Selaras dengan penyebaran COVID-19, dan Perintah Kawalan Pergerakan (RMO) sudah pastinya kita kekal di rumah dalam tempoh ini.
Jadi apa kata kita cuba resepi hidangan puding nata de coco. Ia merupakan antara pencuci mulut yang menjadi kegemaran ramai.
Gandingan ideal pudingnya yang berlemak, teksturnya yang lembut, rasa pahit manis gula yang lazat, cukup enak dinikmati ketika sejuk.
Bahan-bahannya pun tak lah banyak mana dan cara-caranya membuatnya pun cukup mudah. Bolej ajak anak-anak dan suami buat sekali. Bonding time!
Ikut resipi ini.
Bahan-Bahan:
1 cawan tepung custard
5 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 tin susu cair
Cara penyediaan:
Masak sampai likat dan berkilat
Sejukkan masukkan dalam bekas
Bubuh cocktail, nata de coco n curah susu
Sejukkan dalam sejuk.
Siap!
Selamat mencuba!
Kredit: Iffy Iruzza via MAHN
Paper Bake Rupanya Banyak Kegunaannya, Ingat Untuk Bakar Je!
Mungkin ada antara kita masih tidak tahu apa kegunaan Papar Bake yang ada dijual dipasaran.
Berkongsi pengalaman yang sama, wanita ini pada awalnya juga tidak biasa memasak menggunakan paper bake.
Namun bila dapat tahu kegunaannya, dengan teruja turut berkongsi info agar orang lain juga tahu menggunakan papar bake ini.
Ikuti perkongsiannya.
Baru tahu banyak sangat kegunaan paper bake brand GLAD
Saya nak share satu benda best bila ada dalam ruang dapur kita mungkin ramai yang dah tahu tapi nak share jugak (terlebih exited baru tahu)
Selama ni asyik main beli je paper bake tak menyempat nak survey mana yang jimat dan banyak kegunaan pun..
Lepas ni dah boleh beli paper bake brand GLAD yg ade tulis COOK&BAKE non stick paper memang sangat banyak kegunaannya..
Bukan setakat bakar membakar. Tapi nak grill,nak merebus,nak kukus ke nak GORENG pun boleh..‼️ Tanpa ada rasa risau melekat dekat pan/kuali..
Dah tak payah risau lepasni kalau takde kuali/pan mahal yg non stick sbb dgn paper bake ni takkan ade yg melekat pun..yeehaaaa!!
Lepasni boleh la masak sambil joget bukan gosok kuali sambil nak lempar kuali sebab melekat ye…
P/s: Saya da try kukus ikan,bakar kuih,goreng telur,bakar ikan letak sambal(macam balut daun pisang tu…) Setakat ini Alhamdulillah tiada yg melekat atau cubaan melepar kuali.
Ohh ye harga dia time saya beli dalam rm14.90 tak silap.(tesco)
Sumber : Malissa Lissa via MAHN
Peminat Terung Wajib Cuba! Buat Roti John Guna Resipi Ni Lagi Sihat Dan Sedap
Kesihatan amat penting dan harus sentiasa dijaga terutama di bulan puasa ni. Walaupun nak makan makanan yang sedap, nutrisi dan zat pun mesti diambil kira.
Sebab itu lah resipi terung john ni sangat istimewa dan lain dari yang lain. Menu yang sangat berkhasiat ini juga memang sangat sesuai dengan semua peringkat umur baik yang sakit atau yang sihat.
Menurut resipi yang dikongsikan oleh Noorul Izzah Marzuki, bagi peminat terung terutama yang nak diet atau kurangkan karbo dalam makanan memang patut cuba.
“Ni antara salah satu daripada menu rendah karbo yang saya dan suami amalkan, sehingga saya berjaya turunkan berat daripada 130kg kepada 65kg, suami turunkan 191kg kepada 85kg. Berjaya reversed diabetes dan pulih darah tinggi Alhamdulillah”.
Terung John:
Bahan-bahan:
- 1 biji terung panjang (potong memanjang)
- 1 homemade beef patty/daging burger
- 3 biji telur
- Garam pink himalaya
- Serbuk black pepper
- Sedikit daun ketumbar
- Sayuran/kubis
Cara Penyediaan:
– Hancurkan dan masakkan sekejap beef patty/daging burger di atas pan.
– Bancuh telur dengan serbuk blackpepper, garam, daun ketumbar. Kemudian masukkan beef patty hancur yang dimasakkan sebentar tadi (nak letak apa² rempah atau serbuk kari pun boleh je). Ketepikan.
– Panaskan sedikit butter di atas pan, tabur garam dan black pepper, gril kan terung yang dipotong memanjang sehingga masak. Ketepikan.
– Tuangkan adunan telur atas pan, ratakan. Bila dah masak bahagian bawah, ambil potongan terung yang dah digrillkan tadi, tampalkan atas telur yang sedang dimasak atas pan.
– Terbalikkan terung sebentar, kemudian boleh diangkat. Boleh letak mayonis (kewpie merah) dan sayuran/kubis.
Sumber: Noorul Izzah Marzuki
“Sedap, Macam Aiskrim Potong…” Aiskrim Malaysia Isi Durian Lebih Sedap. Ramai Teringin Nak Buat, Stok Durian Banyak Lagi!
Buah durian adalah antara buah yang begitu popular di kalangan kita. Bukan sahaja enak dimakan begitu saja tetapi juga ada yang makan bersama pulut, masakan bersama kacang hijau menjadi bubur durian dan serawa durian. Malah kulitnya juga dimasak seakan pengat pisang.
Selain itu, isi durian juga dijadikan aiskrim. Sebagaimana perkongsian puan Nur Hayati Khalid yang menunjukkan cara membuat aiskrim Malaysia dengan mengunakan isi durian. Rasa memang sedap! Apa lagi jom buat, terutama ‘antu’ durian!
Anak: Ibu, durian tu nak masak apa?
Ibu : Serawa..
Anak : Ala..buat aiskrim boleh tak ibu?
Ibu : Boleh..tapi buat la sendiri..
Anak : Resepi??
Ibu: senang jer..
Resepi Aiskrim Malaysia Durian Ori
4 cawan air
1 cwn isi durian
1 cwn susu segar atau susu cair
1/2 cawan susu pekat
2 sudu besar gula /gula perang
1 sudu tepung jagung
* Blender semua bahan
* Masak sekejap dalam periuk hingga mendidih
* Tunggu sejuk..tuang dalam plastik aiskrim
Edit
* Masukkan sedikit pewarna kuning jika suka
* Lebihkan gula atau susu pekat jika suka manis
Keluarga: Wow tengok pun terliur. Selamat mencuba!
Sumber: Nur Hayati Khalid
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520