Berdepan dengan masalah tanah di laman rumah yang keras dan tidak subur, menyebabkan ada yang patah semangat untuk bercucuk tanam.
Pun begitu jangan putus asa, apa kata cuba cara yang dikongsikan ini. Kita rawat kesuburan tanah dengan teknik yang mudah sebagaimana yang dikongsikan oleh Zawiyah Mohid ini.
Alhamdulillah, cuba2 menanam kacang tanah, tepi rumah, bila timbang dapatlah sekitar 6 kilo. Cukuplah makan anak beranak.
Ads
Kenapa saya tanam kacang tanah? Sebabnya ialah untuk pulihkan tanah agar gembur.. tanah merah awalnya sangat keras, apa lg bila tak hujan.. memang jadi macam batu..
Masa awal menanam saya terpaksa cangkul tanah keras tu setakat ada sedikit lekokkan pada tanah, kemudian atas lekukkan tu saya bubuh tanah bakar hitam agar benih boleh bercambah dan tumbuh dengan elok.
Ads
Kalau tak letak tanah hitam, harus benih tak mahu tumbuh sebab keadaan tanah yang sangat keras.
Ini saya teringat pesan orang tua saya.. katanya kalau nak gemburkan tanah dan nak bagi tanah tu elok, hidup maka tanam kacang tanah.
Ads
Nanti akar-akar pokok kacang tanah tu buat “kerja” untuk pulihkan tanah agar gembur. Tak tau apa kelebihan pada akar kacang tanah tu. Memang betul, lepas saya cabut pokok-pokok kacang tu tanah jadi gembur dan mudah nak cangkul. Saya nak tanam yang lain pun akan jadi mudah nanti.
Tak semua berkemahiran dalam mencucuk tanam. Ada orang minatnya ada, tapi ruang pula tak mencukupi untuk berbakti pada tanah! Tapi… Orang kata hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih kan? Jadi yang mana suka bertanam tu, boleh cuba teknik tanaman secara terbalik atau upside down ini!
Kaedah tanam pokok yang digantung secara terbalik ini ada banyak kelebihan tau! Bukan je jimat ruang dan mudah alih, malah ia juga terhindar dari haiwan perosak di tanah. Jika nak cuba boleh mulakan dengan pokok tomato dan juga cili.
Nak tahu macam mana? Jom tengok step by step kaedah tanaman yang dipraktikkan oleh Puan CT Hamisah Ahmad ll yang dipelajarinya di Youtube. Jom kita timba ilmu sama-sama!
1. Sediakan botol mineral 1500ml dan anak pokok sama ada tomato, atau cili.
2. Ambil botol dan potong bahagian bawahnya. Tebuk lubang kiri dan kanan botol untuk tempat menggantung.
3. Sediakan kain perca (boleh guna kain jeans) dan gunting di bahagian tengahnya.
4. Ambil anak pokok leraikan tanah yang melekatpada akarnya.
5. Letak batang anak pokok tadi di bahaglan lubang kain tadi. Tutup dengan stapler bahaglan yang digunting.
6. Masukkan anak pokok dalam botol dan keluarkan batang dan daunnya di bahagian penutup botol.
7. Tujuan diletakkan kain pada pokok tadi selain untuk menyerap air la juga untuk mengelakkan tanah keluar bila terbalikkan.
8. Selepas masukkan anak pokok masukkan tanah, cocopeat, tanah kormpos nisbah 4:4:2.
9. Siram dengan air dan gantung pokok di tempat terlindung dari panas selama 9-10 hari.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Itulah situasi yang dapat digambarkan bila melihat ujian yang dilalui oleh seorang ibu tunggal ini. Apatah lagi dengan kudratnya yang semakin lemah seiring usia yang semakin meningkat, pun begitu Rosanani Salleh tetap gagahkan juga menjaga empat orang anaknya yang lumpuh.
Memetik kisah keluarga ini yang dikongsikan BERNAMA, difahamkan keempat-empat anaknya bukan lumpuh sedari lahir namun keadaan itu berlaku secara tiba-tiba ketika anaknya meningkat dewasa.
Difahamkan juga ibu tunggal berusia 62 tahun itu cekal menguruskan anak keduanya, Mohd Amerizam Razali, 42; anak kelima Mohd Marsudi, 36; dan anak keenam Mohd Aismuddin, 33; yang memerlukan penjagaan rapi.
