Mencari menu yang mudah dan digemari oleh seisi keluarga untuk dinikmati bersama pada bila-bila masa, tidak salah kiranya memilih untuk menyediakan puding roti ini. Ianya enak dimakan setelah disejukkan mahupun usai dimasak.
Jadi usah tunggu lagi, jom kita sediakan menu nan satu ini untuk keluarga tercinta dengan menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Ariana Sofia ini. Jom semak.
Hari ni Ariana nak share resepi menu yang simple. Puding roti kuah kastard. Puding ni makan sejuk pun sedap.
Resepi Puding Roti Kuah Kastard
8 keping roti (potong 4)
2 cawan susu segar
3 sudu besar gula halus
2 biji telur
1sk esen vanila
Butter (sapu pada roti)
2 cawan susu cair
1/2 cawan air
4 sudu gula biasa
2 sudu besar tepung kastard
5. Tuang adunan atas roti tadi dan tekan-tekan sikit dengan sudu supaya roti terendam.
Bakar dengan suhu 200°c selama 25 minit. Boleh kurangkan suhu kalau risau hangit.
2.Kuah akan nampak kekuningan macam ni.
Ok. Bolehlah makan. Simpan dalam peti ais lagi sedap. Selamat mencuba