Berdepan dengan masalah tanah di laman rumah yang keras dan tidak subur, menyebabkan ada yang patah semangat untuk bercucuk tanam.
Pun begitu jangan putus asa, apa kata cuba cara yang dikongsikan ini. Kita rawat kesuburan tanah dengan teknik yang mudah sebagaimana yang dikongsikan oleh Zawiyah Mohid ini.
Alhamdulillah, cuba2 menanam kacang tanah, tepi rumah, bila timbang dapatlah sekitar 6 kilo. Cukuplah makan anak beranak.
Kenapa saya tanam kacang tanah? Sebabnya ialah untuk pulihkan tanah agar gembur.. tanah merah awalnya sangat keras, apa lg bila tak hujan.. memang jadi macam batu..
Masa awal menanam saya terpaksa cangkul tanah keras tu setakat ada sedikit lekokkan pada tanah, kemudian atas lekukkan tu saya bubuh tanah bakar hitam agar benih boleh bercambah dan tumbuh dengan elok.
Kalau tak letak tanah hitam, harus benih tak mahu tumbuh sebab keadaan tanah yang sangat keras.
Ini saya teringat pesan orang tua saya.. katanya kalau nak gemburkan tanah dan nak bagi tanah tu elok, hidup maka tanam kacang tanah.
Nanti akar-akar pokok kacang tanah tu buat “kerja” untuk pulihkan tanah agar gembur. Tak tau apa kelebihan pada akar kacang tanah tu. Memang betul, lepas saya cabut pokok-pokok kacang tu tanah jadi gembur dan mudah nak cangkul. Saya nak tanam yang lain pun akan jadi mudah nanti.
Sumber : Zawiyah Mohid
Roti Dibeli Tak Habis Makan, Buat Je Puding Roti Ni. Confirm Sekelip Mata, Licin Dimakan Bersama Keluarga!
Masih terfikir-fikir apa perlu dibuat dengan setengah buku roti yang masih belum habis dimakan dan melihat tarikh luputnya pula semakin hampir. Andai dimakan sekeping-sekeping hingga habis, tidak lalu rasanya.
Jadi apa kata ibu sediakan puding roti yang enak ini. Menyediakan cukup mudah dan yang penting untuk menyediakan satu adunan puding roti ini memerlukan hingga 8 keping kesemuanya. Oleh itu, semakin mudahlah untuk kita pastikan roti yang menghampiri tarikh lupat segera dihabiskan bila dimasak denagn menu begini.
Jom hadam dahulu cara penyediaannya sebelum memulakan operasi memasak di dapur.
“Resipi Puding Roti Berkuah yang sangat mudah dan sedap. Serius sangat sedap puding ni tau. Boleh buat jualan.” Jamiah Tulisman
Harga jualan
Aluminium besar size 8×8” RM22 (1 adunan)
Aluminium size budget RM10-12(1/2 adunan)
Bahan:
8 keping roti (Jangan guna roti yang lembut..tips nak puding roti tu tak turun sangat lepas bakar atau mendap guna roti agak keras sikit. Saya guna roti Massimo, roti ni bagus buat puding roti. Rasa dia pun lebih sedap sebab tidak terlalu lembik lepas bakar….hehhe macam iklan roti lak
80gm marjerin@butter-cairkan
60gm gula pasir
260ml susu cair (lebih sedap susu cair dari susu segar)
3 biji telur grade A
1 tsp esen vanila
Kismis,coklat cip untuk taburan
Utk hiasan:buah peach ,kiwi,laici,badam
Sos kastard :
1 tin susu cair
2 sudu besar gula halus
2 sudu besar tepung kastard
Secubit garam
Perhatian:
Untuk bekas ni saya guna 1 resepi (8 keping roti ye)
Cara buat :
- Potong roti 4 bahagian (Kalau malas koyak-koyak je). Saya potong-potong cantik-cantik sebab tengah rajin.
- Susun roti dalam aluminium foil atau bekas tahan panas
- Pastu curah marjerin cair (Kalau rajin tu celup-celup satu-satu dan susun..saya curah je.
- Biar Kejap.
5. Tabur dulu kisimis dan choc chip atau badam atau apa-apa sesuai.
6. Dalam mangkuk satukan susu cair, telur, gula halus dan esen vanilla.
7. Kacau hingga berbuih-buih.
8. Curahkan bancuhan telur tadi.
9. Tekan-tekan supaya tenggelam dan biar dalam 5 minit supaya roti menyerap.
10. Tabur gula perang atas permukaan.
11. Bakar suhu 170-180c selama 40-45 minit.
Dah siap bakar. Elok sangat tak mendap atau turun jatuh. Sebab bila bakar roti akan naik sangat. Bila keluar oven dia akan jatuh. Tapi kalau guna roti massimo ni ok sangat.
Sediakan bahan sos
1. Masuk semua dalam periuk dan kacau rata.
2. Kemudian hidupkan api dan masak hingga pekat.
3. Curahkan ke atas puding dan boleh dihias untuk nampak lebih menyelarakan sebelum dimakan.
sumber : Jamiah Tulisman
Cili Jambak, Sekali Berbuah Memang Meriah Hasilnya. Begini Cara Tanamnya!
