Pulut Nangka. Kita Tengok Pun Dah Terliur! Ibu Ni Kongsikan Resipi Nak Buatnya.

Share

Melihat kuningnya warna nangka dan disumbat pula dengan pulut di dalamnya, nampak cukup menyelerakan.

Resipi istimewa ini telah dikongsikan oleh Puan Zalipah, dan mengetahui lanjut disebalik kisah Nangka Pulut ini, tentu ada  yang menariknya pada keluarganya. Jom  semak.

Duit sampingan

Pulut nangka nilah yang Kak Pah buat untuk jualan tapi bukanlah setiap hari Kak Pah berniaga. Kak pah cuma open order hari minggu sahaja sebab hari biasa Kak Pah terikat dengan mengurus anak sekolah.

Hasil jualan Pulut Nangka ni kadang-kadang dapatlah RM100 – RM200, bolehlah sekadar menambah pendapatan keluarga.

Kak Pah jual RM7 untuk 1 set di mana di dalamnya ada 5 ulas nangka yang disumbat bersama pulut.

Unik & Enak

Istimewanya pulut nangka ini sebenarnya terletak pada kuah / sos dia tu. Sebab dalam kuah itu kita blender isi nangka bersama santan pekat. Memang rasa dia sedap sebab lemak-lemak santan ditambah rasa dan harum bau nangka itu.

Ragam selera

Kak Pah lah yang paling suka gabungan nangka dengan pulut ni. Anak-anak ada jenis yang makan nangka sahaja. Ada yang jenis makan pulut sahaja. Manakala suami pula sos pulut tu dia akan cicah dengan roti sebab pulut dia tidak boleh makan sangat.

Untuk itu di sini dikongsikan resipi untuk menyediakan Pulut Nangka yang nampak begitu menyelerakan.

Resipi Pulut Nangka


Bahan-bahan:
Nangka
Beras pulut (direndam 8 jam) kurang pun tak mengapa
Santan pekat( guna santan kotak pun lagi bagus pekat)
Garam dan gula
Daun pandan (optional)

Cara-cara :
1.Mula-mula toskan pulut yang direndam kukus dalam periuk kukus letak daun pandan nak bagi wangi.

2. Masuk santan pekat dalam bekas campur garam agak-agak rasa dengan tekak kacau bagi hancur gula.

3. Dah masak pulut yang dikukus angkat gaul dengan santan tadi sampai kering santannya.

4. Pastu masuk semula dalam periuk kukus sekali lagi kukus sampai keluar wap angkat tabur gula dalam pulut kaup balik pulut tadi dengan senduk bagi gula sekata. Biar sejuk cikit

siap bahagian pulut.

Utk nangka

1. Isi nangka dibelah buang biji jangan belah terus separuh sahaja.
2. Ambil pulut kepal-kepal masuk dalam perut nangka itu.
3. Sudah siap semua masuk nangka yang dah isi pulut dalam periuk kukus sekejap dalam 3-5 minit camtu untuk bagi nangka lembut sikit. Jangan lama nanti lembik tidak sedap. Kalau suka nangka yang ranggup camtu tak perlu kukus pun tak apa.

Utk sos

1. Santan pekat blend dengan isi nangka agak-agak jangan banyak sangat dalam 5 @ 6 ulas je.
2. Letak atas dapur masak dengan api sederhana sampai mendidih.
3. Masuk gula garam ikut citarasa

Sumber : Zalipah Ibrahim