Petua penjagaan kecantikan kulit memang telah lama diamalkan oleh wanita Melayu sejak dahulu lagi.
Dan hingga kini, antara petua yang digunakan untuk menghilangkan jeragat di wajah adah dengan menggunakan lemon dan gula sebagai skrub semulajadi memang terbaik.
Jeragat iaitu bintik-bintik hitam yang muncul pada permukaan kulit akibat kekurangan nutrien (terjadi apabila usia makin meningkat/ faktor genetik), pengambilan pil perancang, cuaca atau kesan pemakaian produk-produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia.
Selain petua tadi yang boleh diamalkan untuk memudarkan kesan jeragat di wajah, anda juga boleh cuba petua di bawah ini yang telah dikongsikan oleh Nur Kaisara Khalisha untuk menangani masalah tersebut.
Petua hilangkan jeragat.
Bahan-bahan:
Langkah demi langkah:
1. Ambil segenggam beras, rendam dalam air anggaran selama sejam.
2.Toskan beras dan tumbuk bersama anggaran 1cm kunyit hidup hingga lumat.
3.Gaulkan bersama perahan sebiji limau nipis dan sebiji putih telur hingga mesra.
4. Sapukan ke seluruhan muka sebagai masker.
5. Biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit.
Buatlah setiap hari sehingga berpuas hati.