
Kebahagiaan yang kita kecapi kini tak selamanya ada bersama kita. Suatu saat nanti, orang yang paling kita sayangi pasti akan meninggalkan kita terutamanya pasangan hidup kita.
Jadi, yang mana masih diberi kesempatan untuk bersama yang tersayang, hargai setiap detik bersama sebaiknya terutamanya kini pada bulan ramadan, luang masa bersama dalam beribadah kerana kelak hanya kenangan menjadi pengubat di kala hati merindu.
Situasi ini dapat dikaitkan dan dirasai melalui perkongsian selebriti sosial media, Khairul Abdullah iaitu ayah kepada 3 orang anak. Jom ikuti perkongsiannya.
Selepas isteri takde, aku berpuasa seorang diri. Anak-anak semua masih kecil sangat waktu tu. Si baby baru setahun lebih waktu first puasa tu.
Sahur seorang diri, sunyi yakmat dapur aku waktu tu. Aku minum dan makan kurma sahaja hampir setiap hari.
Berbuka pun ala kadar, apa sahaja yang aku sempat masak maka itulah aku makan. Atau apa sahaja yang aku masak untuk anak-anak itulah yang aku makan buat berbuka. Bazar ramadan memang tak jejak langsunglah.
4 tahun gitu. Sunyi sungguh puasa aku.
Paling syahdu sekali waktu sahurlah. Dah ler suasana sunyi sepi, kau seorang jer terkebil-kebil kat dapur tu. Yelah 15 tahun puasa bersama isteri, tiba-tiba tinggal seorang, sunyi tak tau nak cakap.
Tahun ke-5 ni best sikit, dah tak sunyi dah.
Anak-anak dah pandai puasa. At least yang sulung tu puasa penuh. Yang adik-adik dia pun puasa sampai tengahari dan sampai lewat petang juga. So exited aku nak berbuka dengan diorang. Aku suruh dia cakap nak makan apa sahaja, aku akan buat atau aku order.
Sahur pun sama, apa sahaja nak makan aku akan buat. Seronok tengok anak makan bersungguh-sungguh.
Meriah balik meja makan dan dapur aku puasa kali ini. Puasa aku dah tak sunyi lagi.
Sumber : Khairul Abdullah
https://youtu.be/dUpt50y0xaQ
Adab Tegur Menegur Ada Caranya, Bukan Mengadili Atau Menghukum -Ustaz Iqbal Zain

Isi Kandungan
ToggleMenegur ahli keluarga, anak, suami atau isteri haruslah punya adab yang tepat. Begitu juga kala kita menegur jiran tetangga dan orang-orang yang terdekat dengan kita.
Melontarkan ayat yang lembut dengan bahasa yang sopan serta pemilihan perkataan yang tepat haruslah diaplikasikan. Niat menegur itu betul namun kena ada adabnya. Jaga adab kita.
Ustaz Iqbal Zain kongsikan fakta ini di facebooknya. Semoga sama-sama kita ambil iktibar.
ADAB TEGUR MENEGUR
Teringat saya pada satu kisah.
Pada suatu malam, rumah seorang lelaki kaya dimasuki perompak. Banyak hartanya yang hilang dan ahli keluarganya dicederakan, namun masih selamat.
Keesokan hari, seorang ‘ustaz’ datang menziarahinya. “Mungkin ini adalah balasan atas dosa-dosa kamu. Orang berharta sering lalai dengan hartanya, tidak membayar zakat, tidak mahu bersedekah, tidak memandang mereka yang fakir, kedekut dan asyik mengejar kekayaan. Tuhan mahu membersihkan harta-harta kamu. Dosa apa yang sudah kamu lakukan sehingga Tuhan membalasmu begini sekali? Bertaubatlah dan berhentilah melakukan dosa itu.”

Orang kaya yang sedang bersedih itu bertambah sedih. Dia hanya mendiamkan diri dan tidak henti beristghfar sesungguh hati.
