Betullah kata orang, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Lebih baik di negara sendiri. Namun tidak semua kehidupan di negara orang itu meninggalkan kisah pahit. Di mana pun kita berada, setiap darinya ada keistimewaan tersendiri. Malah jika kita menghargainya pasti kita akan merasai kenikmatan itu.
Bagi perantau-perantau terutamanya pelajar yang sedag menuntut ilmu di luar negara, pastinya setiap kali kedatangan Ramadan dan Syawal akan menggamit rasa sayu dalam hati mereka.
Ini kerana kehadiran bulan yang penuh dengan kemuliaan ini pasti akan menggamit seribu satu memori lebih-lebih lagi bersama keluarga tercinta. Namun kenangan beraya diperantauan juga ada memori indah yang pastinya tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Walaupun kemeriahannya tidak seperti beraya di negara sendiri tapi tetap menusuk di sanubari.
Seorang pelajar bernamaNur Athirah Faqihah Mohammad Shariff yang merupakan penuntut tahun empat Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir dalam jurusan Syariah Islamiyah meluahkan antara cabaran terbesar berpuasa di perantauan ialah berpuasa selama 15 hingga 16 jam adalah cuaca yang tidak menentu.
Ketika tahun pertama menjadi pelajar Mesir, agak susah untuk menyesuaikan diri kerana cuaca di sana yang begitu panas sehingga mencecah 40 celcius berbanding di Malaysia. Ini membuatkan dia pernah terfikir untuk berbuka puasa lebih awal namun hanyalah sekadar keinginan sahaja.
Berkongsi pengalaman mengenai persiapan sahur pula, Nur Aisyatul Mardhiah Noor Idzwan yang merupakan pelajar jurusan bahasa Arab di universiti yang sama mengatakan mereka mula menyediakan makanan sahur selepas menunaikan solat tarawih yang selesai selepas jam 11.00 malam.
“Jadi, bermula jam 12.00 malam atau 1.00 pagi makanan sahur mula dimasak bersama rakan serumah dan bersahur sebelum azan Subuh iaitu pada jam 3.00 pagi.”
Ads
Menariknya, ketika berbuka puasa ada satu aktiviti di sini yang dinamakan maidaturrahman iaitu menyediakan makanan secara percuma. Bukan hanya ambil makanan secara percuma, mereka juga menyediakan kerusi dan meja untuk sesiapa sahaja duduk di tempat tersebut untuk berbuka puasa beramai-ramai.
Walaupun pelbagai pilihan makanan disediakan seperti ayam dan daging namun Mardhiah tetap merindui ikan patin tempoyak dan durian yang merupakan kegemarannya kerana tidak dijual di Mesir.
Mengenai persiapan raya , mereka perlu dilakukan dengan lebih awal kerana sekiranya lambat barang masakan akan habis.
Antara pengalaman tidak dapat dilupakan adalah ketika tahun pertama di Mesir, mereka terpaksa membuat rendang telur kerana ayam, daging dan ikan telah kehabisan.
Bergelar anak perantau bukanlah satu perkara mudah, pelbagai cabaran dan dugaan perlu dilalui dalam menempuh liku-liku kehidupan.
Ads
Antara ujian paling berat adalah ketika Covid-19 melanda dunia kerana suasana perayaan tidak semeriah sebelum ini dan mereka terpaksa duduk di rumah sahaja.
Bagi mengubati kerinduan kepada masakan ibu, mereka akan memasak juadah seperti ketupat dan rendang pada malam raya supaya dapat merasai suasana seperti makan bersama keluarga ketika raya pertama.
Malah, dia juga tidak melepaskan peluang membuat panggilan video untuk merasai kemeriahan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia. Sanak saudara yang berkumpul turut bertanya khabar tentang dirinya yang sudah lima tahun tidak pulang ke pangkuan keluarga.
Nur Aisyatul Qani’ah Noor Idzwan memberitahu, ketika Hari Raya pertama pelajar Malaysia di Mesir akan berkumpul untuk menikmati juadah istimewa seperti rendang ayam, laksa, bihun sup dan lemang.
Hari Raya kedua pula mereka akan menziarahi rakan Nusantara dan begitu jugalah Hari Raya seterusnya di rumah rakan Thailand, Filipina, Singapura dan Brunei untuk mengeratkan silaturrahim.
Kisah bella, yang didakwa didera dan diabaikan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, 31, mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia dan prosiding mahkamah berkaitan kes berkenaan masih berjalan.
Ramai ternanti- nanti kisah kanak-kanak berumur 13 tahun ini.
Terbaru Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam menyantuni Bella di taman tema Legoland Malaysia Resort (Legoland).
Kemesraan antara kedua-duanya jelas kelihatan menerusi beberapa rakaman gambar yang dikongsi.
Adalah satu penghormatan besar untuk saya bertemu Adik Bella serta rakan-rakannya.
Semoga Adik Bella, rakan-rakan dan juga sekalian kanak-kanak di seluruh negara sentiasa dilindungi Allah SWT.
