Menikmati pencuci mulut yang satu ini sememangnya cukup sedap. Cara yang dibuat juga ringkas, pasti membuatkan sekeluarga menyukainya.
Untuk ibu-ibu yang nak mencuba, ini resipi yang dikongsikan oleh Zulaikha Ghazali.
Terajin pulak buat puding lumut butter untuk pencuci mulut harini .
Nampak macem sodap nanti malem kita rasa yepppp
(Resepi langkah2 dalam gambar)
Bahan-bahan
Ads
Cara membuat:
1.Campurkan semua bahan dan kacau sebati :
– Dua biji telur
– Santan 200ml
– 4 cawan air
– Gula 3/4 cawan gula ( ikut selera korang kalau nak manis boleh lebihkan gula kalau tasuke manis boleh kurangkan )
-1/2 sb garam
2. Kemudian masukkan sebungkus serbuk sehingga dan pewarna hijau. Apabila semuanya ada dan tuangkan ke dalam periuk.
3. Masak sambil kacau di atas api perlahan . Bila dan mendidih dan jadi ketul – ketul cemtu boleh tutup api . Sejukan kejap .
4. Bila dah sejuk sikit boleh tuang dalam bekas . Kalau tuang masa panas jadi tak cantik sebab ada mendapan air . Kemudian sejukan .
Bila bercerita tentang berdiet, tidak semua punya hati kental untuk lakukan secara konsisten. Apatah lagi andai tiada siapa yang memberi sokongan.
Pun begitu, beruntungnya suami ini apabila si isteri bersungguh-sungguh menjaga diet suaminya hingga berjaya menurunkan berat badan sebanyak 28kg selama 3 bulan.
Usaha yang konsisten seperti ini oleh isterinya, harus diberi pujian dan sekali gus diharapkan dapat menyuntik semangat kita sebagai ibu dan isteri untuk menjaga pemakanan keluarga agar semuanya sihat dan memiliki berat badan ideal
Teruja mengetahui lanjut, jom kita baca perkongsian dari seorang isteri ini.
Bagaimana suami saya hilang 28kg dalam masa 3 bulan tanpa sebarang ubat kurus dan tanpa stress dengan hanya 4 langkah mudah.
(1) Makan suku-suku separuh. Ini penting. Suku karbohidrat. Suku protein. Separuh gabungan buah dan sayuran. Makan 3 kali sehari ikut portion ni. Bila lapar, makan buah. Tapi diet ni jarang buat kita lapar sebab nutrisi cukup. Tapi awas ye, sukatan kena tepat. Jangan mengelat. Contoh2 menu suku-suku separuh ada di gambar.
(2) Buat senaman yang kita suka. Suami hanya bersenam 1 jam setiap hari. Samada berenang atau jalan-jalan di mall. Senam tak semestinya yang membebankan. Bila kita buat benda yang kita terpaksa, benda tu takkan bertahan lama. Buat benda yang kita enjoy.
(3) Air kena cukup. 3 liter sehari. Ikut keperluan badan dan aktiviti hari tu. Kita boleh tahu body kita tak cukup air bila bibir merekah dan air kencing bewarna pekat. Dan yang penting untuk tips minum air, apa yang penting adalah penyerapan air, bukan berapa banyak liter yang kita minum. Jadi, tips penting, minum sikit-sikit tapi dengan kerap.
(4) Tidur yang cukup. Makan awal. Lepas maghrib dah kena stop makan. Suami selalu akan tidur tidak lewat dari jam 10 malam dan bangun jam 5 pagi. Tidur yang cukup dapat elak body stress. Stress akan menggangu penurunan berat badan.
Ini antara menu yang disediakan untuk suami tercinta.
Semoga bermanfaat & dapat beri inspirasi kepada yang masih berhempas pulas untuk dapatkan berat ideal.
Ikan Siakap menjadi bualan ramai apabila satu perkongsian mengenai harga yang perlu dibayar selepas makan ikan tersebut terlalu mahal.
Pelbagai persepsi timbul selepas ikan siakap menjadi tular , ada yang mengaitkan pengusaha restoran tersebut terlalu cekik darah, tak kurang yang menyelar pengunjung tersebut yang sepatutnya memeriksa terlebih dahulu harga sebenar ikan yang dipilihnya.
Saudara Tai Zee Kin berkongsi pandangan dan cara bagaimana budaya orang Cina yang akan membuat bajet terlebih dahulu sebelum berbelanja terutama waktu makan besar.
