Puding Mangga Susu Bersama Chia Seed, Lemak-lemak Manis Best Makan Sejuk-sejuk

Share

Puding mangga antara sajian yang mudah untuk disediakan sebagai sajian pencuci mulut. Rasa manis buah mangga memang betul-betul memancing selera. Enak dinikmati ketika sejuk-sejuk, lega rasa tekak terutama bila cuaca panas.

Bagi mak-mak yang tiada idea untuk membuat sajian pencuci mulut, apa kata anda cuba resipi puding mangga susu bersama chia seed ini seperti yang dikongsikan oleh Shida Razak KC.

Puding Mangga Susu Bersama Chia Seed

Lemak-lemak Manis Best Makan Sejuk-sejuk

RESIPI PUDING MANGGA SUSU BERSAMA CHIA SEED

UNTUK LAPISAN BAWAH:

BAHAN-BAHAN:

400 ml susu segar
100 ml air
1 biji mangga/100-150g mangga di potong dadu
2 sudu besar serbuk agar-agar
1/2 sudu kecil garam
3 sudu gula (boleh guna molases sugar untuk lebih sihat)
1 sudu kecil pewarna kuning (jika ada)

Terasa-rasa Manis Buah Mangga

CARA MEMBUAT:

1. Kisar semua bahan. (lapisan bawah).

2. Selepas semua bahan dikisar, masak selama 2 minit hingga mendidih.

3. Kacau rata dan masukkan ke dalam bekas/loyang. Ketepikan.

UNTUK LAPISAN KE DUA:

BAHAN-BAHAN:

250 ml susu segar
1 sudu besar serbuk agar-agar
2 sudu besar gula batu/gula biasa
Secubit garam
1/2 cawan chia seed

CARA MEMBUAT:

1. Masak susu segar bersama masak 1 sudu besar serbuk agar-agar.

2. Campur 2 sudu besar gula batu/ gula biasa pun boleh dan secubit garam dan kacau hingga mendidih.

 

 

3. Campurkan 1/2 cawan chia seed yang telah dikembangkan. Jika tiada chia seed, selasih pun boleh.

4. Tuang untuk lapisan ke dua setelah sejuk lapisan pertama. Taburkan mangga dadu di atas puding. Sejukkan dalam peti. Makan ketika sejuk memang sedap!

Sumber kredit: Shida Razak KC