Siapa yang pernah menikmati rasa puding roti orang dulu-dulu mesti teruja untuk merasainya berkali-kali. Rasanya enak dan tersendiri. Malah menyediakannya juga cukup mudah.
Namun buat yang belum pernah merasainya, elok dicuba resipi yang dikongsikan oleh Yatie Eimra dan bolehlah nikmatinya bersama seisi keluarga.
Ini perkongsiannya.
Sekarang ni tengok orang buat puding roti letak macam² bahan & makan dengan kos kastard la, sos vanila la.. Tapi tekak saya tetap suka puding roti versi kampung² aje macam mana yang mak ajarkan masa zaman sekolah² dulu.. Selain makan waktu minum petang, kekadang tu kitorang makan puding roti ni untuk breakfast gak. Sebab tu tak suka yang fancy² bagai..
Guna 4 je bahan wajib. Rendam roti dalam air, bila dah lembut lenyek² sikit lepas tu masukkan telur (dibuang pusatnya), gaul² sekata. Masukkan susu pekat. Kalau nak lebih sedap & rasa lemak berkrim, boleh gak tambahkan susu cair.. Nak letek esen vanila pun boleh, taknak pun takpe sebab dah buang pusat tadi. Kukus. Dah siap nak makan terus boleh, makan sejuk pun sedap.. Tapi yang ni saya tabur serbuk kayu manis sikit sebab memang suka.. Hehee.. Ada ke yang suka puding roti plain/versi kampung camni?
Ni saya bagi resipi/tip sekali kot ada yang nak cuba. Orang² tua dulu ajar bagi tip je..mane bagi sukatan yang tepat, tapi sebabkan saya risau hasilnya tak sama, jadi bila mak ajarkan tu..saya sukat sesiap airnya.. Ekeke.. So, insyaAllah setiap kali buat, hasilnya tak mengecewakan
Ads
Tip dari mak saya
Roti = Boleh gunakan roti sandwich putih atau yang sandwich coklat/berperisa. Kalau guna roti yang manis, kurangkan susu pekat ye. Kalau guna roti wholemeal lak, kena lebihkan air sebab roti ni serap air lebih banyak.
Telur = Sebiji telur saiz A untuk setiap 2 keping roti atau 2 biji telur saiz C untuk setiap 3 keping roti.
Ads
Air = 50 ml untuk setiap sekeping roti (yang ni saya sukat masa belajar buat time kecik² dulu) Boleh kurangkan separuh sukatan air jika nak guna susu cair. Contohnya jika buat 4 keping = 100 ml air, 100 ml susu cair (½ cawan teh air, ½ cawan teh susu cair). Kalau nak guna susu segar, sukatan tetap 50ml untuk setiap sekeping roti.
Susu pekat = 1–1½ sudu makan bagi setiap sekeping roti. Saya tak kuat manis, pada saya 1 sudu makan ni manisnya just nice. Tapi kalau suka yang manis, boleh ler tambah lagi..
Ok, ni resipi yang saya buat ni lak.
Ads
Puding Roti Versi Kampung
Bahan²
4 keping roti
100 ml air (kalau taknak tambah susu cair, guna 200ml air atau 200ml susu segar/1 cawan)
100 ml susu cair* (xpayah letak ni kalau guna susu segar)
2 biji telur A
4 sudu susu pekat manis
Cara²
1. Rendam roti dalam air & susu cair.
2. Bila roti dah lembut, lenyekkan
.
3. Masukkan telur. Gaul sekata.
4. Tambah susu pekat. Gaul sebati.
5. Sebelum masukkan adunan dalam bekas, lengser dengan marjerin/mentega pada bekas supaya hasil kuih cantik bila dikeluarkan.
6. Kukus api sederhana besar (jangan besar sangat, nanti permukaan puding telur tu menggelembung²) selama 25-30 minit.
7. Kalau suka boleh tabur serbuk kayu manis.
*Untuk versi bakar, suhu 180°c bakar 25–30 minit atau sehingga masak. (oven saya kecik & cepat panas, saya gunakan suhu 170°c jer.. )
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Patut la ramai yang duk viral Daun Mulberi Celup Tepung ni. Sedap rupanya. Krup krap krup krap anak makan. Dah macam makan keropok keping. Kalau nak buat, sure tak menyesal lah. Khasiat pun banyak daun mulberi ni.
Untuk ibu-ibu yang nak cuba sendiri akan keenakan dan khasiat daun ini, jom cuba resipi yang dikongsikan ini. Cukup mudah, sukatan tepung sama banyak.
Bahan-bahan
* 2 sudu besar tepung jagung
* 2 sudu besar tepung beras
* 1 sudu kecil serbuk kari (suka hati nak kari ayam daging ke, ikan ke) nak bagi rasa spicy skit.
