Setiap ibu bapa yang memiliki anak pasti ingin melihat mereka membesar dengan sihat dan sempurna. Tapi, siapa kita untuk menolak takdir Allah sekiranya anak ditakdirkan menghidap sesuatu penyakit. Luluh hati seorang ibu bila mana si kecil menderita penyakit kronik.
Itulah yang ditunjukkan oleh ibu berjiwa cekal ini bila mana anak kecilnya disahkan menghidap kanser saraf tahap 3. Si kecil yang belum mengenal dunia itu terpaksa mengharungi saat-saat sukar melawan penyakit tersebut. Sebagai ibu, mahu tidak atau tidak dia terpaksa redha dan kuat melalui ujian yang diberikan.
bercerita mengenai anaknya, Mawar Hanania Binti Muhammad Izat hakim, jelas ibu tabah bernama Maryiam Edran , segalanya bermula bila anaknya sukar membuang air besar. Dan ada kalanya keluar darah menyebabkan dia mengambil keputusan untuk membawa anaknya ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.
19.12.2018 Tarikh mula2 mawar masuk hospital. Tak akan aku lupa tarikh tersebut. Masa tu mawar pucat n susah nk berak, seminggu sekali bru berak kkdg sampai berdarah. Tu yang tergerak hati nak g KLINIK Swasta. Dr swasta tu check mawar n then dia ckp ‘anak awak nie ada mslah usus, sye anak buat surat rujukan utk awak g ke hospital kerajaan’ . Malam dlm pukul 10 aku n suami g ke HSA, dkt kecemasan HSA mawar ditmptkn di ZON kuning. Dalam otak nie mcm2 pikir, doa yg mawar x apa2 je. Doktor buat X-ray utk mawar, n cakap ‘usus anak awk nie bngkak n then mawar kne admit ward.
Dkt wad pediatric HSA mawar kne amik darah, n result memang darah merah mawar kurang, jdnye kne TRANFUSE darah. Lps tu mawar kne buat CT scan abdomen. Masa tu aku msk sekali masa mawar buat scan, nampak dgn mata aku sndri yg dkt kidney dia ad MASS, ya ALLAH masa tu aku rasa down gile. Dr cakap ketumbuahn mawar dkt buah pinggang besarnye 12cm, kau rasa 12cm besar sgt2. Budak umur 1tahun lebih ada ketumbuhan dkt buah pinggang 12cm. Besar sngat2. Aku call family, terus aku menangis ckp dgn diorg mawar ad ketumbuhan. Rasa down sgt2 knpe anak aku? Kenapa mawar? Tapi ALLAH itu ada, dia x akan uji hamba nye sekirannye hambanye tak mampu. Dia uji maksudnye DIA sayang hambanye tu.
Ads
Lps tu mawar kne trasnfer ke HSI,jdnye kne la berkmpung di HSI pula, ddk dkt HSA 3 hari je. Lps tu mawar kne buat ujian terperinci utk nk tahu ad diagnosis pnykitnye. Mawar kne buat BONE MARROW, lps dapat result doktor diagnosis pnyakit mawar RIGHT NERUROBALSTOMA ( cancer saraf) stage 3. Doktor pakar bgi kauseling tentang pnykit yg dia hadapi, hnya mampu berserah n teruskn rawatan sahaja. Mama tahu mawar kuat, rwatanye mawar akan jalani chemotherpy 7 cylce, opertion dan radiotherapy. Masa rawatan mcm2 berlaku kat mawar. Demam , muntah2 , x lalu makan n mcm2 la. Sedih sgt mama tengok keadaan mawar. Penah mawar x bole berjalan selama sebulan sbb mawar terlampau lemah sgt. Tp mawar gagahkan diri utk berjalan n akhirnye mawar mampu berjalan. Suami aku berhnti keje utk jaga mawar sepenuhnye, skrg hnye aku je yg berkerja. Ia Mmg aku kje krjaan tp kalau nk menampung pembeljaan lain kkdg kami anak beranak cukup2 makan je. ulang alik hospital ada rutin harian mawar, lps abis chemo, mawar akan ke daycare utk tengok keputusan darah, selagi darah x cantik selagi tu akan dtg hospital.
Ads
14.4.2019 nie mawar akan jalani chemotherpy ke 4. Moga mawar kuat jalani nye. Lps chemo doktor pakar ckp mawar akan jalani pembedahahan utk buang ketumbuhan dkt buah pinggang.
Lupa nk cerita, mawar ada buat scan MIBG dkt HKL, keputusanye ketumbuhan nye ad 3 tmpt, 1 dkt buah pinggang, 2 dkt tulang thorax dan 3 dkt sebelah leher dia.
Perjalanan mawar masih belum Tamat lagi, masih banyak lagi yg dia kne lalui. Doakan mawar utk terus kuat dan kuat ..
Ads
Terima kasih pada kawan2 Yang pnh beri sumbangan pada mawar. Semoga allah Membalas jasa baik kalian. Doa n kebaikan korang semua x mampu kami balas ..
Jika kawan2 nk beri sumbangan or nk bertnye psal kesihatan mawar. Pm or DM 0173921405 ( no sye sndiri)
Gambar sebelum dan skrg. Sebelum : 13.5kg Skrg : 10.8kg
Kreativiti untuk menjadikan api dapur gas yang kemerah-merahan kembali biru. Kalau tak, memang jenuh berjelaga bahagian belakang kuali dan periuk. Mesti bongkar tungku tu dan bersihkan ya. Jgn terus pam aje. Pam pada saluran besi utk aliran gas ya, jgn pam kat tempat pemetik nak hidupkan dapur gas. Pastu kat bahagian pencucuh yang ada saluran kecil tu, jolok2 dgn dawai kecil atau besi klip kertas bagi keluar apa2 yg menyumbat. Pastu pam dan pam lagi sampai jadi biru. Senang hati nak menggulai pun. Kena sabar mengepam dan pam dan pam dengan pam tayar basikal kepunyaan anak je.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Komunikasi dua hala dalam satu-satu hubungan suami isteri memanglah amat penting. Jika tanpa komunikasi yang baik, si isteri atau suami terasa seperti hidup sendiri.
Balik rumah tak mampu nak kongsi masalah yang berlaku di tempat kerja. Malah ungkapan ‘bercakap dengan tunggul kayu’ sememangnya menjadi simbolik paling dekat untuk menggambarkan perumpamaan ini. Mahukah kita tergolong dalam situasi macam ni?
Berhadapan dengan masalah ini mungkin nampak remeh bagi sesetengah pihak namun tidak pada yang mengalaminya. Ia umpama penghadang paling kuat dalam rumah tangga kita. Memecahkan benteng kesunyian dalam rumah tangga ini pastinya satu kejayaan besar bagi kita.
Tip yang diberikan ini mungkin boleh mengubah suami jadi lebih peramah. Paling tidak dia mampu untuk bercakap dan lebih ramah daripada selalu. Mana tahu ia mampu memulihkan komunikasi kita yang sebelum ini hambar dan sepi.
1. Ringkaskan Ayat
Suami biasanya hanya akan menerima ayat yang ringkas dan tidak meleret atau panjang berjela. Sebaiknya gunakan ayat yang pendek dan mudah difahami suami. Elakkan tidak bercakap dengan suami walaupun tahu dia hanya akan mendiamkan diri. Jangan patah semangat, teruskan bercakap dan gunakan kelebihan anda. Ringkaskan ayat dengan sebaiknya.
2. Puji Suami
Pujian sememangnya pembuka jalan bahagia. Baik suami atau isteri, siapa pun akan suka dipuji. Jika pujian menjadikan suami anda lebih banyak bercakap daripada biasa, maka pujilah dia dengan ikhlas hati. Tarik perhatiannya pada sesuatu yang dirasakan mampu membuatkan dia gembira dan sekali gus berfikir akan pujian anda itu. Siapa lagi harus memujinya jika bukan isteri tercinta.
