Puding Marble, Bukan Je Sedap Tapi Coraknya Pun Menggoda. Begini Cara Buatnya!

Share

Puding Marble, Bukan Je Sedap Tapi Coraknya Pun Menggoda. Begini Cara Buatnya!

Puding marble; seindah namanya menu ini terlihat cantik bak lukisan abstrak yang berwarna warni. Tidak hanya menang pada bentuk dan teksturnya yang lembut, malah keenakan rasanya juga mampu menggoda selera anda seisi keluarga.

Nak lagi puas hati, bolehlah buat sendiri dengan berpandukan resipi yang dikongsikan oleh Puan Fatimah Ali.

Puding Marble Seksi

Bahan-bahan:

20 gm agar-agar tali

5 cawan air

1 cawan gula

semua ni masak sampai larut

Bahan B

4 keping roti..buang kulit tepi dan gunting kecil-kecil

1 tin susu cair

1 biji telur

2 sb susu pekat

1 sb tepung kastard

1 sk esen vanila

Semua ni di blend

 

2 sb butter/margerin

3 sb serbuk koko/cokelat emulco

Pewarna pilihan

Cara penyediaan :

1.Masak agar-agar ,gula, air hingga larut

  1. Kemudian masukkan bahan B yang dah blend tadi…masa ni kena kecil kan api dan kacau perlahan-lahan.

3.Masukkan butter/margerin. Tunggu sehingga didih sedikit.

  1. Bila sudah didih rata, bolehlah tutupkan api
  2. Bahagi kepada 3 bahagian (Satu warna asal, satu warna pilihan dan satu tambah serbuk koko/coklat emulco)

6.Basahkan acuan..bolelah letak berselang seli atau ikut kreativiti. Sejukkan dalam peti sejuk

  1. Bila dah cukup keras dan sejuk boleh lah kuarkan dari acuan

Selamat mencuba

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club