Apa yang si ‘ustaz’ tidak tahu ialah si kaya itu seorang yang dermawan, cuma dia tidak menghebahkannya. Dia membantu dan membangunkan sebuah perkampungan yang para penduduknya lebih dhaif dan susah.
Dia juga membinakan masjid untuk mereka. Banyak lagi kebaikan dan ibadah lain yang dilakukan oleh si kaya tanpa memberitahu sesiapa mengenai aktivitinya itu termasuk kepada pembantu dan rakan-rakannya.
Si kaya hanya memberitahu beberapa aktiviti kebajikan dan sedekah yang dilakukannya kepada penduduk kampungnya sendiri. Penduduk kampungnya pula tidak sedhaif penduduk kampung yang dibantunya. Masjid di kampungnya besar dan dibangunkan atas derma ramai orang kaya di kampungnya juga. Ya, dia menderma sedikit sahaja. Itu pun kerana mahu menjaga hubungan baik dengan penduduk kampungnya.
Selesai men-tazkirah-kan si kaya, si ‘ustaz’ pulang ke rumah dengan perasaan ‘tenang’ kerana sudah menjalankan ‘tanggungjawabnya untuk berdakwah’ dan ‘menyampaikan’.
Beberapa hari selepas itu, perompak yang merompak rumah si kaya berjaya ditangkap. Semua harta yang dirompak berjaya ditemui semula dan dikembalikan kepada si kaya. Ahli keluarganya juga sudah semakin sihat.
Si kaya meraikan kesyukurannya dengan mengadakan jamuan besar-besaran dan menjemput semua penduduk kampung. Dia juga mengadakan jamuan di perkampungan yang dibantunya.
“Syukurlah kamu sudah insaf,” kata si ‘ustaz’ kepada si kaya.
“Terima kasih, ustaz, kerana mengingatkan aku,” kata si kaya sambil tersenyum.
“Tak apa. Sudah menjadi tugas aku untuk ‘berdakwah’,” jawab si ‘ustaz’.
Malam itu, rumah si ‘ustaz’ terbakar ketika mereka sekeluarga sedang tidur. Rumahnya habis hangus menjadi abu. Dia tinggal sehelai sepinggang dan seorang diri. Semua ahli keluarganya meninggal dunia.
Si ‘ustaz’ merintih. “Ya Tuhan, aku tahu ini ujian-Mu terhadap aku. Aku mahu redha, namun ujian ini terlalu berat untukku. Mengapa aku yang Kau pilih untuk menerima ujian ini?”
Tidak lama kemudian, si kaya menziarahi si alim.
“Aku tahu kau sedang bersedih dan aku tidak akan menambahkan kesedihanmu,” kata si kaya. “Aku hanya mahu menyampaikan berita gembira kepadamu.”
“Bagaimana pula kau boleh menyampaikan berita gembira ketika aku sedang bersedih?” kata si ‘ustaz’, jengkel.

“Aku akan membinakan rumah baru untukmu. Buat sementara waktu ini, kau tinggal sahaja di salah satu rumah sewa aku secara percuma sehingga rumah barumu siap. Aku juga sudah mengarahkan pembantuku untuk membawamu menyelesaikan banyak urusan terutama berkaitan dokumen yang sudah hangus. Dia juga akan membawamu membeli semua barang keperluanmu termasuk pakaianmu. Semua belanja itu dan perbelanjaanmu yang lain, akan aku tanggung,” kata si kaya.
Si ‘ustaz’ terkejut dan terus memeluk si kaya. Dia tidak mampu berkata apa-apa kerana terlalu sedih dan terharu.
Pada masa yang sama, seorang ‘alim’ yang lain datang menziarahinya. Si kaya pun meminta diri dan meninggalkan mereka berdua.
Selepas bersalaman dan menyampaikan takziah, si ‘alim’ berkata, “Dosa apa yang sudah kamu lakukan sehingga Tuhan membalasmu begini sekali? Bertaubatlah dan berhentilah melakukan dosa itu.”
