Pulut Kuning Tetap Lembut Walau Sejuk, Rupanya Begini Cara Orang Kelantan Buat Jadi Sedap!

Share

Dalam banyak-banyak menu sarapan, hidangan pulut kuning jika dihidang bersama rendang atau sambal akan menjadi menu yang digemari ramai dan cukup istimewa. Apatah lagi jika dinikmat  bersama seisi keluarga. Pasti ada yang makan lebih banyak berbeza dari hari-hari yang lainnya.

Jadi apa kata hari ini anda sediakan hidangan pulut kuning ini untuk keluarga dengan citarasa sedikit berbeza mengikut selera orang Kelantan.

Selalu jika kita masak pulut kuning berasa lemak-lemak masin tapi kali ini digabungkan dengan sedikit rasa manis bagi menyempurnakan rasa dan diakui memang sedap. Jadi buat yang ingin merasa, jom buat dengan resipi yang dikongsikan oleh Ismi Aishah

.

“Alhamdulillah…sarapan dengan pulut kuning dan rendang pagi ni. Pulut kuning orang kelantan ada manis,masin,lemak santan. Guna sudip kayu untuk arung pulut, sudip ayah buat sendiri..tu rahsia pulut sedap kot..”tulisnya di kapsyen semasa berkongsi resipi di salah satu grup masakan di Facebook.

Resepi Pulut Kuning Kelantan

1 kg beras pulut –BELI DI SINI

1 ½ cawan santan pekat

1 sudu besar garam kasar

2 sudu besar gula

Bahan sampingan – pewarna kuning telur, serbuk kunyit 1 sudu kecil dan asam keping/gelugur 2 keping.

Cara-cara masak:

1) Basuh sampai bersih pulut dan rendam semalaman bersama kunyit, pewarna dan asam keping.

2) Kukus pulut selama 30 minit. Boleh buka dan kacau balikkan supaya pulut masak sekata. Saya letak daun pandan untuk aroma yang wangi.

3) Kacau garam dan gula bersama santan sampai larut ( boleh rasa dulu santan ikut selera masing-masing nak macam mana) dan masukkan dalam pulut yang baru diangkat. Kacau/Arung pulut guna sudip macam saya guna sampai rata.

4) Masukkan balik pulut dalam kukusan dan kukus dalam 15 minit lagi.

5)Bolehlah masukkan dalam loyang atau acuan ikut gaya masing-masing,tak nak pun tak apa. Siap. Pulut masih lembut walaupun dah sejuk.

Untuk yang baru nak belajar masak pulut insyaAllah menjadi guna resepi ni. Terima kasih.

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club