Puding Marble, Bukan Je Sedap Tapi Coraknya Pun Menggoda. Begini Cara Buatnya!
Puding marble; seindah namanya menu ini terlihat cantik bak lukisan abstrak yang berwarna warni. Tidak hanya menang pada bentuk dan teksturnya yang lembut, malah keenakan rasanya juga mampu menggoda selera anda seisi keluarga.
Nak lagi puas hati, bolehlah buat sendiri dengan berpandukan resipi yang dikongsikan oleh Puan Fatimah Ali.
Puding Marble Seksi
Bahan-bahan:
20 gm agar-agar tali
5 cawan air
1 cawan gula
semua ni masak sampai larut
Bahan B
4 keping roti..buang kulit tepi dan gunting kecil-kecil
1 tin susu cair
Ads
1 biji telur
2 sb susu pekat
1 sb tepung kastard
1 sk esen vanila
Semua ni di blend
2 sb butter/margerin
3 sb serbuk koko/cokelat emulco
Ads
Pewarna pilihan
Cara penyediaan :
1.Masak agar-agar ,gula, air hingga larut
Kemudian masukkan bahan B yang dah blend tadi…masa ni kena kecil kan api dan kacau perlahan-lahan.
3.Masukkan butter/margerin. Tunggu sehingga didih sedikit.
Bila sudah didih rata, bolehlah tutupkan api
Bahagi kepada 3 bahagian (Satu warna asal, satu warna pilihan dan satu tambah serbuk koko/coklat emulco)
6.Basahkan acuan..bolelah letak berselang seli atau ikut kreativiti. Sejukkan dalam peti sejuk
Bila dah cukup keras dan sejuk boleh lah kuarkan dari acuan
Sebagai anak kita tentu prihatin dengan kesihatan ibu dan ayah kita. Maklumlah orang tua ini, kesihatan mereka sering juga terganggu dek kerana faktor usia dan sebagainya. Biasanya antara yang sering diadukan tentang tahap kesihatan mereka adalah badan asyik rasa lenguh-lenguh dan terasa berangin satu badan. Kalau kita ada disisi ibu ayah ketika itu, bolehlah juga diurut mana termampu.
Namun tahukah anda, sebenarnya ada petua yang boleh melegakan lenguh-lenguh tubuh dan sekali gus meredakan angin dalam badan ini. Ini sebagaimana yang sering dilakukan oleh seorang anak bernama Fandy Mieyza kepada orang tuanya. Malah minuman jus yang sering dibuatnya itu juga elok untuk rendahkan kolestrol dalam badan dan sekali gus boleh juga jika diamalkan untuk tujuan menurunkan berat badan. Jadi jom semak apakah petuanya itu dan cara penyediaannya itu.
“Balik rumah mak sekejap tadi , sempat buatkan stok Jus Halia Bermadu untuk mak…Jus ni bagus , boleh keluarkan angin di dalam badan , boleh rendahkan paras kolesterol , turunkan berat badan dan lain2 lagi…”–Fandy Mieyza
JUS HALIA BERMADU
Bahan-bahan:
3 biji lemon
6 inci halia
3 cawan air
3 cawan madu
Langkah demi langkah :
Potong lemon dan halia.
Rebus dalam periuk bersama 3 cawan air (750 ml)
Rebus hingga air tinggal separuh
Sejukkan kemudian kisar semuanya.
Campurkan bersama 3 cawan madu (lebih kurang 250ml).
Masuk botol dan simpan dalam peti sejuk.
Cara pengambilan :
Minum 1 sudu pagi dan 1 sudu malam sebelum tidur…
Ekstra Tip :
Kalau nak manis , tambah madu lagi.
sumber : Fandy Mieyza via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Meraikan sesuatu peristiwa yang membahagiakan dalam keluarga, elok juga jika dinikmati bersama keenakan dan kemanisan rasa popcorn buatan sendiri.
Pun begitu, mungkin ada yang tertanya-tanya adakah susah untuk menyediakan popcorn caramel ini? Orang kata, perlu ada periuk tekanan tinggi baru boleh buat. Benarkah?
Realitinya bagi yang tiada peralatan memasak yang canggih sedemikian rupa, sebenarnya anda anda cara unik untuk menyediakan popcorn ini iaitu dengan menggunakan periuk biasa sahaja!
Baiklah, jom kita tengok cara-cara mudah nak buat popcorn caramel ini yang telah dikongsikan oleh puan Nurul Hidayah Zakaria agar memberi manfaat bersama.
Bahan-bahan yang diperlukan ni mudah je. Ada 4 je bahan dia.