Sekali pandang memang cantik pokok cili jambak ini, seperti kuntuman bunga yang terlihat merah berseri.
Jika ditanam pasti puas hati, banyak hasil tuaian yang diperolehi.
Untuk anda yang ingin mencuba menanam dilaman rumah, bolehlah jadikan perkongsian ini sebagai panduan. Jom semak.
Langkah 1 :
Sebelum menyemai, kita perlu membuat proses rendaman biji benih. Proses ini dilakukan selama 8jam atau 1malam .
Tujuan rendam iuntuk melembutkan kulit luaran benih cili supaya mudah bercambah supaya akar baru akan muncul dengan pantas.
Seelok nya gunakan air yang tiada klorin seperti air sungai , air telaga. Jika tiada gunakan saja air paip.
Langkah 2 :
Kering kan benih yang sudah di rendam mengunakan penapis , kertas atau tisu. Tujuan kering supaya mudah untuk disemai. Benih mudah di kendalikan.
Langkah 3 :
Sediakan tapak semaian seperti tray atau bekas kecil untuk semaian. Gunakkan peatmos/ sabut kelapa hancur untuk menyemai benih.
Anda juga boleh gunakan tanah organik atau topnsoil.
Langkah 4 :
Buat lubang mengunakan kayu atau jari tangan. Jangan terlalu dalam.
Jangan terlalu cetek. Letak benih ke dalam lubang di tray setiap lubang 1 biji.
Langkah 5 :
Setelah disemai, kambus dan siram dengan air. Siram dengam semburan halus atau dengan cara yang lembut.
Jangan siram sampai medium semaian terkeluar dari tray atau bekas.
Langkah 6 :
Alihkan tray atau bekas semai tempat redup. Sungkup dengan plastik hitam ke seluruhan selama 3 ke 5 hari.
Hari ke 3-5 benih sudah bercambah. Anda boleh mengalih kan sungkupan plastik hitam tadi.
Langkah 7 :
Benih yang bercambah akan mengeluarkan 2helai daun. Alih kan benih ke kawasan yg menerima cahaya matahari tetapi jangan letak bawah cahaya matahari secara terus.
Siram pagi dan petang. Letak di tepi rumah atau pakai net hitam.
Langkah 8 :
Selepas benih berusia 1 minggu baja dengan baja subur dengan kuantiti yang sedikit(beberapa biji) pada setiap pokok dalam tray. Boleh jiga guna baja organik.
Setelah usia 2minggu atau benih ada 3 ke 6 helai daun. Boleh alih kan ke pasu,polybeg atau atas tanah.
Langkah 9 :
Baja pokok setiap 1 minggu atau 2minggu sekali.
Untuk pokok yg bebas dari serangan penyakit dan serangga, sembur racun organik seminggu sekali.
Jika pokok sudah mula berbunga, taburkan baja buah untuk melebatkan buah.
Jika anda mnggunakan baja biji npk , stop baja bila pokok berbuah, untuk mengelak buah gugur.
Tips di atas boleh digunakan pada semua jenis cili.
Sumber : Adam Harris Mohd Shaifful
Tiada Lagi Penggiliran, Murid Sekolah Rendah Masuk Penuh Bermula 17 & 18 April
Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan bahawa semua murid dibenarkan hadir ke sekolah rendah secara bersemuka tanpa penggiliran bermula 17 April ini bagi negeri kumpulan A dan 18 April bagi negeri kumpulan B.
Menerusi satu video yang dikongsikan di akaun Facebook pada Jumaat, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata keputusan itu dibuat selepas melihat proses sesi persekolahan secara bersemuka dengan penggiliran bagi sekolah rendah sejak 21 Mac lepas dan sesi persekolahan secara bersemuka tanpa penggiliran bagi sekolah menengah sejak Isnin lepas.
“Jadi anak-anak di sekolah rendah yang sebelum ini hadir secara bergilir, bermula 17 April di negeri kumpulan A dan 18 April bagi negeri kumpulan B, boleh datang sekolah tanpa penggiliran,” katanya dalam sesi Tanya DRJ di laman Facebook beliau.
Berdasarkan takwim KPM, negeri kumpulan A ialah Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala negeri lain diletak dalam kumpulan B.
Sebelum ini, KPM menetapkan murid Tahun 3, 4 dan 5 hadir ke sekolah secara penggiliran terutama di sekolah yang melebihi 600 orang manakala bagi yang jumlah pelajar di bawah 600 orang, semua murid sekolah rendah harian dan sekolah swasta perlu hadir tanpa penggiliran.
Radzi turut menasihati semua murid dan guru supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika berada di sekolah walaupun negara sedang bergerak ke arah Fasa Peralihan ke Endemik.
Beliau juga memohon jasa baik ibu bapa supaya sentiasa mengingatkan anak mereka bahawa kepatuhan kepada SOP itu satu keutamaan.
Sumber : BERNAMA
Jom tonton kisah Hikayat 1001 Malam yang dibawakan oleh Bintang Kecil.
Agak-agak, menu apa yang best eh kat Jollibee? Haa meh tengok Zira Review!
Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!