Pengambilan makanan yang sihat sangat penting untuk pastikan tubuh badan kekal sihat.
Pun begitu jangan lupa, keistimewaan berpuasa juga banyak manfaatnya dalam membantu sistem imun tubuh.
Ini dijelaskan juga oleh dr ini diakaun fbnya, dan disarankan untuk kita berpuasa ketika PKP ini.
Ini perkongsiannya.
Tuan puan ambik makanan sihat tak sempena PKP ni? Sayur dan buah ada makan? Ambik suplemen?
Pendapat saya..ada satu lagi jenis pemakanan paling powerful insha Allah.
Itulah dia pemakanan “kurang” dan “berpuasa.”
Semua kita niat kerana Allah. Niat kita makan kurang dan berpuasa paling utama ialah kerana mengikuti sunnah Rasulnya.
Kemudian, zaman PKP ni kita niat juga menghayati saudara kita yang kelaparan. Tak cukup makanan sebab takde duit..tak boleh keluar kerja. Makanan jadi mahal pulak tu sebab ramai-ramai beli stok berlebihan. Sudah lah tu..bagi lah hak kepada yang lebih memerlukan.. Tolong lah mereka…Jangan lah time PKP ni kita lebih makan berbanding time kita aktif bekerja..
Bagi yang dah sakit ada kencing manis, darah tinggi, sakit jantung…tau lah tuan-puan stres duk rumah jadi asyik makan je..Terutama yang manis-manis. Tapi kena beringat, COVID ni paling tinggi kematian akibat penyakit 3 serangkai ini.
Antara manfaat berpuasa untuk boost kekuatan imuniti badan:
1) Memulihkan sistem pencernaan yang rosak dek kerap makan. Apatah lagi jika makanan toksik tak sihat seperti fastfood dan makanan minuman manis-manis.
Ads
Sistem pencernaan ni PUSAT IMUNITI BADAN TERBESAR & PALING PENTING dalam badan. Bila perut problem ada masalah “angin” ke..radang kebakaran dalaman jadi haru-biru. Itu lah punca kegagalan paru-paru dalam majoriti pesakit COVID yang meninggal..Ia akibat keributan sistem imun badan (cytokine storm).
2) Meningkatkan pembersihan sel (autophagy) yang merupakan detoks setiap sel badan. Maka sistem imun badan lebih cekap melawan jangkitan kuman. Mereka yang ada masalah autoimmune dan alahan (ekzema, resdung,asma dll) akan dapat manfaat pengurangan keradangan juga.
3) Mengawal paras gula darah. Paras gula dan insulin ini penting untuk kesihatan dan imuniti badan. Sebab tu orang kencing manis senang kena jangkitan.. Maka kawal lah paras gula dengan berpuasa/kurang makan ya.
4) Puasa memberi tenaga kepada setiap bateri sel badan..mitokondria. Bila energi cukup, baru lah sistem imun dapat bekerja dengan sempurna. Makan manis-manis, tinggi karbohodrat proses dan makanan jajan antara punca badan jadi “dok rok sokmo” kata orang ganu.
5) Puasa berupaya mengaktifkan stem sel darah. Kesannya, lebih banyak sel darah putih dihasilkan untuk melawan jangkitan kuman. Bukannitu saja, antioksida dalaman juga meningkat pesat! Pakar pengkaji berpendapat berpuasa 3 hari boleh reset immune system kita.
Bukan sahaja fizikal, mental pun jadi lebih clear..lebih tenang dan waras..Lebih positif insha Allah.
..
Bagaimana nak puasa?
Ads
# Puasa sunat isnin khamis. Puasa terbaik ialah puasa selang sehari (Puasa nabi Daud).
# Jika berat..baru nak mula, boleh buat Intermittent Fasting dulu:
– Makan dinner awal (selewatnya 6petang)
– Lewatkan breakfast atau lebih bagus skip terus.