BAHAN-BAHAN POPCORN :-
● 1/3 cawan jagung popcorn
● 1 camca besar mentega
● 2 1/2 camca besar minyak masak
Langkah Pertama
Keluarkan periuk bertutup yang sederhana besar saiznya. Jangan guna periuk kecil. Tak muat popcorn nak mengembang nanti.
Panaskan minyak dan mentega dengan api sederhana. Api jangan terlalu besar, hangit nanti popcorn kau.
Langkah Kedua
Bila minyak dan mentega dah panas, masukkan satu biji jagung dalam periuk dan tunggu sampai dia bunyi ‘pop’.
Bila dah dengar bunyi ‘pop’ tu, jagung tadi dah kembang. Jadi, bolehlah masukkan semua jagung tadi dalam periuk. Kacau rata bagi semua kena minyak dan mentega tadi
Langkah Ketiga
Tutupkan periuk dengan penutup dia. Pastikan api sederhana kecil. Dan tunggu jagung dalam tu meletup-letup bunyinya.
Kau jangan buka penutup tu. Kalau buka nanti habis bersembur keluar popcorn tu berterabur. Satu hal pula nanti nak kena kemas
Langkah Keempat
Ha, inilah hasilnya lepas habis semua ‘letupan pop’ tadi. Cantikkan?
Keluarkan dari periuk dan letakkan dalam bekas lain. Kita nak buat caramel dia pula.
Langkah Kelima
Dalam kuali lain, masukkan gula pasir tadi. Panaskan dengan api sederhana. Tunggu sampai gula mencair dan jadi caramel.
Waktu ni, jangan bagi gula kau hangit. Pahit popcorn tu nanti. Tak jadi popcorn caramel dah. Hahaha
Langkah Keenam
Agak-agak gula tadi dah jadi warna perang-perang coklat macam ni, dah jadi la caramel tu. Jangan cuit dengan tangan ye. Melecur nanti!
Langkah Ketujuh
Masukkan mentega. Kacau sampai mentega cair. Bau dia wangi sangat! Macam ala-ala kat kedai the famous garrets popcorn. Hehehe.
Langkah Kelapan
Tutup api. Masukkan popcorn yang dah siap tadi dalam kuali, dan kacau sehingga rata. Kena berhati-hati masa ni. Jangan sampai popcorn terkeluar dari kuali. Rugi!
Langkah Kesembilan
Bila dah rata semuanya, pindahkan popcorn bercaramel tadi dalam dulang untuk sejukkan. Sambil-sambil tu boleh lerai-leraikan yang melekat.
Dah sejuk, boleh simpan dalam bekas kedap udara dan bolehlah makan sambil tengok drama kegemaran. Layaannnnn….
Dah tahu resepi dan cara, jangan lupa cuba ye!
sumber : Nurul Hidayah Zakaria via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Takyah Beli Serbuk Salted Egg Dah, Buat Sendiri Je!
“Ibu, terasa nak makan ayam salted egglah…”
Jika anak sudah cakap begitu, mestilah ibu akan menyediakan masakan mengikut citarasa anak-anak. Kebiasaannya, untuk masak masakan yang berperisa salted egg ini perlu menggunakan telur masin ataupun guna sahaja yang dalam bentuk serbuk. Kalau anda ingin berjimat, telur masin boleh buat sendiri sahaja dan tak perlu beli di kedai lagi.
Telur masin homemade ini pasti rasa lebih sedap dan berlemak daripada beli di kedai.
Bahan-bahan Telur Masin Homemade
Telur ayam 30biji
Garam kasar 1kg
Air secukupnya (agak-agak telur itu tenggelam)
Sedikit sahaja bahan yang anda perlukan dan tidak menggunakan jumlah wang yang banyak, cara nak membuatnya pun sangat mudah!
Cara-caranya
Pertama, masukkann garam kasar dan air dalam periuk.
Kedua, masak air di atas api sehingga garam larut.
Ketiga, sejukkan dahulu dan kemudian masukkan telur.
Setelah selesai, rendam telur dalam air garam itu dalam balang dan simpan di tempat yang gelap selama 14hari.
Selepas 14 hari, anda boleh tukar air rendaman dengan air biasa.
Anda juga boleh simpan telur masin homemade dalam peti sejuk.
Apabila terasa nak makan telur, baru rebuskan.
Kalau anda inginkan telur kuningnya menjadi warna yang lebih oren, petuanya adalah simpan di dalam tempat yang gelap. Lagi gelap, lagi bagus! Anda boleh simpan telur masin homemade dalam kabinet dapur juga.
Senang bukan? Telur masin boleh digunakan dalam pelbagai masakan Melayu mahupun Cina. Jadi selepas ini, tidak perlu berusah payah membeli telur masin atau serbuk telur masin di kedai. Ambil sahaja dari balang anda! Yang penting, anda boleh berjimat-cermat.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...