weeks sebab masa 22 weeks tu dia tutup muka tak nak tunjuk. Tapi doc yang checkup saya tu dia memang specialist. Even 2D dia dah boleh nampak. Siapa ingat saya pernah upload gambar scan ni tapi dikaburkan ?
View this post on InstagramA post shared by WAJIHAH HASSAN 💕 (@ukhti_wajihah) on
Masa ni rasa seram sejuk, menangis, down. Kalau tengok gambar scan tu memang sampai ke dalam hidung. Gambar scan kedua yang lagi jelas masa buat details scan kat PPUM nak tengok palate. Masa tu dah 32 weeks. Sangat clear menunjukkan deeja bilateral cleft. Saya redha dah macam mana pun dia keluar. Nak tak nak saya memang kena ready mental fizikal. Tiap kali google baby bilateral cleft lips memang saya menangis. Suami siap cari info daripada A sampai Z pasal ni. Persediaan rapi katanya ?
Baiknya Allah bila lahir deeja hanya unilateral cleft. Allah dengar doa saya dan doa yang saya kirim untuk semua. Saya nak deeja normal tanpa sebarang cleft dan Allah beri unilateral cleft lips. Palate pun tak full. Masih ada sambungan cuma anak tekak deeja kena sekali. Terbahagi dua.
View this post on InstagramA post shared by WAJIHAH HASSAN 💕 (@ukhti_wajihah) on
Yeah! Ini lah Khadeeja Sofia. Anak yang saya paling tak sabar nak lihat. Anak yang saya paling excited beli itu ini untuk persediaan dia lahir sebab masa si kakak tak mampu sangat.
Bila keluar perut doc letak atas dada, dia dah duk hisap jari dan terus dibawa ke NICU.
I love u sayang. 6 bulan pertama dah nak habis. Struggle pula untuk next phase. Mommy simpan sini semua untuk kenangan selepas op nanti.
You are so perfect for me ❤️ #IamKhadeejaSofia #babycleftlipandpalate
Sumber: IG ukhti_wajihah
Rasa Sangat Gatal Di Tepi Bibir & Hidung, Jangan Ambil Ringan Ikut Saranan Dr Ni!
Bila terasa gatal di bahagian kulit, mulalah tangan tu asyik sangat menggaru. Sedar-sedar terasa pedih terluka.
Lazimnya bukan kanak-kanak sahaja yang terdedah dengan kegatalan namun orang dewasa juga tidak terkecuali.
Malah menurut Dr. Kamarul Ariffin, jika ada tanda-tanda lepuhan dibahagian bibir berhampiran hidung serta muka, lazimnya berpunca daripada jangkitan yang turut hadir bersama ulser di mulut dan gusi.
Memahami lagi tentang kudis jenis tersebut, ini perkongsian penuhnya.
“Anak saya ni naik kudis dekat tepi bibir, dengan hidung. Kenapa boleh jadi kudis ni eh, doktor?”
Kalau kudis jenis lepuhan di bibir, berhampiran mulut, hidung serta muka, lazimnya berpunca daripada jangkitan Herpes Simplex Virus type-1 (HSV1). Ia juga boleh hadir bersama ulser di mulut dan gusi.
Oleh itu ia juga digelar oral herpes.
Gejala-gejala lain yang mungkin berlaku termasuklah gusi bengkak serta merah, selaput putih pada lidah, bengkak kelenjar leher, demam dan sakit-sakit otot.
HSV1 ini boleh menjangkiti kanak-kanak dan orang dewasa.
Jangkitan HSV1 berlaku melalui cecair dari kudis. Jadi, jika anda atau anak-anak ada kudis ini, elakkan mencium sesiapa. Elakkan juga dari kerap menyentuh kudis, dan kemudian menyentuh orang lain.
Tiada ubat khusus yang boleh menyembuhkan jangkitan virus HSV1 ini, namun doktor akan beri ubat untuk mengurangkan gejala yang ada. Contohnya: salap antiviral, dan paracetamol.