# Fokus kepada makanan padat nutrisi. Ambil secukupnya protein, sayuran dan buah. Kurangkan karbohidrat seperti roti, nasi, biskut dan kek.
# Selagi ada makanan segar, utamakan yang segar dulu. Makanan tahan selamanya seperti megi, sekut meri, kalau nak buat bekalan akhir zaman pun suka hati koranglah.
Puasa meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah. Bila puasa, kita jaga lidah kita..Dalam erti kata lain, keyboard kita..jangan duk warrior sangat share sana-sini berita yang entah betul ke palsu.
Terjemahan: “Puasa itu adalah perisai, jika suatu hari salah seorang di antara kalian dalam keadaan berpuasa, maka hendaknya dia tidak berkata kotor dan berteriak-teriak. Jika seseorang mencela dan mencacinya, hendaknya dia mengatakan, ‘Sesungguhnya aku sedang berpuasa’.
Ads
(Sahih Bukhari dan Muslim)
Bersandarlah harapan kita kepada Allah.
Nak kuat badan lawan imuniti ke..
Nak pulih penyakit fizikal atau mental ke..
Nak dapat kerja baru lebih baik ke lepas PKP ni..
Nak recover dan boost sales ke bagi orang bisnes..
Nak jumpa ahli keluarga atau sanak saudara ke..
Doa orang berpuasa sangatlah mustajab:
“Se-sungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak.” (Hadis diriwayatkan Ibnu Majah)
Benar..benarlah..
“Puasa & Zikir itu Senjata Orang Mukmin”
Jom lah kita kurangkan makan..berpuasa…ramadhan pun dah dekat..akhir zaman pun takde lah jauh sangat..kan?
Mana tahu..ni akhir ramadhan kita ke?
Bersyukurlah jika masih ada ramadhan walaupun tanpa bazarrrnya…Ada hikmah belaka. Wallahua’lam.
Kalau difikir-fikir kenapa agaknya setiap kali kita ingin berdiet tapi usaha tersebut gagal, tidak menampakkan menurunan berat badan sebagaimana yang diingini. Sedangkan sentiasa menahan makan hingga menyiksa diri.
Oleh itu, apa kata kita baca terlebih dahulu perkongsian doktor ini berkenaan cara diet yang sihat dan mudah untuk diamalkan.
DIET SIHAT
Saya mencadangkan bagi yang mahu ikut DIET SIHAT saya agar makan hingga kenyang pada waktu makan sahaja. Bukan kekenyangan.
Jarakkan waktu makan 4-6 jam. Di antara waktu makan, jangan mengunyah. Cukup dengan minum air kosong sahaja. Atau kopi dan teh, tiada gula. Inilah yang dikatakan Intermittent Fasting. Biasanya saya amalkan jarak makan malam dan makan tengahari antara 14-16 jam. Jarak masa ini serupa dengan jarak masa makan sahur dan masa berbuka semasa kita berpuasa.
Waktu makan malam terakhir sebelum pukul 8pm dan saya akan makan semula pada pukul 1 tengahari. Tetapi mereka yang mahu bersarapan, boleh mulakan sarapan seperti biasa pada pukul 7-8 pagi dan makan tengahari pada pukul 1 tengahari, makan malam pukul 7 malam. Di antara waktu itu hanya minum air kosong. Cukupkan quota 2.5 L atau lebih dalam sehari.
Kaedah ini bagus untuk cuba menurunkan berat dan bagi mereka yang mengalami penyakit kronik. Banyakkan aktiviti fizikal yang ringan, terutama berjalan kaki.
Saya mencadangkan lakukan 5-10 ribu langkah sehari. Guna app yang banyak di pasaran. Saya gunakan bandfit yang memantau langkah kaki yang saya lakukan dalam sehari.
Kurangkan makan daging merah. Ambil banyak sayuran dalam makanan kita. Tujuannya agar kita merehatkan pankreas. Begitu juga refined karbo seperti gula putih, tepung putih.
