Bila cuaca panas, masa-masa itulah juga tekak kita akan menginginkan sesuatu yang sejuk dan enak untuk diminum atau dimakan.
Membayangkan dapat menikmati puding yang lemak manis dan semestinya sejuk, itu sudah membuatkan kita tidak sabar pula untuk merasainya.
Jadi untuk yang teringin sangat hendak buat puding karamel dengan cara mudah tanpa menggunakan telur, di sini dikongsikan resipinya untuk dicuba.
Puding Karamel versi tanpa telur
Ads
Buat dalam bekas macam nie senang bila nak makan. Sedap tulaa makan sejuk-sejuk nie
Resepi..
Untuk caramel
* 1 cawan gula
* 1/2 cawan air
Untuk puding
* Agar-agar serbuk 10g (plain)
* 4 cawan air
* 1 tin susu cair
* 1 1/2 cawan susu pekat (ikut kemanisan tekak masing-masing ya)
* 3 1/2 sudu besar tepung kastard
* 1 sudu kecil esen vanilla
* Sedikit garam (untuk melemakkan rasa puding)
Ads
Cara memasak..
1. Masukkan gula di dalam periuk dan masak sehingga cair serta menjadi keperangan. Guna api perlahan ya.
2. Tutup api dan tuang air secara perlahan-lahan ke dalam gula tadi. Kemudian buka semula api dan kacau karamel tadi sehingga larut.
3. Sejukkan karamel tadi dan baru di isi dalam bekas ya.
4. Masukkan air dengan serbuk agar-agar serta masak sehingga mendidih.
5. Campurkan susu cair, tepung kastard, susu pekat, garam serta esen vanilla kacau sehingga sebati terlebih dahulu masukkan ke dalam agar-agar..Biarkan mendidih.
6. Siap untuk di tuang ke dalam bekas dan sejukkan di dalam peti ais..
Ads
Sedia untuk dinikmati.
Sumber : Fatien Zaini via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dia cukup terkenal dengan sikapnya yang suka berlawak. Jenaka yang dilontarkan cukup bersahaja namun mengundang lucu dikalangan netizen. Berasal dari, Cebu, Filipina, Mark menceritakan kehidupannya terdahulu sebelum bergelar penyanyi.
“Kehidupan saya dari kecil hingga besar memang ada kena mengena dengan muzik. Ada yang bermain saksafon, trumpet dan sebagainya. Adakala mereka bermain muzik, keluarga kami amat mencintai muzik dan itu yang membuatkan saya sukakan bidang ini.
“Waktu umur 5-6 tahun ayah selalu dodoikan saya satu lagu Filipina yang bertajuk ‘Ombak’. Saya selalu menyanyi lagu itu hingga umur 8 tahun. Waktu itu ayah cakap saya boleh menyanyi dan membawa saya ke gereja dan di situ saya belajar banyak benda termasuk harmoni dan teknikal.
“Sampai umur 10 tahun, ayah bawa masuk pertandingan menyanyi dan memperoleh tempat ketiga. Ayah cakap ini sahaja dia mampu beri dan dia cakap kalau hantar ke sekolah belum tentu saya dapat belanja atau tidak. jadi ayah minta saya jaga suara dan bakat saya,”ujar Mark lagi yang bangga kerana dapat memenuhi impian ayahnya untuk melihat dia berjaya menjadi penyanyi.
keluarga yang saya tinggalkan
Cerita Mark lagi, ayahnya selalu memberikan kata-kata semangat untuk dia menjadi kuat.
“Ayah selalu cakap jangan menangis, dia tak nak tengok saya menangis dan suruh kuatkan diri. Pertama kali saya menaiki kapal terbang, saya menangis kerana walaupun dapat lihat bangunan yang cantik tetapi tak dapat lihat keluarga yang saya tinggalkan.
“Saya tidak tahu tentang Islam dan agama. Di Malaysia saya dapat lihat kepelbagaian agama. Saya peluk Islam kerana percaya dengan agama yang saya lihat hari-hari bermula pada kawan saya Zul yang baik orangnya.
“Saya pergi ke Perkim dan belajar tentang Islam. Isteri ajar saya tentang memberi salam tetapi adakala saya tersasul suka cakap terbalik Waalaikumsalam bukannya Assalamualaikum.
“Waktu pertama kali ke rumah mentua, dan ketika bersua muka di depan pintu saya bercakap waalaikumsalam. Memang kelakar bila diingatkan kembali, patutlah mereka tidak menjawab,”cerita Mark lagi.
Ibu terkejut dan menangis
Tersentuh hati melihat mendengar kisah penyanyi dan pelakon, Mark Adam tatkala bercerita penerimaan ibu bapanya ketika dia mahu memeluk Islam.
Mark atau nama Islamnya, Fikri Mark Adam Abdullah kini sudah hampir 16 tahun menjadi saudara baru. Suami kepada Norazah Redzuan ini mengakui pada awalnya, ibunya agak terkejut sehingga menangis apabila mendapat tahu bahawa anaknya mahu memeluk Islam.
“Satu soalan yang ayah tanyakan pada saya, awak gembira tak?
“Saya cakap gembira. Lepas tu ayah cakap okay u pergi sana.” Cerita Mark yang berkongsi cerita tersebut menerusi rancangan Al-Hidayah.
‘Jenaka’ Tuhan dahsyat
Waktu pertama kali menjejak kaki ke Tanah Suci, akui Mark tidak sangka dalam hidupnya dia mampu berdiri di depan kaabah.
