Pulihkan Tanah Laman Yang Keras Dengan Tanam Kacang Tanah, Ni Sebabnya!

Share

Berdepan dengan masalah tanah di laman rumah yang keras dan tidak subur, menyebabkan ada yang patah semangat untuk bercucuk tanam.

Pun begitu jangan putus asa, apa kata cuba cara yang dikongsikan ini. Kita  rawat kesuburan tanah dengan teknik yang mudah sebagaimana yang dikongsikan oleh Zawiyah Mohid ini.


Alhamdulillah, cuba2 menanam kacang tanah, tepi rumah, bila timbang dapatlah sekitar 6 kilo. Cukuplah makan anak beranak.

Kenapa saya tanam kacang tanah? Sebabnya ialah untuk pulihkan tanah agar gembur.. tanah merah awalnya sangat keras, apa lg bila tak hujan.. memang jadi macam batu..

Masa awal menanam saya terpaksa cangkul tanah keras tu setakat ada sedikit lekokkan pada tanah, kemudian atas lekukkan tu saya bubuh tanah bakar hitam agar benih boleh bercambah dan tumbuh dengan elok.

Kalau tak letak tanah hitam, harus benih tak mahu tumbuh sebab keadaan tanah yang sangat keras.

Ini saya teringat pesan orang tua saya.. katanya kalau nak gemburkan tanah dan nak bagi tanah tu elok, hidup maka tanam kacang tanah.

Nanti akar-akar pokok kacang tanah tu buat “kerja” untuk pulihkan tanah agar gembur. Tak tau apa kelebihan pada akar kacang tanah tu. Memang betul, lepas saya cabut pokok-pokok kacang tu tanah jadi gembur dan mudah nak cangkul. Saya nak tanam yang lain pun akan jadi mudah nanti.

Sumber : Zawiyah Mohid