Mencari menu yang mudah dan digemari oleh seisi keluarga untuk dinikmati bersama pada bila-bila masa, tidak salah kiranya memilih untuk menyediakan puding roti ini. Ianya enak dimakan setelah disejukkan mahupun usai dimasak.

Jadi usah tunggu lagi, jom kita sediakan menu nan satu ini untuk keluarga tercinta dengan menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Ariana Sofia ini. Jom semak.

Hari ni Ariana nak share resepi menu yang simple. Puding roti kuah kastard. Puding ni makan sejuk pun sedap.

Resepi Puding Roti Kuah Kastard

Puding Roti Kastard, Simple Je Buatnya. Famili Confirm Suka!

IKLAN

8 keping roti (potong 4)
2 cawan susu segar
3 sudu besar gula halus
2 biji telur
1sk esen vanila
Butter (sapu pada roti)

2 cawan susu cair
1/2 cawan air
4 sudu gula biasa
2 sudu besar tepung kastard

IKLAN
Cara Penyediaan:
Puding Roti Kastard, Simple Je Buatnya. Famili Confirm Suka!
1. Mula-mula ariana sapu roti dengan butter. Jangan letak banyak sangat butter nanti berminyak sangat.
Puding Roti Kastard, Simple Je Buatnya. Famili Confirm Suka!
2. Lepas tu susun roti yang dah siap dalam loyang yang dah disapu butter.
Puding Roti Kastard, Simple Je Buatnya. Famili Confirm Suka!
3. Lepas tu pukul telur dan esen vanila sehingga sebati. Dah sebati masukkan gula halus. Pukul sehingga gula hancur atau sebati.
Puding Roti Kastard, Simple Je Buatnya. Famili Confirm Suka!
4. Masukkan susu segar dan kacau sebati.
Puding Roti Kastard, Simple Je Buatnya. Famili Confirm Suka!

5. Tuang adunan atas roti tadi dan tekan-tekan sikit dengan sudu supaya roti terendam.

Tabur kismis kat atas.

Bakar dengan suhu 200°c selama 25 minit. Boleh kurangkan suhu kalau risau hangit.

IKLAN
Untuk kuah kastard pula.
Puding Roti Kastard, Simple Je Buatnya. Famili Confirm Suka!
1. Masukkan susu cair, gula, air dan tepung kastard dalam periuk. Masak sehingga kuah pekat. Jangan terlampau pekat cz bila dah sejuk kuah akan lagi pekat.
Puding Roti Kastard, Simple Je Buatnya. Famili Confirm Suka!

2.Kuah akan nampak kekuningan macam ni.

3. Lepas kuah dah sejuk bolehlah tuangkan atas puding roti yang dah masak tadi.
Puding Roti Kastard, Simple Je Buatnya. Famili Confirm Suka!

Ok. Bolehlah makan. Simpan dalam peti ais lagi sedap. Selamat mencuba

Tunggu puding roti sejuk barulah tuang kuah kastard

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI