
Seakan sudah menjadi kebiasaan anak-anak kecil jika dibawa ke shopping mall, pantang lalu depan kedai mainan. Mesti mereka hendak memilikinya dan kalau kita sebagai ibu ayah tidak membeli mainan tersebut, masa-masa itu juga anak akan melalak dan meragam.
Begitu jugalah cabaran yang dilalui oleh isteri usahawan terkemuka, Datin Seri Shahida baru-baru ini ketika pergi ke pusat membeli belah bersama anak-anaknya.
Keadaan tersebut dikongsikan olehnya melalui rakaman video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya. Beliau dilihat menarik-menarik anaknya untuk tujuan menghalang dua anak kecilnya, iaitu Yusoff dan Raudhah daripada memasuki kedai mainan.
Akhirnya Terpaksa Akur
Melihat keadaan Datin Seri di dalam video tersebut yang bersungguh-sungguh menghalang anak-anaknya masuk ke kedai tersebut, hingga terpaksa ‘bergelut’ dengan si kecil namun akhirnya terpaksa akur jua dengan membelikan belon sebagai ‘umpan’ untuk tenangkan anak-anaknya itu.
Tak Semestinya Banyak Duit, Semua Keinginan Anak Dibelikan
Meninjau diruangan komen, nyata netizen memuji sikap Datin Seri Shahida dalam mendidik anak-anaknya agar tidak dimanjakan dengan membeli mainan. Pun begitu, netizen juga turut terhibur melihat gelagat santai seorang suami dan juga ayah yang terakam di dalam video tersebut.
Terlihat Datuk Aliff Syukri tidak menghiraukan keadaan tersebut namun terlihat santai membelek-belek label botol air sebelum minum .
ketika mama tgh struggle uruskan anak², ketahuilah ada seorg abah yg menikmati sebotol minuman.. 😂😂
Datin dok haru ngn ank2.. dato be like.. hidup harus tenanggggg.. 🤣🤣🤣🤣
adoii sabar ja lahh.. nasib ada kakak tolong mama😂😂. abah dok santai 😂
Sumber TikTok : @shahidadherbs2
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Ustaz Ini Kongsi Cara Mudah Mengenai Solat Terawih Di Rumah. Sama-Sama Kita Amalkan.

Jika sebelum ini solat terawih kita akan lakukan di masjid. Hanya mengikut imam setiap hari. Kini berbeza semasa dalam tempoh PKP.
Ingin tahu penjelasan lanjut mengenai ibadah terawah di rumah. Ustaz Nur Mohamad Hadi jelaskan mengenai hal ini menerusi perkongsiannya di facebook miliknya.
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang dilipat gandakan rahmat kepada sekalian alam. Bagi mereka yang ingin kembali kepada Allah maka pada bulan ini dibuka seluas-luasnya pintu rahmat dan ditutup serapat-rapatnya pintu neraka.
Ramai dikalangan kita yang ternanti-nanti akan kehadiran bulan yang penuh dengan keberkatan dan kasih sayang untuk melakukan dan merancakkan lagi pelbagai ibadah. Antara kebiasaan yang dilakukan oleh masyarakat kita apabila tibanya Ramadhan ialah menunaikan Solat Terawih secara berjemaah sama ada di masjid atau di surau.
Solat Terawih ialah ibadah solat sunat yang dilakukan pada waktu malam di Bulan Ramadhan. Bermula waktunya selepas solat isya’ dan berakhir dengan masuknya waktu subuh. Dinamakan Terawih kerana orang yang melakukannya akan berehat selepas empat rakaat iaitu dua rakaat dua rakaat.
Bagi mereka yang mendirikan Solat Terawih maka ganjaran yang cukup besar disediakan Allah seperti mana di dalam sebuah hadis sabda Rasulullah :
Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Ramadhan kerana iman dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lepas.” [HR Muslim 759]
Menjadi persoalan yang amat penting ialah bagaimana cara untuk melakukannya dan apakah hukum meninggalkan bacaan zikir selepas dua rakaat atau empat rakaat solat terawih jika kita tidak mengetahuinya.
