“Pulang Cepat Ke Pangkuan Ku Sayang…” Wanita Ini Kongsi 17 Tahun Kahwin Tetap Guna Ayat Memujuk, Buat Suami Rasa Teruja.

Share

Biarpun usia perkahwinan sudah lama, tidak bermakna pasangan menjalani kehidupan hambar termasuk tiada perkataan sweet atau berbunga-bunga.

Sebagaimana yang dipraktikan oleh Cik Puan Ammy (CPA) berkongsi cara tetap menggunakan kata-kata manis kala berkomunikasi dengan suami.


Baru-baru ini CPA ada post gambar perbualan CPA bersama suami tentang ‘minta cuti masak’ dengan sepotong ayat bunga-bunga. Ramai pula yang shared status itu dan seperti biasalah ada yang suka dan tidak kurang juga ada yang kecam dikatanya CPA terlalu berlebihan…
Betul… Sebenarnya tidak perlu lah CPA mengarang ayat atau puisi bunga-bunga untuk ‘minta cuti masak’. Cukup hanya sekadar…
” Yunk, jom keluar makan…”
” Yunk, malam ni malas masak, makan luar yuk…”
” Yunk, jom layan char Kuew teow…”
Ringkas jer kan… Senang suami nak faham. Tidak perlu lah berbunga-bunga… Betul tak..?

AYAT BERBUNGA RAHSIA BAHGIA RUMAHTANGGA.


Tapi tahukah kalian.
Ayat bunga-bunga ini adalah salah satu rahsia kebahagiaan rumah tangga selain sefahaman dan tolak angsur…
Tidak salah rasanya jika sesekali kita membuat pasangan kita berasa teruja dengan puisi cinta ataupun ayat puji-pujian untuk menyemarakkan lagi perasaan cinta dan kemesraan antara kita dan pasangan… Contohnya…
” Pelukkan kamu malam tadi hampir membuatkan aku lemas dalam lautan cinta…”
” Selamat pagi syg… Jangan lupa Isikan perutmu dengan juadah yang telah aku bekalkan dengan penuh kasih dan sayang agar aku sentiasa berada di hatimu…”
” Hujan ini turun menggila seolah-olah ia tahu betapa beratnya perasaan ku melepaskan kamu untuk bekerja…”
” Pulang cepat ke pangkuan ku sayang kerana aku sudah mula rinduuu…”
Haaa giteewww… Mesti pasangan kita akan senyum sepanjang hari apabila membaca text yang kita kirim atau ucapan yang kita ucapkan di muka pintu sebelum dia mulakan kerjanya.

BERMANJALAH SEMENTARA PASANGAN MASIH ADA

Bila lagi nak bermanja-manja dengan pasangan kita kan…? Tak kan nak tunggu dia pulang ke pangkuan Ilahi baru nak tulis panjang-panjang luahan hati mengatakan kita cinta kan dia…
Itu sudah terlambat… Dia sudah bertemu dengan Allah SWT yang lebih menyayangi dia daripada kita… Jangan di ganggu dia dengan pelbagai curahan hati lagi kerana sewaktu dia hidup kita tidak berusaha menyatakan betapa kita mencintai dia… Cukup lah doa sebagai pengikat kasih.
Jangan pula nanti kita meroyan apabila tiba-tiba pasangan kita dapat ayat bunga-bunga seperti itu daripada orang lain. Tidakkah dia akan turut teruja dengan ayat-ayat manis tersebut…? Contohnya…
” Sayang… Hujan lah… Alangkah indahnya jika kamu berada di samping aku ketika ini…”
” Selamat malam wahai cinta hatiku, semoga malam mu mimpikan aku walaupun di dakapanmu ada dia…”
” Selamat pagi kekasihku, rindu ku padamu sudah tidak terkira cepat tinggalkan dia dan datang kepadaku…”
Sedangkan kita…
” Bang hujan ni, bawa kereta elok-elok…”
” Bang dah tidur ke belum. Tidur dulu yer…”
” Bang dah pagi ni, nak sarapan apa roti ke nasi lemak..?”
Semuanya hambar… Langsung tiada rasa cinta… Walaupun dia berada di hadapan kita, jangan lah terlalu ‘street to the point’ bila berkata-kata… Selitkan sedikit ayat bunga-bunga… Jangan lupa kita tidak memegang hati pasangan kita… Bila-bila masa jer ia boleh berubah memilih sesuatu yang lebih indah.
Waktu itu nak menyesal memang tidak berguna lagi dah, sebab dia sudah kemaruk cinta…
Jadi sebelum ia terjadi sila buang ego dan rasa besar kepala jauh-jauh. Istilah ‘dah tua-tua nak bermanja lagi’ tu pun sila buang ketepi… Berkasih-sayang lah sehingga ke nafas yang terakhir. Sentiasalah uli perasaan cinta di hati pasangan kita dengan ayat-ayat manis dan kata-kata pujian agar kasih sayang sentiasa menggebu di hati…
Ada seorang tua pernah berpesan…
“Jadilah seperti si ‘jalang’ di ranjang ketika bersama suami agar nafsunya tersimpul mati hanya untuk kamu”
” Ikat lah perut suami kamu dengan air tangan mu agar hatinya tetap bersama kamu…”
” Berkasih sayang lah dengan suami mu umpama Adam dan Hawa ibarat di dunia ini hanya ada kamu berdua…”
Banyak maksud tersirat di dalam pesanan tersebut. Jadi, luangkan masa dan olah sendiri apa yang ingin di sampaikan itu.
Jangan malu atau segan untuk jatuh cinta berkali-kali dengan pasangan kita. Ingatlah, tidak semua orang memiliki nasib baik untuk mendapat pasangan yang penyayang, baik hati, jujur, romantis dan lain-lain. Jika kita berjaya memilikinya maka teruslah pegang tangannya agar tidak terlepas untuk menggapai cinta itu bersama-sama.
Akhir kata, cuba lah mengayam ayat indah dan selalulah buatlah pasangan kalian berasa teruja, in Sha Allah akan ada kejutan istimewa daripada pasangan kalian nanti… Bagaimana CPA tahu…? Sebab CPA sudah berkali kali melaluinya…
Alhamdulillah dah nak masuk 17 tahun usia perkahwinan… Daripada surat cinta bedak berkepok tu sampailah ada aplikasi WhatsApp semuanya tetap sama tidak berubah…

Sumber: Cik Puan Ammy