Tentu ramai yang suka makan puding karamel. Dessert yang menjadi menu untuk hidangan minum petang bersama keluarga. Malah tidak mustahil menjadi kegemaran ramai.
Biasanya terdapat resepi puding karamel menggunakan resipi menggunakan telur. Tetapi resipi yang dikongsi ini tidak mengunakan telur. Cara nak buat pun mudah.
Ikuti perkongsian oleh Mimiey Zuhaa yang mendapat perkongsian sehingga 3.6K ‘shares’ di facebook miliknya.
Ni dia puding caramel tanpa telur & tanpa perlu kukus.. Alhamdulillah membentuk dengan elok dan jayanya.. Biasa puding caramel letak telur bau hanyir kan.. So boleh la cuba resepi ni nanti.. Yang tak boleh makan mesti boleh makan , budak² pun sukaa.. Ada yang nak resepi tak? Kalau ramai yang nak resepi nanti saya share resepinya
Bahan gula caramel:
-¼ cawan gula
-3 sudu besar air
Bahan puding:
-1 paket agar-agar(10gm)
Cara membuatnya
1.panaskan gula dan air didalam loyang dengan api perlahan sehingga gula keperangan dan kacau hingga rata. Ketepikan dulu.
2.satukan kesemua bahan untuk puding didalam periuk dengan api perlahan.
3.biarkan ia larut dan tidak berketul.
4.setelah adunan sedikit pekat boleh tutupkan api.
5.tapis adunan terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam loyang berisi caramel tadi.
Sesuai untuk dihidangkan bila tetamu datang
Mudah,ringkas dan cepat kan.
Selamat berjaya semua!
Kredit: Mimiey Zuhaa