“Puas Tarik…” -DS Shahida Berpada Belikan Mainan Anak!

Share

Seakan sudah menjadi kebiasaan  anak-anak  kecil jika dibawa ke shopping mall, pantang lalu depan kedai mainan. Mesti mereka hendak memilikinya dan kalau kita sebagai ibu ayah tidak membeli mainan tersebut, masa-masa itu juga anak akan melalak dan meragam.

Begitu jugalah cabaran yang dilalui oleh isteri usahawan terkemuka, Datin Seri Shahida baru-baru ini ketika pergi ke pusat membeli belah bersama anak-anaknya.

Keadaan tersebut dikongsikan olehnya melalui rakaman video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya. Beliau dilihat menarik-menarik anaknya untuk tujuan menghalang dua anak kecilnya, iaitu Yusoff dan Raudhah daripada memasuki kedai mainan.

@shahidadherbs2 siapa pernah alami #fypシ #fyp #viraltiktok #tiktokindonesia ♬ Si Gendut – Agus Gobang

Akhirnya Terpaksa Akur

Melihat keadaan Datin Seri di dalam video tersebut yang bersungguh-sungguh menghalang anak-anaknya masuk ke kedai tersebut, hingga terpaksa ‘bergelut’ dengan si kecil namun akhirnya terpaksa akur jua dengan membelikan belon sebagai ‘umpan’ untuk tenangkan anak-anaknya itu.

Tak Semestinya Banyak Duit, Semua Keinginan Anak Dibelikan

Meninjau diruangan komen, nyata netizen memuji sikap Datin Seri Shahida dalam mendidik anak-anaknya agar tidak dimanjakan dengan membeli mainan. Pun begitu, netizen juga turut terhibur melihat gelagat santai seorang suami dan juga ayah yang terakam di dalam video tersebut.

Terlihat Datuk Aliff Syukri tidak menghiraukan keadaan tersebut namun terlihat santai membelek-belek label botol air sebelum minum .

ketika mama tgh struggle uruskan anak², ketahuilah ada seorg abah yg menikmati sebotol minuman.. 😂😂

Datin dok haru ngn ank2.. dato be like.. hidup harus tenanggggg.. 🤣🤣🤣🤣

adoii sabar ja lahh.. nasib ada kakak tolong mama😂😂. abah dok santai 😂

Sumber TikTok : @shahidadherbs2

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club