Puding Oreo Milo, menu simple dan boleh diterima tekak. Jimat masa ibu juga nak siapkan menu untuk anak-anak kan. Sambil sediakan menu lain, boleh juga selitkan pencuci mulut ini juga.
Sepertimana puan Fauziah Yahya yang berkongsi kan resipi Puding Oreo Milo yang cukup mudah nak buat tapi sedap. Pasti memikat selera anak-anak. Permintaan anak2 petang ni… Yummy 😋😋😋
RESEPI PUDING OREO MILO FY
Bahan-bahan:
1 bungkus agar-agar @ 25gram
6 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 tin susu cair
1 cawan serbuk Milo
1 bungkus Oreo 137gram
Ads
Cara-cara:
Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut
Masukkan gula, kacau dan biarkan gula larut baru masukan susu cair hingga mendidih dan kacau sebati.
Buang krim pada biskut Oreo dan hancurkan biskut. Acuan dibasahkan dengan air supaya puding mudah dikeluarkan.
Tuang 3 cawan adunan putih ke dalam acuan berisi biskut. Gunakan garfu, kacau adunan agar-agar di dalam acuan supaya Oreo merata dan tidak mendap di bahagian bawah acuan. Ketepikan.
Panaskan baki agar-agar susu tadi dan masukkan Milo, kacau sehingga Milo hancur dan sebati.
Tapis dan tuang secara perlahan-lahan di atas agar-agar Oreo.Sejukkan.Siap!Selamat mencuba 😍😍
Melihat pokok buah-buahan berbuah lebat memang teruja dibuatnya dan apatah lagi jika telah masak ranum buah-buahnya. Mahu sahaja dipetik dan tentunya sedap dimakan. Sebab itu juga tidak hairanlah akan membuatkan sesiapa pun ingin untuk mencuba menanam pokok buah-buahan untuk dapat dinikmati hasilnya bersama keluarga tersayang.
Pun begitu, buat anda yang pertama kali ingin bercucuk tanam bolehlah membaca perkongsian ilmu bab tanamam oleh Mohd Ikhwan yang sebelum ini menanam cempedak dan dapat dilihat hasilnya memang cukup ‘meriah’. Nak tahu apa rahsianya, ikuti tip dan cara yang dikongsikan ini.
Semoga bermanfaat.
Alhamdulillah pokok cempedak yang saya tanam 6 tahun lepas dah masuk 3 musim berbuah.
Hari ni kita tanam pokok belimbing buluh dan pokok pokok lemon.
Tip tanam pokok buah.
1. Lubang kena korek sebesar yang boleh dan sedalam yang boleh. Ikut kemampuan. Kalau tanah keras sangat tu memang takleh nak tolong. Walaupun size polibeg tu kecik je, takpe. Sebelum letakkan anak pokok, kambus balik sedikit lubang yang kita buat tadi. Kalau ada tanah hitam, boleh masukkan dalam lubang. Ni penting supaya akar baru dapat membesar dengan subur
2. Selepas pokok dah di tanam, boleh tutup pangkal pokok dengan gunakan daun kelapa atau apa2 yang sesuai. Saya guna sabut kelapa (cocopeat). Penting supaya air dan lembapan tak mudah hilang nanti kalau panas terik.
3. Selepas tanam pokok. Kena siram dengan air secukupnya. Tanam sebelah petang. Biar pokok ada masa yang panjang dengan cuaca sejuk. Haba yang kurang. Kalau tanam waktu pagi, pokok akan terkejut dengan bahang tanah dan panas cahaya matahari.
Selamat mencuba. Insyallah kalau diizinkan Allah, pokok akan hidup dengan cantik.
Setiap antara kita punya jalan cerita yang berbeza-beza dalam hidup berumah tangga. Andai sudah bertahun-tahun bergelar suami isteri namun masih belum dikurniakan anak, terimalah ujian itu dengan redha. Begitu juga, bila mana dikurniakan rezeki dengan zuriat yang ramai, syukurlah dan fahami juga ia tetap ada ujiannya.
Pujuklah hati untuk mendepani ujian ini dengan lebih terbuka dan ini sebagaimana apa yang cuba disampaikan oleh Dr Syahr Musafir saat berbual dengan temannya. Moga setiap kata-kata yang berikan turut menyuntik semangat buat yang senasib.
Ini perkongsiannya.
“Tolong doakan aku, aku jealous tengok kau ada anak-anak, padahal kita kahwin sama bulan sama tahun, tapi aku masih berdua, kau dah berenam. Jealous weyyy, in a positive way la. Bukan jealous yang sihir tu.. Hahah,” ungkap rakan baik saya.
Memang benar kami kahwin beza haribulan saja. Dia kahwin 6 hari lebih awal daripada saya, kini berdua dengan isteri tercinta belum dikurniai cahaya mata manakala saya mempunyai 4 orang anak.
Saya sensitif bab ni, dan biasanya saya tak jawab apa-apa pun bab ni selain ayat cliche “InsyaAllah, aku doakan.” Tetapi entah kenapa, dengan dia ini saya mahu sembang panjang.
Sembang panjang ye, bukan sembang kencang dan bukan sembang kencing.
“Tak ada sebab kau nak jealous aku. Kau tahu aku jealous dengan kau kan…” jawab saya, selamba.
“Jealous amende kau kat aku. Aku bukan ada apa pun,” jawabnya, lebih selamba.
“Dengar ni, aku bagi 3 sebab aku jealous dengan kau;
Pertama, orang yang suka travelling macam kau ni memang Allah beri peluang travel dengan isteri lama-lama dan banyak-banyak sikit. Sesuailah perancangan Allah, Dia bagi kau pergi situ sini ikut kemahuan kau terlebih dulu.
Kau tengok aku, mana ada pergi travel banyak. Sikit-sikit je, tu pun atas faktor kerjaya, keluarga dan seumpamanya. Kalau nak pergi saja-saja atau holiday, kena fikir 10 kali baru boleh pergi. Susah tau nak travel dengan 4 orang anak yang masih kecil ni.
Dengan bekalan lampinnya termasuklah wet tissues, baju spare, set nak buat susu guna air panas dan sebagainya, kena consider masa dan tempat untuk anak-anak main, berlari dan sebagainya sepanjang perjalanan, you cannot expect perjalanan 5 jam akan jadi betul-betul 5 jam kalau travel dengan anak-anak kecil, tu belum cerita pasal kos lagi, tiket penerbangan tu kena fikir, bilik nak kena ada katil tambahan, bla bla bla. Elok dan molek kau yang kaki travel ni Allah susun sebegini. Heheh…
Kedua, walaupun belum ada anak kau tak adalah stress sangat, dikelilingi keluarga dan orang positif yang baik-baik pun satu nikmat besar. Disebabkan inilah kau boleh fokus kerjaya dan seumpamanya.
Kau boleh develop kerjaya, fokus betul-betul, banyak beza nak compare dengan aku ni. Nak kerja overtime pun fikir nak luang masa dengan anak-anak. Kalau cuti memang aku tak fikir pasal kerja dah sebab nak urus keluarga. Nak aktif di media sosial pun kena fikir banyak kali sebab kekangan nak luang masa berkualiti dengan anak-anak. Kau boleh buat semua ini tanpa fikir hal lain sangat.
Boleh kerja kuat-kuat, simpan duit, bina jawatan dan reputasi hebat. Nanti tiba masa dapat anak, semuanya sudah tersedia. Kau relax je. Duit pun dah ada.
Macam aku sekarang ni, ada jemputan ceramah di luar pun aku tak pergi walaupun ada bayaran yang tinggi kerana fikirkan urusan di rumah, nak kena urus anak sekolah, nak spend masa dengan anak-anak, bla bla bla. Kau pun tahu kan…
Jadi masa yang ada memang sesuai untuk kau develop kemampuan diri. Lagi pula orang sekeliling pun baik-baik walaupun tidaklah baik gilerrr. Sekurang-kurangnya positif.
Ketiga, aku nak sebut pasal hubungan suami isteri. Aku tak couple sebelum nikah, jadi cinta kami berputik selepas ijab kabul. Lepas nikah barulah nak berkenalan sesama suami isteri. Kemudian dapat anak, proses perkenalan masih berjalan. Cumanya bercinta dalam keadaan sudah punya anak tidaklah semudah yang disangka.
