Buah avokado mengandungi pelbagai nutrisi terutamanya asid lemak tidak tepu. Tidak hairanlah dengan rasanya yang lemak tapi sihat. Pengambilan avokado juga dapat memberi kesihatan jantung yang baik dan menurunkan tahap kolestrol badan.

Walau bagaimanapun, avokado mengandungi hampir 200 hingga 300 jumlah kalori. Oleh itu jangan berlebihan ambil terutama sekali bagi mereka yang obes dan mempunyai masalah berat badan yang berlebihan.

Avokado juga mengandungi potassium dan kaya dengan vitamin B, C dan K. Oleh itu, ia sesuai diambil sebagai diet yang sihat. Cuma jangan berlebihan. Jom kita cuba resepi avokado simple yang boleh kita selit dalam diet.

PUDDING AVOKADO CHOCOLATE PEKAT CREAMY

Pudding Lemak Berkrim Tetapi Sihat, Resepi Simple Pudding Avokado Chocolate

BAHAN-BAHAN:
2 buah avokado yang sudah masak sederhana, dikupas dan dipotong
1/3 cawan serbuk koko
1/4 cawan pemanis pilihan (madu, sirap maple)
1/2 cawan susu (low fat atau full cream ikut citarasa sendiri)
1 1/2 sudu teh ekstrak vanila

CARA PENYEDIAAN: 

  1. Masukkan avokado yang telah dipotong ke dalam pengisar

Pudding Lemak Berkrim Tetapi Sihat, Resepi Simple Pudding Avokado Chocolate

2. Masukkan serbuk koko bersama pemanis pilihan sendiri

Ads

Pudding Lemak Berkrim Tetapi Sihat, Resepi Simple Pudding Avokado Chocolate

3. Masukkan susu bersama estrak vanilla

4. Kisar semua bahan dalam pengisar

Pudding Lemak Berkrim Tetapi Sihat, Resepi Simple Pudding Avokado Chocolate

Ads

5. Hidangkan segera, atau sejukkan dahulu lebih lazat. Tutup rapat dan simpan di dalam peti sejuk. Boleh juga dibekukan.

Pudding Lemak Berkrim Tetapi Sihat, Resepi Simple Pudding Avokado Chocolate

NOTA: Disebabkan ia pudding, jangan letak terlalu banyak susu untuk elakkan ia jadi cair.

MESTI BACA: Resepi Blueberry Oat Pancake, Breakfast Mudah Dan Pantas

Ads

Resepi Pulut Mangga Lemak Macam Di Hatyai, Jom Cuba Buat Sendiri

Puding Buah Kuah Kastard, Bahan Simple Tapi Rasanya Memang Sedap!

SUMBER: Cookpad dapurdee

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Pudding Lemak Berkrim Tetapi Sihat, Resepi Simple Pudding Avokado Chocolate

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI