“Pulangkan Pokok Saya.” Hampir Pengsan Pokok Hiasan RM50,000 Kena Curi, Wanita Ini Buat Laporan Polis.

Share

Hati mana yang tidak remuk apabila melihat pokok kesayangan yang dijaga dan dibelai selama 3 tahun telah didapati hilang sekelip mata. Lebih menyedihkan pokok-pokok itu mempunyai nilai sehingga RM50,000.

Begitulah yang dihadapi oleh puan Rus Majida Hassan yang meluahkan rasa sedih apabila menyedari tiga pokok bernilai puluhan ribu itu  telah dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu, dia memohon para netizen untuk viralkan kisah kehilangan ini agar pokok kesayang dapat ditemui semula. Pada masa yang sama, dia turut membuat laporan polis tentang kejadian berkenaan.

Bacaan lanjut: Nak Belanja Sakan Boleh Tapi Kena Tahu Cara Pengurusan Kewangan, Deep Pesanan Bekas Pegawai Bank Ini.

Seterusnya ikuti perkongsian beliau

KES KECURIAN POKOK, TOLONG SAYA SHARE
Assalamualaikum semua, minta pertolongan semua untuk share dan war-warkan di semua group dan media social. 3 pokok kesayangan saya yang bernilai RM50,000 telah hilang dicuri petang semalam di Kuala Terengganu.

Pokok yang hilang adalah seperti yang tertera dalam gambar:
1) Monstera Albo Marble (daun putih hijau besar berlubang2)
2) Monstera Aurea Marble (daun kuning hijau besar berlubang2)
3) Monstera Albo Halfmoon ( daun sebelah hijau sebelah putih)

Laporan polis telah dibuat dan saya amat memerlukan pertolongan sekira ada sesiapa yang mengenali saudara/jiran/rakan yang tiba-tiba ada menanam pokok ini di rumah atau terjumpa posting di mana2 platform untuk menjual pokok sebegini, sila segera maklumkan kepada saya.

Saya amat mengenali pokok saya berikutan corak khas dan saiz pokok tersebut tidak dimiliki oleh orang lain. Pokok ini tiada dijual di nurseri biasa dan saiz pokok yang dicuri sangat sukar didapati.

Tolong bantu saya untuk dapatkan semula pokok-pokok ini dan agar saya dapat membawa si pencuri ke muka pengadilan.

Ralat sungguh ralat kerana pokok-pokok ini saya dah bela selama hampir 3 tahun dan mencapai saiz yang tidak dimiliki oleh orang lain. Ini membuatkan pokok2 ini mudah untuk dicam sekiranya dijumpai.

Hampir pengsan

Terima kasih kepada semua yang sejak petang semalam sehingga ke saat ini bertubi-tubi membantu saya untuk menjejak pokok-pokok ini dan memberikan kata2 semangat buat saya.

Hampir rebah rasanya sewaktu menyedari kejadian yang berlaku.

Sekiranya ada yang dah terbeli pokok ni, saya takkan minta semula pokok ni. Saya cuma nak dapatkan detail si penjual (nama, no telefon, no acc bank, lokasi) supaya dapat membantu siasatan polis. Harap dapat berlaku jujur dengan saya.

Pulangkan pokok saya

Kepada si pelaku sekiranya anda membaca tulisan saya, sila pulangkan pokok saya seperti sedia kala atau saya tidak akan memaafkan anda dunia akhirat dan berdoa agar anda menerima balasan yang setimpal dunia akhirat.

Saya juga doakan pokok tersebut tidak akan hidup subur di tangan anda, sungguh saya tidak redha dengan perbuatan anda yang menceroboh kawasan rumah dan mencuri pokok-pokok kesayangan saya. Bertaubatlah!

‘Clue’ terbaru

Update: Terkini pemilik kepada pokok berkenaan telah memberi tahu kes kehilangan pokok hampir menemui penyelesaian. Katanya, sudah mendapat gambaran mengenai pihak yang tidak bertanggungjawab atas kehilangan pokok kesayangannya itu. Dia berharap pihak terbabit segera menyerah diri sebelum tidakan lanjut dilakukan.

 


Dalam pada itu di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa simpati yang dihadapi oleh wanita berkenaan. Ada juga memberi nasihat dan tips. Apa pun semoga pihak tidak bertanggungjawab dapat ditemu.

Sumber: Rus Majida Hassan

 

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club