
Puding roti masak guna air fryer, mudah dan cepat. Puding roti merupakan salah satu pencuci mulut klasik yang digemari ramai. Bukan sahaja kerana rasanya yang lazat, tetapi juga kerana cara penyediaannya yang mudah dan menggunakan bahan-bahan asas yang sering ada di dapur.
Puding Roti Masak Guna Air Fryer, Mudah Dan Cepat
Hidangan ini sangat sesuai dijadikan sajian penutup selepas makan tengah hari atau makan malam. Sesuai juga dinikmati pada waktu minum petang dan juga ketika berbuka puasa.
Berikut resipi seperti yang dikongsikan oleh Azfa Azizan Sangat mudah dan hanya bakar menggunakan Air Fryer. Jika tiada, boleh sahaja guna ketuhar. Sama enak hasilnya. Jom cuba!
RESIPI PUDING ROTI SOS KASTARD SEDAP
BAHAN-BAHAN PUDING ROTI:
1 sudu teh mentega
2 sudu makan gula
1 biji telur
3 cawan susu penuh krim
1 sudu teh esen vanilla
Kismis untuk hiasan
Roti secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam loyang atau bekas bersesuaian. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk berasingan, satukan bahan-bahan puding roti kecuali kismis dan juga roti. Adun sebati.
3. Tuang adunan ke dalam bekas berisi roti tadi.
4. Taburkan kismis dengan secukupnya.
5. Masukkan loyang ke dalam air fryer. Bakar pada suhu 170C selama 8 minit.
6. Bila Puding Roti sudah garing keperangan, keluarkan dari air fryer dan bolehlah dipotong.
7. Nikmatinya bersama Sos Kastard.
BAHAN UNTUK SOS KASTARD
1 cawan susu penuh krim
2 sudu makan tepung kastard
3 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan sos kastard. Kacau dan masak guna api kecil sehingga pekat.
Sumber: Azfa Azizan
Baca artikel lain juga: Resipi Roti John Homemade, Tak Susah Pun Nak Buat
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my