Anak sulungnya Rozanariah, 43, yang turut menghidap penyakit sama tinggal berasingan memandangkan sudah berkahwin dan dijaga suami serta tujuh anaknya yang berumur antara 20 hingga lima tahun.
Tiada Simptom Jelas
Rosanani yang bekerja sebagai penjual lemang berkata, dia tidak menyangka akan ditimpa nasib sedemikian memandangkan keempat-empat anaknya itu secara tiba-tiba diserang penyakit saraf ketika berusia antara 20-an hingga 30-an.
“Sebelum ini mereka normal dan menjalani kehidupan seperti biasa. Masing-masing sudah bekerja, namun tiba-tiba sakit. Tiada simptom jelas.
“Malah ada daripada mereka tiba-tiba bangun tidur tidak boleh berjalan dan lama-kelamaan lumpuh seluruh badan,” katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di Kampung Teluk Kalung, di sini.
Episod duka keluarga Rosanani bermula apabila arwah suaminya, Razali Othman yang meninggal dunia pada 2009 turut menghidap penyakit saraf semasa berusia 20-an.
Beli Lampin & Ubat Setiap Bulan
Rosanani berkata, dengan pendapatan menjual lemang hanya sekitar RM1,000 sebulan menyebabkan dia agak tertekan kerana pengurusan dan pengubatan anaknya yang kurang upaya itu memerlukan belanja tinggi.
“Mereka semua dapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 seorang, namun jumlah itu tidak cukup memandangkan kos membeli lampin pakai buang dan ubat-ubatan sahaja melebihi RM1,000.
“Mak cik pun tidak dapat jual lemang dengan lebih banyak kerana hanya sekitar 11 pagi baru mak cik boleh ke gerai untuk persiapan membakar lemang dan berniaga. Pada sebelah pagi, mak cik perlu uruskan anak terlebih dahulu,” katanya sambil memberitahu pergerakan anaknya itu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan kerusi roda.
Menurutnya, empat empat anaknya yang lain hanya bekerja biasa dengan pendapatan tidak seberapa dan tidak dapat banyak membantunya.
Katanya, walaupun pakar perubatan di hospital memberitahu anaknya itu tiada harapan untuk sembuh, dia sentiasa berdoa semoga satu hari nanti mereka dapat berjalan dan menguruskan diri sendiri.
“Siang malam mak cik berdoa semoga sekurang-kurangnya mereka boleh berjalan. Mak cik sangat risau kalau mak cik sudah tiada nanti siapa akan menjaga mereka.
“Mak cik sudah biasa ‘memekakkan’ telinga menghadapi pelbagai tohmahan masyarakat sekeliling mengenai nasib keluarga kami ini,” katanya sambil menahan sebak.
Orang yang boros merupakan orang yang suka berbelanjakan wang untuk sesuatu yang tidak diperlukan.
Ramai yang semakin mementingkan wang dan harta benda, atau menjadi lebih materialistik.
Ini merangsang mereka membeli benda-benda seperti gajet canggih yang hangat di pasaran. Demi mengikut fesyen terkini, mereka membazir wang mereka.
Ini 6 petanda anda boros.
1.Pengaruh rakan
Boleh terdorong untuk membeli sesuatu barangan kerana dorongan rakan-rakannya yang juga membelinya.
2. Trending fesyen
Memborong baju yang memiliki corak yang sama namun berbeza warna hanya untuk mengikuti fesyen semasa.
3. Jenama telefon
Mengganti jenama telefon bimbit hanya kerana sudah bosan dengan jenama yang sedang dipakai dan inginkan telefon yang trending dipasaran.
4. Bil elektrik tinggi
Membiarkan alat-alat elektronik di rumah, seperti lampu, hawa dingin, atau televisyen, menyala namun tidak digunakan sehingga bil elektrik melambung tinggi.
5. Memiliki kad kredit lebih dari satu
Mengunakan kad kredit untuk membeli barang bukan keperluan dan culas untuk membayar setiap bulan.
6. Shopping online
Kerap ‘aware’ dengan jualan murah di atas talian. Biarpun tidak mampu lagi membeli, barangan yang diidamkan tetap dimasukkan dalam ruangan ‘troli’. Membeli kerana pengaruh iklan.
Apa yang pasti, sikap ini membawa banyak kesan negatif yang menyebabkan tidak mempunyai aset atau simpanan untuk masa tua, kecemasan atau untuk pekara lain dalam kehidupan mereka.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...