“Setiap kali ‘exam’ saya akan puasa kerana lebih fokus. Demikian resipi kejayaan yang dikongsikan oleh Wan Mohammad Waliuddin Afzainizam, 17 yang merupakan pelajar cemerlang SPM 2018. Dia berjaya memperoleh 10A daripada 11 mata pelajaran yang diambil.
Anak sulung daripada tiga beradik yang juga merupakan anak kepada penulis skrip ‘Andainya Takdir’ bercita-cita untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan.
“Tiga hari lepas, masa balik dari masjid selepas selesai solat zohor, saya kemalangan. Jatuh motor, tak sangka hari ini dapat berita yang menggembirakan. Alhamdulillah.
“Ini adalah hadiah kepada ibu bapa yang banyak memberi sokongan selama ini , terima kasih juga kepada guru SMK Seksyen 18 yang tak pernah jemu berusaha membantu sehingga mencapai kejayaan hari ini,” ujar Wan Mohammad Waliuddin lagi.
Dalam pada itu, Wan Mahani melahirkan rasa syukur dengan kejayaan anaknya. Malah dia berharap cita-cita anaknya itu akan tercapai kelak.
‘Dalam seminggu ini memang saya berdebar, macam saya pula yang nak ambil result,” seloroh Wan Mahani sambil memberitahu skrip drama bersiri terbaharunya, ‘Maryam Elina’ sedang ditayangkan di RTM serta telemovie ’14 hari’ yang bakal disiarkan sabtu ini.
Wan Mohammad Waliuddin merupakan anak sulung dan menjadi harapan keluarga.
“Alhamdulillah, walaupun tak dapat straight A, sebagai ibu saya bersyukur. Sebagai ibu, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik buat anak-anak. setiap kali anak exam, solat DHUHA tu jadi macam wajib pada saya. Waktu inilah saya selalu doa supaya Dia terangkan hati anak-anak saya.
“Wali jenis yang study macam orang lain juga. fokus masa prep dan selalu ajar kawan-kawan jika mereka minta tolongsebab itu akan jadi kan kefahaman dia lebih baik. Esp matematik dan add math. Malah dia pernah dipanggil abang add math sebab selalu markah add math lagi tinggi dari math biasa.
“Kalau dia tak faham sesuatu subjek tu, dia memang akan cari semula cikgu lepas kelas. tanya cikgu sampai dia betul-betul faham,”ujar Wan Mahani lagi, anaknya itu juga rajin berpuasa sunat setiap hari exam selain mengamalkan pengambilan kismis setiap pagi.
Sumber: GPSBestari & Wan Mahani Wan Hassan