Semua wanita pastinya telah sedia maklum dengan masalah senggugut yang kerap menyerang mereka setiap bulan. Bagi wanita dan ibu mungkin terbiasa dengan keadaan ini namun jika anak remaja yang mula mengalaminya pasti mereka tidak
dapat menahan diri daripada rasa kasihan.
Sebagai ibu pastinya kita turut rasa runsing memikirkan kesakitan yang ditanggung anak remaja kita. Sebenarnya herba merupakan antara rawatan mujarab yang ibu boleh usahakan untuk merawat anak gadis yang senggugut.
Pilih Herba
Senggugut berlaku disebabkan terjadinya pengecutan di dinding rahim. Selain ubat penahan sakit khusus untuknya, herba juga dikatakan mujarab mengubati senggugut. Tumbuh-tumbuhan dan herba sememangnya baik untuk kesihatan dalaman kita. Bagi wanita, herba punya banyak kelebihan dalam kesihatan dan penjagaan diri.
Ads
Teh Pahit
Teh pahit tanpa gula dikatakan dapat meringankan masalah senggugut.Teh ini diminum segelas ketika sakit senggugut memuncak. Jangan tambah gula kerana ini akan menghilangkan kesannya.
Petola
Buah petola yang biasanya ditanam dikampung-kampung juga dikatakan dapat mengurangkan kesakitan senggugut. Ia dapat diamalkan dengan mudah sekali kerana kita cuma perlu makan sebarang masakan dari petola ini selama seminggu sebelum
kedatangan haid.
Ads
Kunyit
Ada pula yang mengamalkan pengambilan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.
Ads
Kucai
Kucai mentah yang selalunya dijadikan sayur juga boleh membantu. Caranya, jus kucai ini diminum 3 kali sehari semasa kedatangan haid.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap ibu bapa punya hak dan cara tersendiri Dalam bab anak, demikian pandangan Datuk Seri Siti Nurhaliza berkenaan perkongsian wajah anak kepada umum atau tidak.
Menurut penyanyi tersohor tanah air ini lagi, setiap keputusan yang diambil nya mahu yang terbaik buat anak-anak mereka.
“Kalau boleh saya tak mahu mengulas isu ini. Tapi bagi saya, itu terpulang kepada ibu bapa masing-masing.
“Saya yakin setiap individu tentunya ada alasan mereka yang tersendiri. Semua orang ada pilihan,” katanya lagi ketika diminta mengulas mengenai segelintir selebriti yang membuat keputusan untuk tidak berkongsi wajah anak mereka kepada umum.
Tambah pelantun lagu Lip Lap Raya itu, sebagai orang luar sepatutnya tidak perlu mempertikaikan keputusan atau hak orang lain.
“Setiap daripada kita tahu apa yang terbaik dan sebab apa sesuatu tindakan itu perlu dibuat. Jadi, tak payah dipertikaikan,” katanya lagi.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil: Tengok gigi macam bersih je kan, tapi sebenarnya bila kita tak bersihkan dengan betul semakin lama buat gigi kita jadi berkarat. So teknik berus gigi kenalah betul.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Baru-baru ini viral di laman sosial akan luahan seorang lelaki beristerikan doktor. Menerusi perkongsian tersebut, lelaki ini meluahkan isi hatinya akan kehidupan rumah tangga yang tidak seperti pasangan lain. Dek kerana sibuknya sang isteri dengan tugasan sebagai doktor.
Luahan lelaki tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Malah, saudara Kamarul Ariffin Nor Sadan yang juga merupakan seorang doktor turut memberi pandangan mengenai hal tersebut.
Memang tak mudah jadi suami kepada seorang doktor. Banyak cabarannya. Pasti banyak perkara suami perlu tolak ansur.
Namun, ada lebih banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang doktor perempuan yang berkeluarga.
Semasa aku bertugas di hospital, aku rasa tak ada masa nak fikir untuk diri sendiri. Nak tidur tak sempat, nak makan tak sempat, nak berlibur… lupakan sahajalah.
Dalam sibuk macam tu, rakan seperjuangan aku yang perempuan ni ada yang buat perkara yang bagi aku tak selfless(tak kasihankan diri). Ketika pesakit semua dah tidur, mereka tumpang seterika baju suami di bilik on-call.
Aku tak tipu! Ada!
Ada pula yang dah ada anak. Bila wad tenang, dia jalankan tanggungjawab sebagai ibu. Kami faham maksudnya dia nak pam susu. Biasanya kami tak kacau dia melainkan situasi kecemasan. Bukan lama pun.
Ada yang jahit lencana pada baju anak sekolah di antara jadual waktu pembedahan. Paling kerap nampak, doktor perempuan minta resepi dari jururawat. Katanya nanti cuti nak masak sedap untuk suami.
Yang bagusnya, tak pula mereka abaikan tanggungjawab mereka sebagai doktor. Kerja semua selesai.
Sejujurnya tak pernah lagi aku nampak doktor lelaki buat kerja-kerja macam tu. Memanglah lelaki tak boleh pam susu dari kelenjar susu mereka, tapi yang lain tu boleh buat, kan? Namun tak juga dibuat pun.
Benda macam ni, perempuan je cukup “gila” untuk buat.
Tak sangkal, bila isteri kerap tiada di rumah, suami mesti akan rasa macam tak ada isteri. Semua benda kena buat sendiri(seorang diri). Namun semua itu sebenarnya persepsi yang boleh diubah.
Suami tak akan rasa tak ada isteri jika dia suami sentiasa lakukan sesuatu untuk isterinya tu.
Aku ada nampak juga suami doktor-doktor ni kadang-kadang datang bawa makanan kepada isteri. Selalunya masa shift petang atau malamlah. Kadang bawa makanan lebih untuk staf wad juga.
Ada juga suami yang datang untuk ambil bekalan susu badan yang dah dipam oleh si isteri. Kadang bawa sekali anak jumpa ibu. Dapatlah anak tu minum susu badan terus dari ibunya. Sekejap pun jadilah.
Aku tak rasa suami-suami tu rasa macam dia tak ada isteri. Kerana suami-suami ni rasa mereka ada isterilah mereka buat macam tu, agar si isteri ni dapat rasa ada suami.
Pendek kata, nak rasa ada pasangan, selain kita harapkan pasangan beri kita perhatian, kita kena berilah juga perhatian pada mereka. Benda ni hubungan dua hala.
Tak usahlah asyik tadah sahaja, haruslah memberi juga.
Apapun, terima kasih kepada semua suami-suami yang meminjamkan isteri-isteri mereka untuk berkhidmat kepada ummah. Semoga ada kebaikan atas pengorbanan kalian berdua.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.