Setiap ibu bapa pasti ada cara tersendiri dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Semuanya demi memastikan anak-anak menjadi ‘orang’. Begitu juga dengan pelakon dan usahawan Hanis Zalikha, 30.

Hanis dan Hairul berkahwin pada 5 Jun 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
“Pukul 6 Pm Tutup Tv, Dah Faham Sendiri.” Tengok Televisyen Hujung Minggu, Cara Hanis Zalikha Didik Anak!Melihatkan cara pemilik jenama Cakenis ini membesarkan anak-anaknya cukup memberi inspirasi terutama kepada pasangan muda yang lain.

Tidak hairanlah, setiap kali memuat naik video mahpun gambar perkongsian di instagramnya, ramai ibu-ibu yang memberi komen.

IKLAN

Terbaru, Hanis memberitahu yang dia membuat peraturan yang mana anak-anaknya hanya dibenarkan untuk menonton televisyen pada hujung minggu.
“Pukul 6 Pm Tutup Tv, Dah Faham Sendiri.” Tengok Televisyen Hujung Minggu, Cara Hanis Zalikha Didik Anak!“Budak-budak ni dapat tengok televisyen hari Sabtu dan Ahad. Pukul 6 petang kena tutup televisyen, dah faham sendiri,” demikian perkongsiannya menerusi insta stories.
“Pukul 6 Pm Tutup Tv, Dah Faham Sendiri.” Tengok Televisyen Hujung Minggu, Cara Hanis Zalikha Didik Anak!Sebelum ini, Hanis mendedahkan dia tidak memberi anaknya gajet di usia yang awal. Jelas isteri kepada aktor Hairul Azreen ini lagi, anak kecil tidak mudah berasa bosan jika dibandingkan dengan orang dewasa.
“Pukul 6 Pm Tutup Tv, Dah Faham Sendiri.” Tengok Televisyen Hujung Minggu, Cara Hanis Zalikha Didik Anak!“Ramai tanya tak bosan ke kalau anak-anak tak tengok televisyen? Sebenarnya anak-anak kecil ni hebat, imaginasi sangat tinggi. Diorang bukan macam kita dah tepu dan cepat bosan.

“Kanak-kanak mampu kreatif dalam suasana yang paling kosong dengan barang yang terhad,” kongsinya lagi.

IKLAN

Sumber:haniszalikha Astro Gempak

 

 

IKLAN

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI