Memberi kepuasan menikmati juadah minum petang bersama keluarga, apa kata ibu-ibu mencuba menyediakan menu Puding Karamel ini.
Bahan-bahan yang digunakan cukup ringkas, hanya telur, susu pekat, susu cair, gula dan esen vanila. Menu yang enak tersedia untuk dinikmati.
Ini sebagaimana resipi yang dikongsikan oleh Siti Norazliana, jom dicuba.
Day 24 PKP : Puding Karamel
Cara mudah hanya menggunakan barang yang ada kat dapur je ..
Bahan-bahan:
3 biji telur
Ads
1 sudu esen vanila
1 tin susu cair
3 sudu makan susu pekat
5 sudu makan gula
Ads
Cara penyediaan :
Step 1 :Hanguskan 5 sudu makan gula terlebih dahulu ..Guna api sederhana ..Jangan sampai hangit nanti pahit tak sedap ..Bila gula dah cair masuk air panas 10 sudu ..Masak sampai gula sebati & hancur ..Tutup api masukkan air gula tadi dalam loyang sejukkan ..Nak buat karamel ni perlukan kesabaran sikit ye
Ads
Step 2 : Kepuk manja2 telur sampai jadi macam ni
Step 3 :Pastu masukkan bahan lain & kacau sebati ..Tapis adunan terlebih dahulu ..Tuang adunan dalam loyang dan kukus selama 30 minit ..
Pastikan loyang tutup bagi mengelakkan wap air masuk masa kukus . Dah siap sejukkan & simpan dalam peti ais sekejap baru boleh terbalikkan ..Kalau terbalik masa tengah panas nanti dia akan pecah ..Selamat mencuba
Hujung minggu lah ada masa nak masak sedap-sedap bagi ibu yang bekerjaya. Sama juga yang surirumah, bila weekdays nak urus rumah, nak urus anak-anak. Kalau weekend boleh minta suami tengokkan.
Yang mana weekend ni rasa nak masak sedap-sedap tu, boleh cuba buat nasi daging ni. Mudah je tau, yang pasti menjadi!
Kali pertama mencuba terus jatuh cintaaa😍😍 Sedap sangat nih …Nasi Daging Utara…Daging lembut…Nasi pun cantik helok lembut…akan repeat lagiiii….
•2sudu minyak sapi + minyak masak 2sudu
•Bwg Besar 2 biji*
•Bwg Putih 6 ulas*
•Halia 3inchi*
**Mayang halus bahan*
•4sekawan
Kulit kayu Manis/Bunga Lawang/BungaCengkih/Buah Pelaga
•Rempah Kurma 2sudu
•2 helai daun pandan
•tomato 2bj
•susu cair 3/4 tin
•3/4 sudu penuh garam
•sedikit cukup rasa
•Air rebusan daging
•Daun Ketumbar
Cara-caranya :-
– Tumiskan 4sekawan, bhn* yg dimayang, garingkan masukkan daun pandan dan rempah kurma. Masuk air rebusan air 4 1/2 cwn pot yg sama dan susu cair. Didihkan sekejap masukkan garam, cukup rasa & tomato.
– Toskan beras basmathi ke periuk nasi dan masukkan tumisan dan daging yg dh direbus empuk. Last sekali bila nasi dh masak baru masukkan daun ketumbar. Nasi akan helok gebu dan wangi 😊
– Nasi tu jgn dikacau masa sedang masak utk elakkan beras patah..😉
– Resepi nasi sy ni lembut skit..klau nk nasi berderai kurgkan 1/2 cawan air rebusan daging
Resepi air asam kerisik bawang
Bawang besar 2biji
Tomato 2 biji
Cili api 10biji
Air asam Jawa 1 mangkuk
Kerisik 3 sudu
Belacan bakar
Garam
Gula
Cukup rasa
Resepi Rendang Telur
Bahan A
10bj Bawang Kecik
5 ulas Bawang Putih
3 inchi Halia
2 Btg Serai
** Blender lumat
Bahan B
1/2 genggam Cili Api
1 ketul Kunyit Hidup
**Blender lumat
5bj telur – direbus
1 Btg serai diketuk
2 senduk Cili blender
3 sudu Kerisik
Santan kotak
2 helai Daun Kunyit
1 kpg Asam Keping
Garam
Gula
Cukup Rasa
Caranya :
Tumis Bahan A & 1btg serai yg diketuk garingkan, mskkan cili blender garingkan sekejap baru mskkan Bahan B, garingkan betul2 baru msk garam, santan dan tambah air. Last sekali perasakan dgn gula, cukup rasa, daun kunyit,asam keping dan mskkan telur, kacau sekejap, siap.
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Telur dadar dimakan dengan nasi putih dan kicap sahaja pun sudah mampu membuka selera.Bahan asas bagi membuat telur dadar juga cukup mudah iaitu telur ayam, garam, bawang merah dan cili merah/hijau.
Namun begitu, seringkali juga telur dadar yang dihasilkan kelihatan leper, tidak cantik dan berminyak-minyak. Sebenarnya, ada beberapa kaedah dan tip yang boleh dicuba untuk memastikan telur dadar kelihatan gebu,lembut dan sedap bagaikan didalam iklan di kaca tv. Antaranya:
1.Tambah Mayonis
Tambah satu sudu besar Mayonis didalam bancuhan telur dan pukul sebati.Ia akan membuatkan telur dadar menjadi gebu,lembut dan bertambah enak.
2.Pukul telur dengan lebih lama
Pecahkan beberapa biji telur kemudian pukul telur dengan lama sehingga kembang, kemudian barulah dimasukkan apa sahaja bahan yang digemari.
3.Tapis telur yang telah dipukul
Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul telur sehingga menjadi kembang. Setelah itu tapiskan telur tadi untuk menapis buih-buih yang ada pada telur. Selepas itu barulah dimasukkan bahan-bahan yang lain.
4.Masukan sedikit air
Pecahkan telur di dalam mangkuk dan masukkan sedikit air. Kemudian pukul hingga kembang dan goreng.
5.Tambah perahan limau nipis
Pecahkan telur, masukkan sedikit garam dan perahan limau nipis, pukul seketika sehingga kembang. Tunggu minyak betul- betul panas, kemudian tuangkan telur dari jarak yang agak tinggi, seperti kaedah membuat teh tarik, kemudian kecilkan api dan tunggu sehingga masak sebelum terbalikkannya. Hasilnya telur dadar akan kelihatan lebih gebu dan sedap.
6.Tambahkan serbuk penaik
Boleh juga menambahkan sedikit serbuk penaik didalam bancuhan telur dan pukul sebati.Ia akan membuatkan telur dadar menjadi gebu,lembut, cantik dan bertambah enak.
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Didie Alias lawat Amyza Aznan, datang beri semangat, rai hari jadi ke-19 Andre di wad. Pelakon Didie Alias telah meluangkan masa untuk melawat anak kepada sahabatnya, Amyza Aznan, yang kini sedang menerima rawatan di hospital akibat penyakit kanser paru-paru.