Maka disini DR HD akan menjelaskan secara mudah mengenai Solat Terawih yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dirumah.
PERTAMA : Kita perlu mengetahui dengan jelas hukum menunaikan Solat Terawih. Solat terawih hukumnya sunat mu’akad, iaitu amalan sunat yang amat dituntut.
KEDUA : Solat Terawih boleh dilaksanakan secara berjemaah atau bersendirian. Berjemaah adalah lebih afdal. Namun jika menghadapi kesempitan untuk melaksanakannya secara berjemaah maka dibolehkan melaksanakannya secara bersendirian.
KETIGA : Solat terawih boleh dilaksanakan dalam jumlah lapan atau dua puluh rakaat diikuti dengan solat sunat witir. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat terawih sebanyak 20 rakaat tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat. Terpulang kepada masing-masing untuk menunaikan ibadah ini mengikut kemampuan dan keikhlasan diri sendiri terhadap Pencipta.
KEEMPAT : Solat terawih dilakukan dengan 2 rakaat 2 rakaat sehingga 8 rakaat atau 20 rakaat. Ini berdasarkan hadis nabi Sabda Rasulullah : Solat malam ialah dua rakaat, dua rakaat.[HR Bukhari 936]
KELIMA : Niat bagi solat Sunat Terawih dihati sewaktu takbiratul Ihram dengan niatnya berbunyi seperti ini: Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat imam/makmum kerana Allah.
KEENAM : Bacaan pada setiap rakaat. Pada setiap rakaat wajib membaca Surah Al-Fatihah ini kerana tanpa membaca Surah Al-Fatihah maka kita telah meninggalkan rukun dan bagi mereka yang meninggalkan rukun maka solatnya tidak sah. Selepas membaca Surah Al-Fatihah kita boleh membaca apa sahaja surah hafalan yang mudah bagi kita sama ada yang pendek mahupun panjang.
KETUJUH : Ketika selesai daripada mengerjakan 2 rakaat Solat Terawih yang pertama maka bolehlah berzikir seperti kebiasaan bagi mereka yang mampu ataupun bagi mereka yang tidak mampu dek kerana tidak menghafal atau tidak mengetahui bacaannya maka boleh sahaja berdoa atau berzikir dengan apa yang mereka tahu. Ini kerana bacaan-bacaan zikir itu bukan lah satu kewajiban yang harus dilakukan dan ianya tidak memberi sebarang kesan terhadap ibadah terawih yang kita lakukan.
KELAPAN : Selepas selesai mengerjakan Solat Sunah Terawih sama ada 8 rakaat atau 20 rakaat maka kita bolehlah pilih sama ada mahu terus melakukan Solat Sunat Witir atau dilakukan pada 2/3 malam nanti. Lafaz niat Solat Witir dihati ialah : Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat imam/makmum kerana Allah.
Dengan penjelasan di atas seharusnya tidak ada lagi alasan yang boleh kita berikan untuk tidak mengerjakan Solat Sunat Terawih di rumah. Beruntunglah bagi mereka yang mencari redha Allah di mana pintu-pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan ditutup serapat-rapatnya pintu neraka. Bulan Ramadhan merupakan bulan kita melipat gandakan amalan kebajikan kita serta melatih diri untuk sentiasa mentaati perintah Allah.
Jika diluar Ramadhan kita selalu menyalahkan syaitan dek kerana sentiasa menghasut manusia untuk melakukan kejahatan tetapi di Bulan Ramadhan ini Allah merantai syaitan-syaitan seperti mana sabda Rasulullah : Apabila datang Bulan Ramadhan maka akan dibuka pintu-pintu syurga, akan ditutup pintu-pintu neraka dan akan diikat syaitan-syaitan. [HR Muslim 1793]
Jadi jika di Bulan Ramadhan rutin maksiat kita masih berjalan seperti biasa dan masih lagi jauh dari Allah maka persoalan yang patut dikemuka dan difikirkan ialah : Siapa syaitan yang sebenarnya?.
