Memberi kepuasan menikmati juadah minum petang bersama keluarga, apa kata ibu-ibu mencuba menyediakan menu Puding Karamel ini.
Bahan-bahan yang digunakan cukup ringkas, hanya telur, susu pekat, susu cair, gula dan esen vanila. Menu yang enak tersedia untuk dinikmati.
Ini sebagaimana resipi yang dikongsikan oleh Siti Norazliana, jom dicuba.
Day 24 PKP : Puding Karamel
Cara mudah hanya menggunakan barang yang ada kat dapur je ..
Bahan-bahan:
3 biji telur
Ads
1 sudu esen vanila
1 tin susu cair
3 sudu makan susu pekat
5 sudu makan gula
Ads
Cara penyediaan :
Step 1 :Hanguskan 5 sudu makan gula terlebih dahulu ..Guna api sederhana ..Jangan sampai hangit nanti pahit tak sedap ..Bila gula dah cair masuk air panas 10 sudu ..Masak sampai gula sebati & hancur ..Tutup api masukkan air gula tadi dalam loyang sejukkan ..Nak buat karamel ni perlukan kesabaran sikit ye
Ads
Step 2 : Kepuk manja2 telur sampai jadi macam ni
Step 3 :Pastu masukkan bahan lain & kacau sebati ..Tapis adunan terlebih dahulu ..Tuang adunan dalam loyang dan kukus selama 30 minit ..
Pastikan loyang tutup bagi mengelakkan wap air masuk masa kukus . Dah siap sejukkan & simpan dalam peti ais sekejap baru boleh terbalikkan ..Kalau terbalik masa tengah panas nanti dia akan pecah ..Selamat mencuba
Mungkin ada di antara kita tiba-tiba tekak ni teringin pula hendak merasa enaknya kek. Hendak dibeli, mana ada kedai kek dibuka pagi-pagi begini. Lagipun bukankah hari cuti sebegini, elok sangat kalau kita dapat sediakan sendiri.
Resipi Kek marble ini contohnya hanya menggunakan 5 bahan yang mudah dan pastinya ada ramuannya telah tersedia di dapur anda.
Nak tahu apa resipinya, ayuh semak satu persatu sebelum kita memulakan ‘aksi’ memasak di dapur. Resipi ini dikongsi oleh Nur Hidayah Dayah Via MAHN.
1. Pukul butter dengan gula sampai kembang.
2. Masukan telur, pukul lagi.
3. Last sekali masukan tepung dan bahagi dua adunan. Satu dicampur coklat dan satu lagi asli. Lapiskan adunan dan bakar dalam suhu 190 selama 40 minit.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sekali sekala bila datang penyakit ‘malas’ memasak, memang tidak dinafikan kurang bersemangat untuk memasak menu yang istimewa. Kalau boleh cukuplah sekadar menu ringkas sahaja yang ingin dimasak.
Pun begitu, andai tekak terasa teringin pula makan sesuatu yang enak sedangkan mood tiada, jadi untuk atasi masalah ini lebih baik anda sediakan sahaja menu yang mudah ini tapi hasilnya memang makan special jadinya.
Menu yang dimaksudkan adalah Nasi Briani Kari Adabi, walau dimasak sekadar nasi tanpa padanan menu yang lain sudah cukup lengkap dirasakan. Sekali masak nasi, lauk kambing dapat dinikmati bersama. Memang mudah dan enak!
Jadi nak tahu resipinya, ini sepertimana yang dikongsikan oleh Nurul Afidah.
Nasi Briani Kari Kambing Adabi
Cuba resepi yang pernah viral seketika dahulu tapi kita olah sikit guna apa yang ada kat dapur
Bahan bahan
-Kari kambing adabi 2 tin (boleh jugak guna daging/ayam)
-Beras basmathi 4 pot (basuh & rendam air 15-30minit) – Cik Fide guna beras faiza basmathi moghul – tapis selepas 30minit
-Tomato 1biji potong dadu
-Bawang besar 1biji hiris nipis
-Halia 2inci hiris nipis
-Rempah 3 sekawan
-3 helai daun pandan
-3 biji cili besar hijau @ merah
-Susu cair @ fresh separuh cawan
-Planta 1 senduk
-Telur rebus ikutlah berapa biji, tadi ada 2 je
-Kiub pati ayam separuh
-Air 1 tin kari kambing – untuk masakan ni saya letak 1 tin air je sebab kari tu pun dah ada kuah. Kalau banyak sangat takut lembik pula
-Sedikit garam
Cara-cara
1. Panaskan planta & tumis rempah 3 sekawan. Masukkan halia & masak sehingga kekuningan
2. Masukkan bawang besar & daun pandan. Masak sehingga layu
3. Masukkan kiub pati ayam, tomato & susu fresh. Biarkan sehingga mendidih dan masukkan kari kambing & garam. Masukkan air dan biarkan mendidih
4. Masukkan beras dan biarkan sebati dengan kuah. Tak payah lama lama sangat.
5. Pindahkan ke dalam periuk nasi elektrik, masukkan telur rebus dan cili besar. Masak seperti biasa. Sesekali jenguk dan kacau kacau nasi tu jika perlu.
6. Dah siap, bolehla hidang! Kalau rajin buatlah acar, kemalasan melanda tadi. Nak lagi sedap boleh tabur hirisan daun ketumbar, pun takdee tadi.
Kalau rajin masaklah ayam merah takpun dalca takpun sup kosong tapi itulah saya tak berapa nak rajin. Makan macam ni pun sedap sangat dahh. Rasa dia sedap cukup rasa! Aroma semerbak satu rumah! Kari kambing Adabi tu cik Fide beli kat Shopee je. Nak cari kat kedai kemain payah.
Okay selamat mencubaa!
Anda juga boleh membeli Kari Kambing Adabi secara online klik di sini
Satu Adunan Dapat 24 Kek Coklat Miost, Sesuai Sangat Dijadikan Doogift Majlis!
Selain doorgift kahwin, kek coklat moist ini sesuai juga dijadikan buah tangan atau doorgift untuk acara istimewa seperti sambutan hari lahir anak dan sebagainya untuk tetamu yang hadir. Hanya apa yang perlu dilakukan memberi sedikit hiasan untuk nampak lebih cantik dan istimewa dengan mengikut bajet sendiri.
Menyediakan kek coklat ini juga tidak susah sebagaimana yang dikongsikan oleh Lyzz Layana. Jadi bolehlah anda pula mencubanya.
KEK COKLAT MIOST
BAHAN A
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan serbuk koko (ayak)
1 cawan minyak masak
1 cawan gula
Masuk dalam periuk masak atas api pelahan. Masak sampai semuanye larut dan sejukkan.
1.Masukkan Bahan A ke dalam bahan C. Kacau-kacau guna whisk je. Nak masuk dalam blender lagi senang.
2.Kemudian masukkan tepung sedikit-sedikit. kacau sampai tiada ketulan.
3.Letak dalam acuan kukus 10 minit api kuat. Kalau letak dalam loyang masa kena panjang lagi.
Topping
1 cawan susu pekat
2 sudu besar serbuk coklat
2 sudu besar minyak masak / majerin / butter
Cara buat :
Masak semua atas api pelahan. Kacau sampai semua larut. Bila sudah sejuk sikit curah atas kek yang sudah siap dikukus. Kalau nak buat banyak gandakan semua bahan-bahan.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...