Puding Roti Bersos Kastard, Paling Simple Nak Buat!

Share

Ingin menyediakan menu manisan yang enak dan mudah disediakan untuk dijamu kepada ahli keluarga, jadi bolehlah memilih untuk sediakan Puding Roti Bersos Kastard yang dikongsikan ini.

Melihat lelehan sos kastard dan taburan kismis sudah dapat dibayangkan keenakannya. Jadi usah tunggu lagi, jom sediakan menu ini untuk keluarga tercinta.

PUDING ROTI BERSOS KASTARD 

BAHAN-BAHAN :
7 keping roti dipotong petak
1 biji telur*
1 1/2 cup susu segar*
4sdb gula*
1 penutup esen vanilla*
Secubit garam*
1sdb marjerin/ butter*
Hiasan – choc chips, kismis, ceri, hirisan badam

CARA-CARA:
Sapukan marjerin di sekeliling loyang
Susunkan roti yg dipotong petak
Kisar bahan bertanda * & tuang ke atas roti
Tekan2 roti *PASTIKAN SEMUA ROTI MENYERAP ADUNAN TADI*
Taburkan bhn hiasan
Bakar suhu 160deg selama 35 min

RESIPI SOS KASTARD:
3sdb tepung kastard
1 1/2 cup susu segar
3sdb gula (ikut kemanisan masing2)

CARA-CARA:
Masak sehingga mendidih & sedikit pekat
Tuangkan ke atas roti yg siap dibakar

Sumber : Saiful Nasuha via MAHN