Apa maksud tidak boleh disembuhkan?
Maksudnya jika anda sudah dijangkiti HSV1, dan dirawat sehingga gejalanya hilang, tak bermakna anda sudah bebas dari HSV1. Gejalanya boleh berulang di masa akan datang.
Antara penyebab ia berulang adalah:
Stress
Demam / Tidak sihat
Perubahan hormon(haid/hamil)
Jalani pembedahan
Imuniti terjejas (HIV, kimoterapi, leukemia)
dan lain-lain
Walaupun jangkitan HSV1 ini tidak boleh disembuhkan, ia tidak akan membahayakan nyawa individu yang mempunyai tahap kesihatan yang baik. Maka jagalah kesihatan!
Info tambahan: HSV2 adalah jangkitan virus herpes pada alat kelamin. Ia boleh merebak melalui persetubuhan dan seks oral. Ia juga dipanggil herpes genitalia (kemaluan).
Semoga bermanfaat!
Sumber : Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Resipi Nasi Arab Ikan, Tengok Pun Dah Terliur! Rupanya Ini Cara Nak Buat Jadi Lebih Sedap.
Biasanya bulan Ramadan antara menu yang popular di Bazar Ramadan adalah masakan Nasi Arab. Ada juga akan menjamu hidangan di restoran Arab.
Namun, harganya agak mahal berbanding masakan lain. Bagi penggemar masakan ini, cuba buat sendiri di rumah.
Apa kata ikut resipi oleh Lina Thomas.
___________________________
Alhamdulillah selasai berbuka puasa hari pertama kita hari ni, menu kami simple je Nasi Arab Ikan, Greek Salad, Air Kosong dan Chai Tea je… jom solat
Nasi Arab Ikan Sayadiyeh
Bahannya:
1 1/2 cawan basmathi, cuci dan rendam selama 1 jam dan toskan
1 labu besar bawang, potong dadu
2 cawan air panas
4 sudu besar minyak masak
1/4 sudu teh serbuk jintan manis*
Secubit serbuk kunyit*
1/4 sudu teh arabic style seasoning*
1 kulit kayu manis*
2-3 kuntum bunga cengkih*
2-3 biji buah pelaga*
Garam secukup rasa
1 biji kecil lime kering* (dried lime)
20g toasted almond slices
20gm toasted pine nuts
2 sudu besar chopped daun parsley
Caranya:
Panaskan minyak dalam periuk dan goreng bawang hingga garing, macam bawang goreng dan apabila bawang dah garing masukkan bahan bertanda*, goreng sehingga naik baunya dan masukkan beras.
Teruskan menggoreng selama 2-3 minit hingga beras menjadi transparent dan sebati rempah ratusnya.
Kemudian masukkan air panas mengelegak.
Masak hingga mendidih dengan api yang besar dan tutupkan periuk dengan penutupnya.
Bila air hampir kering, kacau sedikit nasi dengan garfu perlahan-lahan, dan perlahankan api serta tutup kembali periuk dengan kemas dan tanaklah nasi seperti biasa sehingga nasi masak.
Apabila nasi masak mati kan api dan biarkan 5 minit, jangan dikacau kerana takut nasi patah tak cantik.
Selepas 5 minit gemburkan sedikat nasi menggunakan garfu dan letakkan di atas pinggan hidangan, susunkan ikan di atasnya dan taburkan chopped daun parsley berserta almond dan pine nuts.
Sedia untuk dihidangkan bersama salsa tomato dan arabic salad.
NOTE: Sementara menunggu nasi boleh lah anda goreng ikan
Kak Lina guna “SHAN ARABIC SPICY FRIED FISH” ikut je instructions kat kotak dia untuk Ikan goreng nya… sedap sangat! Kak lina guna Ikan SNAPPER.
Selamat mencuba!
Sumber: Lina Thomas