Si ‘ustaz’ yang sedang kesedihan tersentak dan tersentap. Serta merta dia menoleh ke arah si kaya yang sedang berjalan pulang ke rumahnya. Dia teringat semula soalan yang ditanyanya kepada si kaya itu tempoh hari.
Si ‘ustaz’ menangis keinsafan apabila menyedari keterlanjuran kata-katanya kepada si kaya. Dalam keterlanjuran itu pun, Allah masih memelihara aibnya dengan mengilhamkan si kaya membantunya, tanpa si ‘ustaz’ perlu meminta-minta.
“Ya Allah, aku mohon ampun… Ketika aku sangka yang aku sedang berdakwah, rupa-rupanya aku sedang mengadili dan ‘menghukum’nya. Ketika dakwahku seharusnya membawa berita gembira kepadanya yang sedang bersedih, ternyata aku hanya menambahkan kesedihannya. Aku sudah faham sekarang. Ampunkanlah aku. Jika ini adalah balasan-Mu terhadap keterlanjuranku, aku redha. Semoga Engkau mengizinkan aku kembali bertemu keluargaku di syurga.”
Kawan-kawan.
Kesempitan, kesulitan, musibah, ujian atau apa sahaja kesusahan yang kita lihat sedang dilalui oleh seseorang itu, boleh jadi ujian ataupun balasan Tuhan kepadanya.
Boleh jadi itu ujian yang Allah beri kepadanya bagi menguatkan lagi iman dan pergantungannya kepada Allah.
Boleh jadi juga itu balasan yang Allah berikan kepadanya atas banyak kelalaian dan kesilapan dia kepada Allah.
Tidak perlu kita mengingatkannya yang itu adalah balasan Tuhan atas dosa-dosanya. Tidak perlu juga kita mengingatkannya tentang dosa-dosanya. Tuhan sendiri yang akan ‘memberikan’ ingatan itu kepadanya. Setiap hati manusia yang beriman pasti akan terdetik sendiri, selagi hatinya masih bersyahadah walaupun secebis.
Sebaliknya, kita pujuk dan senangkan hati mereka dengan mengingatkan mereka tentang kasih sayang Tuhan, yang Tuhan itu Maha Pengampun dan sentiasa akan ‘mengejutkan’ hamba-hamba-Nya untuk kembali kepada-Nya melalui apa juga cara.
Ingatkan dia yang Tuhan sentiasa akan melepaskan hamba-hamba-Nya daripada apa saja kesulitan selagi kita kembali bergantung kepada-Nya, malah dikeluarkan kita daripada kesusahan melalui jalan yang tidak kita sangka, jika kita bertakwa.
Kita ini sama sahaja dengan mereka. Tidak ada beza langsung.
Lalu, siapa kita mahu menjatuhkan hukum dengan mengatakan ‘itu balasan untuk kamu’, sedangkan kita sendiri pun punya ujian sendiri yang kita juga tidak tahu apakah itu benar-benar ujian atau balasan Tuhan atas dosa-dosa kita?
Sama ada ujian ataupun balasan, semua itu adalah tanda kasih Allah kepada kita kerana Dia Maha Penyayang, Maha Mengasihani, Maha Menyintai.
Allah Maha Belas terhadap setiap makhluk-Nya walaupun dalam keadaan si makhluk yang kerap melupakan-Nya. Allah juga Maha Menghukum jika hamba-hamba-Nya masih berdegil dan tetap lalai serta berterusan melanggar setiap larangan-Nya supaya kita kembali mengingatinya.
Jika mahu mengingatkan juga, kita usaha pilih dan guna perkataan dan ayat-ayat yang lebih lembut dan tidak menghukum-hukum. Kita sendiri tidak suka diadili dan dihukum-hukum hanya berdasarkan apa yang orang nampak sedangkan banyak yang mereka tidak tahu tentang kita.
Tegur menegur. Ingat mengingati. Bukan mengadili dan bukan menghukum.
Hanya Allah yang memberi hidayah. Kita menyampaikan sahaja.
‘Dakwah’ itu ada pada akhlak dan kata-kata kita. Bukan pada hukuman dan amaran yang kita berikan kepada mereka.