Bagi yang ingin BERDIET SIHAT elakkan nasi putih untuk permulaan 3-4 bulan. Gantikan dengan nasi perang, barli atau beras rebus (parboiled rice). Ambil suplemen selepas mendapat nasihat doktor. Saya ambil minyak zaitun sesudu setiap hari.
Periksa gula dalam darah, (selepas bangun tidur-fasting blood sugar) dan 2 jam selepas makan setiap dua minggu di rumah.
Begitu juga dengan pemeriksaan tekanan darah (BP) perlu diperiksa setiap hari terutamanya sebaik sahaja bangun dari tidur dan waktu tengahari. Pemeriksaan tekanan darah tidak menyakitkan seperti pemeriksaan gula dalam darah. Timbang juga berat badan boleh timbang seminggu sekali.
Elok di buat jadual dan tulis dalam satu buku.
.
• Tarikh
• Gula darah puasa
• Tekanan darah
• Bilangan nadi
• Berat badan
Jangan lupa tuliskan tarikh mula berdiet sihat, tarikh ambil suplemen. Juga senaraikan ubat yang diambil dari hospital dan catatkan tarikh turun dos dan tarikh berhenti ubat (jika dinasihatkan doktor). Bila ada jadual begini, mudah kita melihat perubahan yang berlaku pada diri kita.
Apabila puasa, gula dah turun hingga 7 atau tekanan darah sudah mencecah 120/80, boleh kurangkan ubat diabetes dan ubat tekanan darah tinggi (dengan nasihat doktor) dan fokus kepada diet dan suplemen. Suplemen membantu menurunkan gula dalam darah dan bantu menyembuhkan pankreas dan hasilkan insulin dalam kadar yang normal. Selebihnya gula akan turun secara perlahan-lahan apabila pankreas mula pulih dan diet dikekalkan.
Kita mesti serius dalam menjaga kesihatan pemakanan masing-masing.
Memberi fokus pada bilangan kes positif covid-19 mengikut kumpulan umur yang dikongsikan oleh KKM, ia menampakkan ada dua kumpulan umur yang tertinggi direkodkan.
Di mana golongan berumur 56 hingga 60 merupakan paling ramai dijangkiti koronavirus (Covid-19) di negara ini dengan 182 kes.
Dan memetik berita di Sinar Harian, apa yang dikatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah , antara faktor golongan tersebut dijangkiti virus adalah disebabkan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
“Mungkin mereka adalah ketua rumah yang sering keluar (untuk urusan keluarga),” katanya.
Menurutnya, golongan yang berusia 26 hingga 30 tahun merupakan yang kedua tertinggi dijangkiti virus berkenaan.
“Sebanyak 180 kes positif dikesan melibatkan golongan ini,” katanya.
Beliau berkata, golongan muda itu dijangkiti Covid-19 kemungkinan sering keluar dari rumah walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Masih ada yang keluar rumah walaupun PKP dikeluarkan,” katanya
Jadi melihat fakta ini, wajar kepada sesiapa pun untuk pastikan diri sentiasa berada di dalam rumah. Andai ada urusan penting di luar rumah pula jangan abaikan langkah-langkah menghindarkan diri daripada jangkitan covid -19 ini.
Siapa sangka, tiga tahun yang lalu, beratnya menjangkau 130kg. namun, berkat mengamalkan diet suku suku separuh, kini dia sudah mencapai berat 65kg.
Guru bernama Norazman Md Noh ini mengakui, rahsia dapat menurunkan berat badan sebanyak itu adalah dengan membawa bekal yang disediakan oleh isteri hari-hari pergi kerja.
Jom baca perkongsian lelaki ini dan anda yang nak turunkan berat badan tu, bolehlah cuba tip yang dikongsikan ini.
BUAT BERSAMA PASANGAN RAHSIA UTAMA TURUN BERAT SANTAI
Alhamdulillah
MasyaAllah
Tabarakallah
Teman seperjuangan dalam proses turun berat secara sihat dalam mengamalkan DSSS ni ialah PASANGAN saya sendiri iaitu Ustazah Khairulasma Shapiai.