Sumber: Nur Mohammad Hadi
“Jangan Malu Jadi Suri Rumah, Kita Yang Tahu Apa Terbaik Untuk Keluarga.” Deep Perkongsian Wanita Ni!

Sebenarnya, menjadi suri rumah sangat meletihkan. Lebih letih daripada anda kerja di pejabat. Mana tidaknya, suri rumah bekerja tanpa henti biarpun anak dan suami sudah keluar ke sekolah dan ke pejabat.
Yang pasti, wanita, ibu atau isteri yang bergelar suri rumah ini sememangnya hebat. Mereka mampu menyelesaikan banyak kerja dalam satu masa. Sekalipun kerja-kerja di atas nampak remeh dan mudah, namun ia sebenarnya memerlukan tenaga banyak dan mental yang kuat.
Perkongsian puan Nurul Hanisah Ahmad cukup mungkin boleh dijadikan perangsang buat ibu-ibu bergelar suri rumah. Jangan malu untuk mengaku anda suri rumah kerana tanggung jawab ini bukan semua orang mampu menggalasnya.
JANGAN MALU MENJADI SURI RUMAH
Pergi menemani suami ke mana-mana, pasti ada makcik-makcik (biasa di masjid) akan bertanya, Ustazah kalau kerja anak sapa jaga, saya tersenyum dan kata saya jaga sendiri, tak kerja
Macam-macam feedback dapat hehe.
“ohh rugilah tak kerja”
“oh mudahlah, senang gitu, laa ni payah nak cari pengasuh”.
Kadang bila tengok muka makcik yang tanya berubah, saya akan sambung juga,
“Sambil-sambil duk sambung belajar”
“Oh yaa ka..”…muka depa bercahaya kembali tak tipu hehe.
Mula-mula tak nafi, ada terdesit di hati, lintas sahajalah tak masuk ke hati sangat, malulah tak kerja, belajar habis degree tapi bila orang tanya macamtu, ehh tak ada usaha ke nak bina kerjaya sendiri.
saya pernah masuk ke alam kerja, itupun chambering ja hampir setahun, tapi saya tak dapat bayangkan kemana anak saya jika saya bekerja ketika itu jika saya sudah ada anak, balik pun maghrib masih di atas bas. Dunia peguam memang sibuk, kawan-kawan saya yang kuat memang saya salute (ramai classmate saya yang dah jadi lawyer dan dah ada keluarga) memang power!
Jadi saya belajar berdamai dengan ketentuan, Allah meletakkan saya ditempat yang paling indah buat saya, di masa depan belum tahu, paling diperlukan keluarga atau masyarakat
Jadi suri rumah jangan MALU!
Anda suri rumah yang berniaga online, atau anda tidak berniaga pun, jangan MALU, yang penting anda tahu apa yang anda buat.
“Meniagalah,tak adalah melangut ja kat rumah tunggu duit suami”
Tidak, bagi saya berniaga atau tidak, awak lebih tahu situasi awak, jangan rasa bersalah jika awak tak berniaga, boleh jadi awak dah berbincang dengan suami awak, untuk fokus pada anak-anak sahaja untuk beberapa tahun ini, JANGAN MALU dengan keputusan itu.
Jangan Malu, bila balik kampung, adik beradik semua kerja, awak tak kerja jangan malu!sebab banyak kelebihan yang Allah beri pada awak.