* secubit serbuk lada putih & garam
* air suam
Cara membuat:
Bancuh agak² tak pekat, tak cair. Celup daun,dan goreng sehingga garing(guna api sederhana).
Sedia untuk dimakan.
Antara khasiat Daun Mulberry ini adalah ideal untuk membantu mengatasi atau mengurangkan penyakit berikut :
.
1. Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)
2. Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah
3. Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi
4. Membantu mengelakkan serangan sakit jantung
5. Membantu dalam kehilangan berat badan
6. Mengurangkan keadaan asma yang teruk
7. Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda
8. Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi
9. Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan
10. Mengurangkan kesakitan ketika datang haid
11. Membantu perjalanan haid yang tidak teratur
12. Menambahkan tenaga
13. Meningkatkan produksi susu badan
14. Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi
15. Memiliki semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan
16. Membantu, mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kanser (antioksidan)
.
Rugi sangat-sangat kalau tak cuba. Banyak betul khasiatnya.
Kredit : sumaiyah abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menu nasi ayam diakui mampu membuka selera anak-anak malah kita orang dewasa juga cukup menggemarinya.
Menyentuh dalam penyediaan nasi ayam itu sendiri, sebenarnya memerlukan dimasak dengan ramuan-ramuan tertentu untuk menghasilkan rasanya yang enak malah beraroma. Bahkan untuk menyuntik seri warna hidangan nasi tersebut, kebiasaannya akan berwarna kuning kekuningan agar nampak lebih menyelerakan.
Pun begitu, diakui untuk menyediakan nasi ayam ini ada yang menggunakan teknik masakan hingga memerlukan bahan-bahan perlu ditumis dahulu di dalam kuali kemudian diasingkan pula bahan ke dalam periuk nasi dan beberapa langkah lainnya yang menyebabkan seakan begitu leceh untuk dimasak.
Namun melalui perkongsian di Facebook oleh Che Puan Gojes, rupa-rupanya ada teknik memasak nasi ayam yang cepat, mudah dan ringkas. Meskipun menggunakan bahan-bahan asas dan tanpa perlu ditumis, namun hasilnya cukup puas hati.
Susulan daripada itu, perkongsian daripadanya ini telah berjaya mencuri tumpuan warganet bahkan turut memberikan respon setelah ada yang mencuba resipi yang dikongsikan dan mengakui memang ‘menjadi’ dan enak rasanya.
Jadi buat anda yang bercadang untuk sediakan menu istimewa untuk keluarga dengan cepat dan mudah, bolehlah jadikan menu nasi ayam ini sebagai pilihan utama.
RESIPI NASI AYAM
Bahan-bahan:
5 cawan beras basmathi- Rendam dengan air dan garam semalaman. Pagi esok tapis sebelum masak. Kalau rendam lama potensi panjang tu lagi besh.. cik puan gojes pakai pusa king 1121
2 sudu buttercup
2 sudu minyak bijan (ni cik puan gojes suka letak 6 sudu.. sebab suka minyak bijan)
Asyik makan lauk kuah santan, sup ayam atau masak sambal, apa kata buat masakan ala Thai. Barulah selera bertambah.
Tambahan pula sekarang ni tak digalakkan kerap keluar rumah. Jadi buat aje resipi lain dari lain supaya keluarga tak jemu.
Apa kata cuba resepi chicken mango ni. Rasa manis, masin, masam, dan rangup bila dikunyah memang sekejap je habis dijamah keluarga. Nak ratah pun boleh!
Ikuti perkongsian resipi ni.
RESEPI CHICKEN MANGO PALING SIMPLE & SEDAP
I) UNTUK AYAM BAHAN-BAHAN
Isi ayam (bahagian peha / dada)
Tepung goreng ayam segera( saya guna brand NONA)
Lada hitam & bawang putih (untuk perapan)
Minyak untuk menggoreng
CARA-CARA
Perap isi ayam dengan lada hitam dan bawang putih. Perap selama 20 minit.
Pecahkan telur ke dalam isi ayam. Gaulkan hingga rata.
Sakutkan isi ayam ke dalam tepung serbaguna.
Goreng hingga kekuningan(deep fry)
II) UNTUK SOS & DRESSING
BAHAN-BAHAN
Mangga muda
Carrot
Daun ketumbar
Sedikit bawang besar
CARA-CARA
Parutkan atau hiris ikut saiz yang sesuai.
III) UNTUK SOS
BAHAN-BAHAN
Plum sos
Sos tomato
Sos Thai
Gula
Cili api potong
Perahan jus limau nipis
Sedikit bijan (jika suka)
CARA-CARA
Campurkan semua bahan dan didihkan atas api kecuali cili api (bubuh last sekali).
Sukatan agak-agak ikut citarasa. Kalau sos terlalu pekat boleh tambah sedikit air panas.
Potong ayam dan gaul dengan mangga dan bahan-bahan yang dah dihiris tadi.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.