Dia pun sama GEMOK macam saya jugak sebab kami memang suka makan dan makan sampai sekarang.
Kami hanya tukar tabiat pemakanan jer.
Memang memula saya nak buat ni isteri saya terus bagi sokongan padu dan berterusan hingga sekarang.
Kami bersama bangun jam 4.30 pagi setiap hari siapkan bekal sebelum ke sekolah.
Ada masa sebelum subuh kami TAHAJJUD dulu kemudian letakkan bekal yang dah siap depan pintu rumah sebelum ke sekolah.
Begitulah rutin setiap pagi kami hingga hari ni, semua dengan izin Allah…ALHAMDULILLAH
Saya share sikit TIPS KONSISTEN DSSS :
1. TAHU hala tuju apa nak dicapai
2. Kena ada TARGET, capai sikit-sikit
3. Sentiasa bagi SEMANGAT satu sama lain
4. Kena rajin cari ILMU, belajar dan banyak membaca
5. Cuba semua RESIPI & MENU SIHAT
6. SABAR dengan hasil sebab dia tak datang terus
7. Jangan dengar CAKAP ORANG terutama bab BAWAK BEKAL dan SUKU SUKU SEPARUH ni
No 7 tu saya sebagai cikgu lelaki, ada teman cikgu jugak pernah sebut depan-depan saya dan kengkawan masa baru pindah ke sebuah sekolah dengan nada penuh sinis :
” Tak lama tu bawak bekal, 3 hari jer…paling lama 3 minggu…”
Satu lagi bab tak sedap :
” Akak tak boleh la makan cenggini…sedap ker…? Kering jer…takde kuah…ish…”
Dia punya sentap lalu kat hati saya Allah jer yang tahu, kalau ya pun cakap dalam hati udah ler….😅
Tetapi, itu punca kekuatan saya dan isteri nak terus bawak bekal hingga hari ni sebab nak buktikan bahawa menda ni senang sangat dan kami enjoy journey ni.
Sekian celoteh saya malam ni…😁✌
Harap post ni tak la bersemut sangat…🐜🐜🐜😅✌💖😎
Semoga bermanfaat.
5Tips Nak Handsome Dengan Cara SIHAT
1. Guna Pinggan Kecil
Ubah cara makan anda dengan menggunakan pinggan yang kecil. Restoran sekarang sering gunakan pinggan besar. Talam pun ada ok!
Dari sudut psikologi, manusia akan memenuhkan pinggan mereka. Lagi besar pinggan, lagi banyak makanan yang diambil.
2. CARI KAWAN YANG SAMA MATLAMAT
Jika semua kawan-kawan anda “kaki makan”, apa kata anda bergaul dengan kawan-kawan anda yang sama matlamat dengan anda (diet).
Sekurang-kurangnya, anda dapat mengawal nafsu makan anda apabila keluar dengan mereka
3. BELAJAR KALORI
Ilmu pengetahuan mengenai kalori itu penting. Saya sarankan agar anda mendapatkan banyak maklumat mengenai makanan dan minuman serta nilai kalori dalam meal plan anda
4. KENA ADA GENG
Kalau anda masih belum bersenam, mulakanlah bersenam. Jalan kaki sahaja pun boleh. Tetapi ianya lebih seronok sekiranya anda mempunyai satu komuniti yang dapat saling memberikan sokongan dan melakukan perkara yang sama.
5. MASAK SENDIR
Makan makanan yang dimasak dari rumah adalah lebih baik daripada makan makanan di kedai. Anda boleh mengawal kandungan minyak, gula dan garam. Lagi pun, kos pun lebih jimat. Ada duit lebih sedikit untuk menabung. Jadi, mulalah bawa bekal dari rumah
SUKAR hanyalah mainan minda sahaja dan minda boleh di ubah dengan PEMIKIRAN YANG POSITIF
Kredit: Norazman Md Noh & Public Health Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.