Kalau bercinta berdua, lain situasinya. Kau pun sama macam aku tetapi prosesnya tak sama. Kau jaga dia, dia jaga kau. Pasangan yang ada anak ni nak kena jaga anak lagi. Usia ibu bapa muda ni memang banyak tak tahu daripada tahu. Proses nak berkenalan dengan pasangan dan nak bercinta bagai tidaklah terencat atau terhenti tetapi cabarannya berbeza. Kau ingat senang ke nak pujuk isteri merajuk dalam keadaan ada anak kecil yang merengek nak susu atau nak kena basuh berak? Hehehe…. Lebih kurang macam ni la, sebagai contoh, supaya kau boleh bayangkan.
Fuhhhh, panjang aku cerita…. Macam ceramah dah ni,” ulas saya panjang, selamba saja.
“Tiga je?” usik rakan baik saya ini.
Mengerutkan dahi, saya balas dengan jawapan, “Amboiiii. 3 ni pun mujur ada. Kau ingat mudah nak susun ayat nak cerita 3 poin ni? Susah tau. Dah la free tak berbayar… Heheh.”
“Ok, Ok,” jawabnya, ketawa.
“Bukan apa, kau dah berusaha tetapi Allah belum beri zuriat. Jadi tak apa. Aku tahu mudah untuk aku cakap tetapi lebih susah bagi kau yang merasai dan menghadapi. Tapi apa aku cakap ni ikhlas untuk kau terus semangat teruskan kehidupan. Kau dah usahakan dan doa, tetapi Allah belum bagi, bukan salah kau, bukan salah isteri kau. Dan bukan salah aku juga tau. Heheh,” jawab saya.
Masih menyambung, “Kau pun tahu aku dulu belum kerja belum berduit dah dapat anak. Kau ingat mudah nak urus? Masa tu kau seronok travel bawa isteri makan angin keliling Australia, aku dok kerah keringat jual burger di surau universiti untuk cari nafkah.
Tak punya anak adalah ujian, sudah punya anak pun ujian juga. Ujian berbeza bagi orang yang berbeza saja. Kalau semua orang hadapi ujian sama, bosanlah weyyyy….” panjang pula celoteh saya.
Dia mengangguk-angguk. Entah setuju atau tak dengan apa saya kata. Mungkin tak setuju tetapi angguk saja. Heheh…
Bab anak ni bab sensitif. Sangatlah sedikit pasangan yang bernikah yang tak mahukan anak. Hampir semua pasangan mahukan anak tetapi tak semua dikurniakan anak. Jadi perlu berhati-hati apabila berbicara topik ini.
Saya lebih memilih untuk tutup mulut saja. Kecuali dengan orang yang bertanyakan pendapat atau memang super-rapat barulah sembang. Selainnya, I just keep my mouth shut.
Kena ingat, tak ada anak itu ujian, ada anak pun ujian juga. Jangan banding-membanding, tak untung apa pun, bahkan bersengketa dan bersangka-sangka yang tak berbaloi untuk dirasa. Sama-samalah kita saling mendoakan.
Lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei baru-baru ini berkongsi kisah gembira apabila dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan daripada Universiti Sains Malaysia (USM).
Anugerah tersebut diperoleh dalam satu Majlis Upacara Konvokesyen ke-58 universiti itu di Balai Menghadap Hijau Istana Arau.
Dalam Majlis tersebut, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor USM berkenan menyampaikan ijazah kehormat tersebut.
Tidak pernah tersangka yang budak nakal tidak kuat baca buku ini boleh dapat anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan suatu hari.Ribuan terima kasih ChongWei ucapkan kepada USM dan Canselor Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. ChongWei bertekad akan terus berusaha untuk menyumbang dalam arena sukan Malaysia, semampu yang boleh.
Sidenote: Mak pasti paling happy saya rasa, finally anak ada chan join konvokesyen pakai topi empat segi. Tetapi baru perasan tadi, bulat pulak rupanya…
Sidenote2 : kepada sesiapa yg nk kasi bunga konvo kat chong wei, chongwei minta sejambak kubis bole?
eni.azizCongratulations DLCW! Btw, baju kurung datin sangat cantik! 😍😍😍
hafshahmdsohiTahniah DLCW…minta kobis pulak😂😂..kobis boleh mkn, bunga x boleh mkn…sayur mahal skrg nii..👏👏
sherazulghafarKubis mahal la, Datuk! Saya kirim salam sayang je la. Hahaha. Tahniah, Datuk! You’re a jewel to this nation. Terus menyumbang dalam arena sukan negara okey? ❤️👏
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.