Puding Karamel Tanpa Telur, Makan Sejuk Ketika Cuaca Panas Memang Enak!

Share

Bila cuaca panas, masa-masa itulah juga tekak kita akan menginginkan sesuatu yang sejuk dan enak untuk diminum atau dimakan.

Membayangkan dapat menikmati puding yang lemak manis dan semestinya sejuk, itu sudah membuatkan kita tidak sabar pula untuk merasainya.

Jadi untuk yang teringin sangat hendak buat puding karamel dengan cara mudah tanpa menggunakan telur, di sini dikongsikan resipinya untuk dicuba.

Puding Karamel versi tanpa telur

Buat dalam bekas macam nie senang bila nak makan. Sedap tulaa makan sejuk-sejuk nie

Resepi..
Untuk caramel
* 1 cawan gula
* 1/2 cawan air

Untuk puding
* Agar-agar serbuk 10g (plain)
* 4 cawan air
* 1 tin susu cair
* 1 1/2 cawan susu pekat (ikut kemanisan tekak masing-masing ya)
* 3 1/2 sudu besar tepung kastard
* 1 sudu kecil esen vanilla
* Sedikit garam (untuk melemakkan rasa puding)

Cara memasak..
1. Masukkan gula di dalam periuk dan masak sehingga cair serta menjadi keperangan. Guna api perlahan ya.
2. Tutup api dan tuang air secara perlahan-lahan ke dalam gula tadi. Kemudian buka semula api dan kacau karamel tadi sehingga larut.
3. Sejukkan karamel tadi dan baru di isi dalam bekas ya.
4. Masukkan air dengan serbuk agar-agar serta masak sehingga mendidih.
5. Campurkan susu cair, tepung kastard, susu pekat, garam serta esen vanilla kacau sehingga sebati terlebih dahulu masukkan ke dalam agar-agar..Biarkan mendidih.
6. Siap untuk di tuang ke dalam bekas dan sejukkan di dalam peti ais..

Sedia untuk dinikmati.

Sumber : Fatien Zaini via MAHN