Kredit: Facebook Ustaz Iqbal Zain
Hetty Sarlene Bersalin Anak Kedua, Gebu & Comel Betul Hayden Ashton Oakes

Hetty Sarlene bersalin anak kedua, gebu dan comel betul Hayden Ashton Oakes. Penyanyi yang cukup sinonim dengan drama bersiri Sembilu suatu ketika dulu, Hetty Sarlene dan suaminya selamat menimang cahaya mata kedua.
Hetty Sarlene Bersalin Anak Kedua, Gebu & Comel Betul Hayden Ashton Oakes
Bayi yang dilahirkan pada Selasa 25 Jun itu diberi nama Hayden Ashton Oakes. Bayi keduanya itu dilahirkan 10 hari lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin. Berita bahagia itu dikongsi sendiri oleh Hetty menerusi laman Instagramnya.
25.6.24 our second bundle of joy decided to make his first appearance 10 days earlier.
We would like to introduce you to our second gorgeous prince Hayden Ashton Oakes. We are Officially family of 4 – tulis Hetty di ruangan kapsyen.
Terdahulu Hetty dikurniakan anak pertama, Landon Alexander Oakes yang kini berusia 3 tahun selepas empat tahun berkahwin dengan Dani Aaqil atau nama asalnya, Daniel Oakes yang berasal dari London pada 23 Julai 2016.
Hantaran Hetty dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada para peminat dan juga warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.
Sumber: Instagram Hetty Sarlene
Baca juga artikel lain: Mona Allen Selamat Bersalin Anak Kedua, Dapat Anak Lelaki
Kongsi Baby Bump Comel, Raja Ilya Umum Hamil Anak Kedua!
Puteri Kedua Yang Dinanti Isteri Selamat Bersalin, Rizman Timang Anak Kedua!
Jom bawa anak-anak pergi Zoo Melaka, boleh tengok animals dan main games! Boleh menang banyak hadiah tau.
Klik sini untuk daftar: https://kliik.je/product-details/79?title=simpan-challenge-sspn
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
“Kalau Bergaduh Dengan Isteri, Mesti Settle Dulu Sebelum Tidur.” Dato Fazley Kongsi Tip Tangani Masalah Suami Isteri!

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri kan. Bagi paangan yang sudah mendirikan rumah tangga, takkan dapat lari dari berselisih faham. Ada sahaja benda yang tidak sependapat. Namun kena bijak untuk menanganinya supaya tidak menjejaskan hubungan suami isteri.
Bagi penyanyi dan cef selebriti, Dato Fazley Yaakob, beliau punya cara tersendiri dalam menangani sebarang isu yang melibatkan hubungan bersama isteri. Akuinya, semua masalah diselesaikan sebelum tidur.
Jelas Fazley, dia enggan marah yang terbuku di hati akan melarat dan menjadi lebih besar pada keesokan harinya.
“Konsep kami sebelum tidur mesti berbaik-baik dahulu dan tak boleh bawa marah itu sampai esok pagi. Perasaan marah membuatkan hubungan menjadi tidak selesa dan inilah yang sentiasa diterapkan dalam bersama isteri.
“Malah tidur dalam keadaan marah akan menyebabkan masalah menjadi lebih besar. Kalau berkecil hati pun mesti settle dulu sebelum tidur,” katanya lagi.
Akui Fazley, wanita termasuk isterinya sendiri, Datin Azrene Soraya sukar untuk dipujuk apabila berlaku pergaduhan.
“Ramai isteri kalau merajuk susah nak pujuk terutama apabila berlaku pergaduhan. Bagi kami memang tiada konsep maaf memaafkan, pujuk memujuk sebaliknya kami akan berikan ruang kepada satu sama lain.
“Kalau bersalah cakap, kita akan berpisah selama 30 minit atau sejam dan datang semula untuk menyelesaikannya,” tambah Fazley.
Fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga selama 13 tahun dan dikurniakan empat cahaya mata Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Firudz Shah dan Alayna Selma menjadi penyeri kehidupan mereka.