Puding Mangga Dengan Sagu, Pencuci Mulut Simple Tapi Enak. Rasa Masam Manis, Cukup Sedap Layan Sejuk-Sejuk

Share

Puding, salah satu pencuci mulut yang cukup digemari ramai. Pelbagai resipi berasaskan puding boleh dicuba baik yang simple mahupun kepada yang berat.

Puding Mangga salah satu resipi popular yang menjadi pilihan ramai. Menariknya resipi ini digabungkan dengan sagu. Kombinasi yang cukup memikat hati.

Ditambah pula dengan kemanisan buah mangga. Memang Terbaik rasanya Dalam memikat selera seisi keluarga.

Selain rasanya yang sedap, pilihan warna memikat hati untuk mencuba.jom buat. Resipi ini hasil perkongsian daripada Encik Mimpi Hans. Lepas ni boleh Cuba buat untuk dihidangkan ketika minum petang atau jamuan.

Bila sejuk2 masuk tekak, rasa macam SPM dapat 10A pulak feeling nya 😂😂

Saya sertakan resepi tapi saya ubah sikit ikut kesesuaian tekak … Lapisan Sagu

Masak sagu berwarna merah sampai jernih. Kalau guna sagu putih, boleh letak pewarna merah. Toskan dan lalukan bawah air sejuk. Tuang lapisan nipis sagu di dasar loyang. Letak potongan dadu Mangga di atas lapisan Sagu

Lapisan Putih

1 paket serbuk Agar-Agar 10gram

800ml air

200ml Santan pekat

1 sudu Tepung Jagung bancuh dengan 5 sudu air.

50ml Susu cair

1 sudu teh esen Vanilla

250gram Gula. Boleh kurangkan …

Cara membuat:

Campur semua dalam periuk. Kacau sebati baru hidupkan api. Masak sampai mendidih. Tuang atas lapisan Mangga tadi dan tunggu lapisan atas mengeras.

Lapisan Mangga

2 biji isi Mangga kisar halus

1 paket serbuk Agar-Agar 10gram

800ml air

200ml Santan pekat

150gram Gula

50ml Susu cair

1 sudu Tepung Jagung bancuh dengan 5 sudu air.

Pewarna Kuning jika Mangga tak berapa kuning

Cara membuat:

Campur semua dalam periuk. Kacau sebati baru hidupkan api. Masak sampai mendidih. Tuang atas lapisan putih tadi dan tunggu sehingga mengeras.

*Tepung Jagung adalah optional. Tak letak pun boleh. Saya letak sebab nak dapatkan texture puding.

Sejukkan dulu dalam peti sejuk baru potong. Dappppp makan sejuk-sejuk .

Selamat mencuba