3. Buat Lawak
Walaupun anda bukan tergolong dalam wanita langsung tidak kelakar, berusahalah untuk mencipta suasana humor untuk suami yang pendiam. Mana tahu dia mampu ketawa terbahak-bahak mendengar kisah anda. Kaitkan kisah ini dengan situasi dan persekitaran anda dan suami.
4. Hantar Pesanan Cinta
Tanpa percakapan, komunikasi harus berterusan dalam apa cara sekalipun. Komunikasi moden seperti whatapps, wechat, facebook dan sebagainya yang begitu menjadi tren harus turut sama diikuti.
Bukan untuk komunikasi luar lain tetapi jadikan ia sebagai cabang untuk mengeratkan hubungan dengan suami tercinta. Menghantar kata-kata, gambar atau video yang kelakar dan berbau romantik misalnya mampu mengeratkan lagi hubungan. Jangan pula malu.
5. Ketepikan Soal Malu
Usah malu untuk memulakan langkah dalam apa jua perkara yang membolehkan hubungan menjadi lebih baik. Bertanya suami dan bercakaplah dengan lembut ketika bersama suami. Mungkin sedikit tetapi padat pengisiannya. Walaupun jawapan yang mungkin diterima daripada suami mungkin ringkas namun usahanya untuk menjawab sudah dianggap baik untuk anda.
6. Elak Leter dan Arah
Komunikasi yang baik sememangnya buat situasi jadi harmoni. Elakkan sama sekali berleter dengan jumlah perkataan yang banyak tanpa henti kepada suami. Situasi ini hanya akan membuatkan suami mengambil keputusan untuk berdiamkan diri. Jangan pula cuba mengarahkannya kerana kebanyakan lelaki tahu apa yang harus dilakukannya. Berlembutlah dengan suami dan gunakan psikologi sebaik mungkin untuknya.
7. Jaga Adab
Menjaga adab dengan suami haruslah menjadi perkara paling utama. Hormat dan gunakanlah perkataan yang sebaiknya dengan turut yang lembut lagi terpuji.
Penggunaan ayat yang baik dan dengan lantunan yang lembut pastinya buat suami suka dan ini akan menambahkan komunikasi lebih baik dengan suami. Ini juga akan lebih mengharmonikan rumah tangga anda.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebut sahaja sambal hitam, terbayang betapa enaknya rasa sambal ini dengan rasa masam belimbing buluh dan kepedasan cili yang menyengat. Boleh dinikmati dengan pelbagai cara bahkan cukup menyelerakan andai dijadikan lauk ketika menikmati nasi panas.
Umum mengetahui bahan-bahan untuk menyediakan sambal ini cukup ringkas, hanya empat bahan diperlukan iaitu ikan bilis, bawang, belimbing buluh dan cili.
Jadi buat yang pertama kali ingin membuat menu istimewa ini, ikuti perkongsian daripada Habib Izzah ini. Semoga menu ini dapat membangkit selera anda sekeluarga. Selamat mencuba.
Sambal Itam Mummy Izzah
Bahan-bahan:
Ikan bilis
Bawang merah
Cili ikut kepadasan masing-masing
Belimbing
Minyak masak
Cara penyediaan:
1.Blend bawang dan ikan bilis dulu, kemudian tumiskan, bila dah nampak agak kering baru blend cili dan belimbingTumis bawang dan ikan bilis
2.Tumis bawang dan ikan bilis
3. Bawang dan ikan bilis dah agak kering, masukkan cili dan belimbing yang telah dikisar tadi.
4.Kacau-kacau lagi
5.Sudah agak nak jadi, persakan dengan garam
Tara!! Dah kering.. Siap untuk dimakan dengan nasi panas-panas
Bulan Ramadan dan Syawal sememangnya membawa seribu satu makna, bukan sahaja sebagai masa untuk mempertingkatkan amalan ibadah, malah sebagai waktu terbaik untuk mempereratkan hubungan...