Kebahagiaan yang kita kecapi kini tak selamanya ada bersama kita. Suatu saat nanti, orang yang paling kita sayangi pasti akan meninggalkan kita terutamanya pasangan hidup kita.
Jadi, yang mana masih diberi kesempatan untuk bersama yang tersayang, hargai setiap detik bersama sebaiknya terutamanya kini pada bulan ramadan, luang masa bersama dalam beribadah kerana kelak hanya kenangan menjadi pengubat di kala hati merindu.
Situasi ini dapat dikaitkan dan dirasai melalui perkongsian selebriti sosial media, Khairul Abdullah iaitu ayah kepada 3 orang anak. Jom ikuti perkongsiannya.
Selepas isteri takde, aku berpuasa seorang diri. Anak-anak semua masih kecil sangat waktu tu. Si baby baru setahun lebih waktu first puasa tu.
Sahur seorang diri, sunyi yakmat dapur aku waktu tu. Aku minum dan makan kurma sahaja hampir setiap hari.
Berbuka pun ala kadar, apa sahaja yang aku sempat masak maka itulah aku makan. Atau apa sahaja yang aku masak untuk anak-anak itulah yang aku makan buat berbuka. Bazar ramadan memang tak jejak langsunglah.
4 tahun gitu. Sunyi sungguh puasa aku.
Paling syahdu sekali waktu sahurlah. Dah ler suasana sunyi sepi, kau seorang jer terkebil-kebil kat dapur tu. Yelah 15 tahun puasa bersama isteri, tiba-tiba tinggal seorang, sunyi tak tau nak cakap.
Tahun ke-5 ni best sikit, dah tak sunyi dah.
Anak-anak dah pandai puasa. At least yang sulung tu puasa penuh. Yang adik-adik dia pun puasa sampai tengahari dan sampai lewat petang juga. So exited aku nak berbuka dengan diorang. Aku suruh dia cakap nak makan apa sahaja, aku akan buat atau aku order.
Meriah balik meja makan dan dapur aku puasa kali ini. Puasa aku dah tak sunyi lagi.
Sumber : Khairul Abdullah