“Waktu di sana saya dapat pegang Kaabah dan cium, tapi ada kisah kelakar ketika itu. Waktu depan kaabah, saya selalu pegang kain tetapi waktu pegang kaabah saya cium dan menangis bila teringat semua benda. 15-20 minit di situ, saya berpusing untuk beredar dan nampak Shuib.
“Ketika nak ambil kain untuk lap hingus dan air mata, Shuib cakap itu bukan kain kepunyaan saya. Barulah saya sedar kain tersebut berwarna merah. Rupa-rupanya itu adalah kain seorang mak cik tengah menarik kainnya.
“Terus saya lepaskan. Shuib cakap, Mark awak pelawak kan, suka buat jenaka kan. Tengok ‘jenaka’ Tuhan, dahsyat kan. Memang kami gelak sampai menangis di situ,”ujar Mark lagi yang mengakui rindu untuk kembali lagi ke sana.
Mengulas mengenai keputusan isteri memakai hijab, Mark memberitahu banyak perubahan yang berlaku atas isterinya. Sejuk hatinya bila isteri kesayangan memakai tudung.
“Isteri yang ambil keputusan untuk berhijab. Dia sangat cantik pada pandangan mata saya. Memang saya tak ada cakap apa-apa dan itu adalah satu pilihan yang betul. Saya sangat suka dia bertudung. Sejuk hati apabila memandang isteri memakai tudung.
“Dalam dunia ini dua sahaja yang kita kena fikir, elok dan tak elok. Mana satu pilihan kita, Kenapa nak susah-susah, pilih yang elok lah supaya hidup kita menjadi elok. Kena kuatkan iman dan percaya. Kena teruskan usaha. Dugaan kena terima dan reda. Dugaan diberi kerana akan ada kebaikan selepas itu, ungkap Mark lagi.
Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya. Pasti ada pengajarannya.
Begitu juga dengan kejadian bencana banjir. Siapa sangka banjir besar yang sering melanda pantai timur, ‘menyerang’ pantai barat. Paling tak duga adalah kawasan Selangor.
Benar , hati mana yang tidak sebak namun sebagai umat Islam, kita disuruh redha dan sabar. Dah tahu bahawa musibah itu ada hikmah.
Sebagaimana perkongsian ini menjelaskan bahawa banjir ini ada pengajaran disebalik kejadian.
Seterusnya ikuti perkongsian beliau
Satu lagi pelajaran berharga.
Ada rumah barangnya penuh segenap sudut. Ada rumah ringkas saja isinya, cukup2 utk kegunaan harian saja.
Apabila disapu bah dan disalut lumpur, rumah yg isinya ringkas itu mudah dan cepat diuruskan. Manakala rumah yg isinya penuh, memerlukan berpuluh tenaga kerja, mengambil masa sampai berhari2 utk diselesaikan.
Di masa itu, pemilik rumah yg ringkas itu pasti berasa sgt2 bersyukur kerana dimudahkan urusan walau dlm musibah.
Begitulah AKHIRAT nanti. Mereka yg hidup sekadarnya amat mudah dan ringan hisabnya dihadapan Allah. Manakala yg mengumpul harta dan berlumba2 mengejar dunia, hisabnya AMAT BERAT (seperti beratnya lumpur), lambat dan siksa sekali kerana memakan masa ribuan tahun kerana setiap butir harta dan masa kita akan dihitung, apa tujuan harta itu dan bagaimana ia dimanfaatkan.
Bersediakah kita dgn jawapan? Kerana yg memberi jawapan di hadapan Allah itu nanti hanyalah KEBENARAN. Mustahil lagi berlaku tipu helah.
Sama2 kita dalami dan mentadabbur surah At-Takathur.
At-Takathur: 1
أَلۡهَىٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), –
At-Takathur: 2
حَتَّىٰ زُرۡتُمُ ٱلۡمَقَابِرَ
Sehingga kamu masuk kubur.
Fahamilah hingga akhir ayat.
Ujian dunia ini adalah nikmat. Kerana mereka yg beriman akan benar2 diuji. Dan mereka yg beriman, ganjarannya SYURGA YG KEKAL ABADI.
Sumber: Faiz Mansor
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kepingan roti putih yang hampir tamat tarikh luputnya jangan dibuang begitu sahaja. Manfaatkan kelebihan roti ini dengan menu lain pula.
Ibu kena lebih kreatif dengan mencuba resipi Cucur Roti yang bukan hanya mudah tetapi cukup senang hendak membuatnya.
Perkongsian Farah Izzati di facebooknya buat kita rasa terliur. Paling tertarik sebab cara membuatnya cukuplah mudah. Carik-carikkan sahaja roti dan gaulkan dengan semua bahan lain. Siap!
Hari tu buat kat Khayla. Malam ni suami pulak yang minta nak cucur roti ni. So siapa yang minta resipi, ni akak share untuk semua.
RESIPI CUCUR ROTI
Bahan-bahan:
4 keping roti
2 biji telur
2 biji bawang merah
Lobak merah -diparut
Sedikit daun bawang -dicincang halus
Sedikit ikan bilis
Sedikit garam
Caranya:
1. Goreng ikan bilis dan tumbuk halus. (supaya senang anak makan).
2. Carik-carikkan roti seperti dalam gambar.
3. Gaul kesemua bahan hingga sebati.
4. Bentukkan jadi bebola kecil.
5. Panaskan minyak dan goreng. Golek-golekkan sikit dan angkat bila perang.
6. Tadaaa..dah siap!
Senangkan? Kalau anak tak mau makan nasi, mama buat ni je. Anak suka, bapak budak suka, mak budak pun suka.
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.