Pasangan berkenaan turut mencemari duli menyantuni beberapa kanak-kanak istimewa lain.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi laman Instagram milik Che Puan Khaleeda yang meraih perhatian ramai. Rata-rata melahirkan rasa terharu dan sebak dengan keprihatinan tuanku berdua.
Melihat bunga kertas yang ‘meriah’ bunganya memang cantik, dari kejauhan sudah terlihat serinya di laman rumah. Teringin juga untuk ditanam di dalam pasu untuk penambah seri pokok=pokok yang sedia ada di hadapa rumah. Untuk itu, mengetahu lanjut apakah tip dan rahsianya untuk mendapatkan pokok kertas bukan sahaja berbunga lebat, malah merimbun elok kita ketahui daripada yang berpengalaman. Jom semak perkongsian ini.
“Saya tunjukan cara tanam bunga kertas yang rimbun boleh cuba kat rumah.. silakan share ye boleh sama-sama pandai tanam bunga. Bila
pokok bunga kertas yang sudah hidup kat tempat matahari penuh ya tak mau tempat redup.”-Nano Nursery
Langkah-langkahnya :
1. Tanam dalam bag/ pasu yang sesuai. Saya guna tanah campur. Nak guna tanah lain pon boleh tak kisah.
2. Letak kayu di tengah-tengah sebagai sokongan 3. Naikan pokok ke atas lilit pada kayu
4. Ambil tali dan ikat pada bahagian bawah
5. Bila bunga dah habis gugur potong ranting pokok. Biarkan togel macam ni
6. Lepas trim mesti bubuh baja tinja tayam untuk tumbesaran pokok. Baja tayam campur baja 12+12 ( mcm dlm gmbr) gaulkan sekali pon tak apa baja tu. Pakai baja bunga kat kedai tu pon boleh jugak tapi mesti campur dengan baja tinja ayam. Lepas baja mesti siram ye bagi baja merasap ke tanah. Jika tak hujan hari-hari kena siram ye.
8. Pokok akan bertunas baru dan keluarkan bunga. Tengok tunas banyak kuarkan. Kena rajin potong/ trim dan baja. Bbaja pokok 2 minggu sekali dan ulang lagi proses tadi bila bunga dah gugur ye. Nanti pokok akan jadi macam ni
Memasak di atas dapur gas dengan api yang berwarna kemerah-merahan dan ditambah pula nyalaan api yang kecil, pasti akan melambatkan proses memasak.
Hendak diganti baharu, perlukan kos juga untuk membelinya. Jadi apa kata, anda lakukan sendiri proses ‘mencuci’ dapur untuk dapatkan api kebiru-biruan sepertimana yang dikongsikan oleh Abdul Ghopar ini.Jom semak.
Projek d.i.y menservis dapur gas isteri.Hari ni berjaya menyelamatkan dua dapur gas milik isteri.
Perkongsian ini pernah diviralkan. Hari ni diperincikan lagi step-stepnya.
Semua orang boleh lakukannya.
Barang-barang yang diperlukan.
1.Playar.
2.Spray anti karat WD40.
3.Pemutar skru jenis bunga dan philips.
4.Klip kertas.
5.Surat khabar lama.
Step-stepnya ada setiap gambar ya.
Tanggalkan tungku dari injap gas dengan mencabut pin di bahagian bawahnya.
Selesai tanggalkan tungku dari injap gas.Cuba buka skru untuk pisahkan injap gas dan paip gas.
Jika terlalu ketat tidak perlu dipisahkan.
Dalamnya ada getah seal dan akan nampak injap gas berlubang besar dan kecil bagi mengawal penggunaan gas.
Bagi golongan wanita yang ingin melakukannya sendiri tidak perlu
keluarkan injap dan paip gas ini.Terus cucuk klip kertas ke saluran injap gas.
Injap dan paip gas dikeluarkan sepenuhnya.
Ambil spray anti karat dan semburkan ke dalam bahagian penyambung antara tungku dan injap gas.
Kemudian gunakan klip kertas untuk mencucuk lubang halus di injap gas.
Kesan lapisan minyak dari lubang injap gas. Lapisan minyak ini akan bertukar menjadi kerak minyak dan
membuatkan saluran injap gas
tersumbat.
Bersihkan beberapa kali sehingga berpuas hati.
Ini contoh retakan pada bahagian fire starter. Pulas-pulas tetapi api tidak menyala dan perlu guna surat khabar
atau external fire starter untuk
hidupkan dapur gas.
Usaha khuatir,ketuk sedikit bahagian besi supaya retakan menjadi rapat.lanya tidak membahayakan.
Taraaaaaa..sudah siap di servis. Dapur ini telah dua tahun digunakan.
Dapur yang dijaga dengan baik mampu bertahan lebih lama.
Jika perumahnya dan paip gas sudah terlalu uzur dinasihatkan tukarlah yang baru ya.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.