Ini cara orang cina order seafood di restoran.
1. Akuarium tepi restoran seafood, bukan galeri atau underwater world. Dia tidak kenakan caj tiket masuk. Itu tempat kalian pilih seafood segar.
1.5 Kalau anak-anak kecil ikut makan sekali, boleh bawa jalan-jalan tepi akuarium sambil ajar anak-anak nama ikan dan jenis ketam.
2. Sudut kanan (atau kiri) akuarium ada tanda tertera dengan jelas nama seafood (di situlah ayahanda saya mengajar nama dan jenis ikan) dan harga setiap 100g, 1kg, atau sukatan yang bersesuaian.
3. Tepi akuarium ada penimbang. Kalian boleh minta tauke untuk timbang sebelum makan, atau minta dia membuat anggaran berat.
4. Kalau tiada akuarium pun, orang cina akan terus order seafood ikut berat (kalau bukan harga tetap). Contoh, kalau kami order siakap, terus bagitau nak 1.5kg. Tauke akan tengok ada tak 1.5kg. Kalau tiada, tauke akan bagi anggaran julat keberatan.
5. Peminat seafood dah ada harga seafood darab keberatan dalam kunci kira-kira minda.
Orang cina tidak suka style makan dulu kira nanti. Bila budaya makanan restoran mamak mula berbuat demikian, banyak di kalangan orang cina kurang selesa. Zaman 2000-han, kedai mamak biasa minta pelanggan makan dulu, baru dia datang kira.
Budaya orang cina selalu kena buat ‘bajeting’ sebelum ‘spending’. Makan kedai pun sama. Kalau makan besar, siap hitung dulu, buat kiraan bajet, periksa harga betul-betul, baru layan.
Tabiat ini memang sudah terpahat dalam DNA kami.
Budaya ‘makan dulu, kira kemudian’ sangat bahaya, kerana ketidakselesaan ‘caj terlampau’ adalah tanpa kesalahan mana-mana pihak, ianya cuma akibat ketidaksepadanan kehendak (dengan izin, ‘mismatch of expectation’).
Isu siakap terlampau caj ini, bagi orang cina, jarang berlaku. Kami tertanya-tanya, kenapa tidak membuat kepastian berat ikan sebelum order? Kenapa tidak sebut sahaja ‘Siakap tu, bagi 1.5kg cukup’?
Saya bila buat tempahan ketam dulu, siap tawar menawar dari segi berat ketam dengan tauke sebelum turunkan order. Tiada masalah.
Ingat tatacara ini kalian, ‘Kira dulu, order kemudian’. Tak payah segan-segan. Segan dahulu, kesal kemudian.
Dalam hal ini, pelanggan tiada salah, restoran pun tiada salah. Restoran siap bagitau harga setiap 100g awal awal. Caj pun ikut harga per 100g. Pelanggan bagi kebebasan kepada restoran untuk anggaran berat ikan.
Menjaga pengambilan makanan adalah sangat penting lebih-lebih lagi bagi yang mahu menurunkan berat badan.
Namun, tak semestinya orang diet tidak dibenarkan makan makanan yang sedap. Menu kali ini memang sangat sesuai untuk yang sedang berdiet.
Bubur oatmeal ayam bukan sahaja mudah tetapi sedap dan paling penting mengenyangkan. Bagi sesiapa yang mahu menggantikan nasi ketika diet sangat disarankan untuk mencuba resipi ini.
Bubur Oatmeal Ayam
Bahan-Bahan:
Rolled oat
Isi ayam
Bawang putih
Halia
Air
Lobak merah
1/2 kiub ayam/stok ayam
Lada sulah
Sayur pakchoy
Telur
Garam
Secukup rasa
Minyak bijan (pilihan)
Chili oil
Cara-Cara:
– Rendamkan oat untuk beberapa minit.
– Tumiskan bawang putih dan halia. Masukkan isi ayam yang sudah dipotong.
– Masukkan oat yang telah direndam tadi dan sedikit air, lobak merah, kiub ayam dan lada sulah.
– Sementara itu, boleh kukus sayur pilihan anda dan telur selama 7-10 minit.
– Tambahkan garam dan daun sup. Boleh tambahkan sedikit minyak bijan ke dalam bubur jika suka.
– Akhir sekalai boleh tambahkan chili oil jika mahu pedas.
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.