Situasi kita semua lain-lain, kita yang tahu apa yang terbaik untuk keluarga kita
Suri rumah sekarang semua cantik-cantik, mengalahkan wanita bekerja hehe, tandanya stigma wanita suri rumah kotor, busuk, minda tertutup, semua dah tak boleh guna, bahkan ramai suri rumah sudah lebih produktif, menulis buku,banyak membaca,buat aktiviti homeschool dengan anak-anak,bahkan lebih bahagia.
Berdamailah dengan ketentuan Allah
Masa saya kecil, saya gembira bila balik dari sekolah kebangsaan, bau masakan mak di dapur, rasa bahagia sekali, makan kenyang-kenyang, kemudian bersiap ke sekolah agama pula, memori yang sangat indah, walaupun saya tak tahu di masa depan Allah takdirkan saya bekerja atau tidak, semoga saya dapat wujudkan memori indah-indah semuanya untuk anak-anak,amin.
Umm A’yyash
Biasakan, Ada Je RM 20 Terus Simpan. Setahun Wanita Ni Dapat Kumpul Lebih RM10 K!

Setiap antara kita tentu ada melakukan tabungan, amalan ini harus dilakukan secara konsisten agar bila tiba waktu kecemasan, wang tersebut boleh digunakan. Pun begitu, ada juga dikalangan kita hari ini menabung untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati. Contohnya untuk membeli barang kemas, beli handbag berjenama atau pun untuk melancong.
Untuk itu, bagi merasai amalam menabung ini lebih menyeronokkan, apa kata kita cuba gunakan cara yang dipraktikkan oleh wanita ini. Jom semak.
Sini Lia kongsikan tip luar biasa simpan RM20, selepas 1 tahun simpanan boleh cecah RM10,000! Pada mulanya kita mungkin rasa sangat beban, tapi tahu tak dengan cara ini kita boleh buat simpanan yang luar biasa!
Lia dah mula simpan duit RM20 dari 2 tahun yang lepas lagi. Lia yakin dan percaya, dengan permulaan RM20 je kita boleh ada simpanan sebanyak RM10,000.
Caranya sangat mudah
1. Set target duit nak berapa RM
2. Perlu ada tempoh masa, contoh 6 bulan, 12 bulan atau 24 bulan
3. Fikirkan tujuan menyimpan ini untuk apa, untuk anak no 1? Untuk travel? Untuk majlis nikah? Handbeg?
4. Pilih salah 1 warna je duit untuk mulakan menabung ni, sama ada nak warna hijau (RM5) atau warna oren (RM20). Contoh anda pilih RM20 untuk mulakan simpanan.
5. Perkara penting! Setiap kali terima RM20, wajib asingkan duit RM20 tu dan masukkan ke dalam tabung simpanan anda.
6. Andai kata emergency, dan dalam dompet ada RM20 je. Boleh guna, namun perlu di ganti dengan gandakan duit RM20 tersebut. Jadi kena masukkan RM40 ke dalam tabung simpanan sebagai denda.
7. Ajak pasangan anda buat sama-sama sekali untuk bagi motivasi dan saling ingat-mengingati tentang menyimpan ni.
8. Bagi yang masih single, macam Lia, Lia buat dengan sahabat baik Lia iaitu Yuyu. Kitorang suka dan rajin buat simpanan macam ni.
9. Pantang larang! Jangan sesekali pecahkan tabung simpanan selagi tak mencapai usia matang.
10. Bila dah capai tempoh masa yang anda tetapkan, kirakan jumlah RM20 simpanan anda. Katakan total simpanan RM10,400, darab dengan 2.5% sebagai reward diri dan 2.5% untuk sedekah di masjid.
Contoh.
RM10,400 x 5% = RM520
RM520 / 2 = RM260
Jadi, RM260 untuk reward diri, RM260 untuk sedekah.
Baki tinggal = RM9,880 boleh la guna duit ini dengan tujuan asal! Best kan sambil menyimpan, sambil kita boleh sedekah dan reward diri. Kan?
sumber : Nur Aliah Mohd Nor