Tentunya setiap antara kita yang berkeluarga ingin memiliki rumah sendiri, walau kecil asalkan bukan menyewa akan terasa kepuasan memiliki kediaman tersebut. Jadi bagi yang berangan-angan untuk membeli rumah di masa terdekat ini, elok kiranya fahami penerangan dalam proses membeli serta tip bermanfaat daripada penasihat hartanah ini.
Semoga perkongsian di akaun twitternya ini dapat memudahkan kita untuk terus merialisasikan impian keluarga tercinta dalam pemilikan rumah atas nama sendiri. Jom semak.
Ni thread ni untuk PEMBELI RUMAH PERTAMA. First time nak beli rumah ni mesti korang macam blur-blur sikit kan. Jadi lepas baca thread ni, harapnya korang dapat la idea sikit flow beli rumah dari niat sampai la dapat kunci.
Kita pecahkan kepada 3 fasa supaya tak pening sangat:
1 – Fasa persediaan
2 – Fasa pembelian
3 – Fasa tukar nama
FASA PERSEDIAAN
Bila korang dah ada niat nak beli rumah, benda first sekali korang kena buat adalah SEMAK KELAYAKAN LOAN DENGAN BANK (unless korang nak beli cash la kan) Bank akan tengok 3 benda untuk bagi loan dekat kita: –
Income
Scoring
CCRIS
Income
Formula dia = (KOMITMEN LAMA + KOMITMEN RUMAH YANG BARU NAK BELI NI) / NET INCOME x 100 Kalau lebih 70%, dia akan reject application korang.
Ads
Scoring
Scoring ni maksudnya kau ni ada ciri-ciri orang boleh bayar hutang tak. So bank nak tengok kerja korang stabil atau tak, permanent ke contract, korang ada degree tak etc. Benda-benda ni semua add value dalam application.
CCRIS
Ccris ni record kalau ada commitment dengan bank. Kalau ada commitment dengan bank, kena la bayar ikut time.
“Bang, kalau takde record langsung, boleh apply ke?”
Boleh Jep. Tips dia: JANGAN FULLY UTILISE THE LOAN. Contohnya: Kalau lepas amik loan 300k, amik la 250k je. Lagi satu, attach sekali semua dokumen – degree ke, ada simpanan tabung haji ke, simpanan apa2 ke. Boleh add value!
Document apa yang wajib bank nak?
1 – Salinan IC korang
2 – Payslip
Ads
3 – Bank Statement
4 – EPF Statement
5 – Employment Letter boleh je mintak tolong agent checkkan kelayakkan loan korang. Biasanya agent akan liase terus dengan banker. Bagi je korang punya document tu.
Settle hal loan, kita cerita pasal deposit pulak. Deposit biasanya kena prepare 10% dari harga rumah. Contoh: Harga rumah 200k. So kena ready deposit RM 20k.
“Kalau tak cukup boleh ke bang?”
Boleh. Cara dia – MARKUP LOAN. Beli rumah RM200k, ambik loan RM220k. TAPI, bila markup loan, instalment korang akan tinggi sikit la. Dan bayaran lain-lain macam legal fees semua akan ikut harga markup tu.
Lepas tahu berapa loan korang boleh amik, korang kena PLAN. Plan pasal rumah tu. – Nak duduk atau sewakan – Nak duduk lama or sekejap – Dalam masa 5 tahun lagi ada nak beli rumah lain tak – Ada plan nak kahwin dalam masa terdekat ke – Ada nak beli kereta ke Etc etc..
Sebab apa kena plan? Sebab bila korang amik loan, komitmen kena bayar SETIAP BULAN. Perbelanjaan korang pun akan berubah sikit. Yela nak bayar hutang bank. Lepas dah ada proper plan, barulah korang dah settle fasa pertama. Which means, korang dah sedia lah nak beli rumah. Yeay!
Ads
FASA PEMBELIAN
Dah masuk fasa ni, refer dulu dekat PLAN korang masa fasa persediaan tu. Then, bolehlah ‘window shopping’! Carilah rumah yang match dengan plan dan berkenan.
Dah jumpa rumah yang berkenan, kenalah bayar booking untuk proceed. Payment MESTILAH kepada property agency ATAU law firm. JANGAN bank in kepada akaun personal. Harga booking ialah 3% dari harga rumah tu.
Contoh: Harga rumah RM200k 3% x RM200,000 = RM6000
Bila dah book, owner akan sign form. Form tu nanti attach sekali dengan document-dokumen untuk loan tadi. Then korang submit la dekat bank untuk apply loan. Agent pun boleh tolong hantarkan.
Kalau document semua lengkap, dalam masa seminggu dah boleh dapat approval loan. Bila loan dah approve, agent akan inform lawyer untuk prepare Sales & Purchase Agreement (SnP). Dalam masa 2 minggu dah boleh sign.
Masa sign SnP ni kena bayar balance deposit. Booking tadi dah bayar 3% kan. So ada lagi 7% balance. 7% x RM200,000 = RM14,000 Kalau markup loan tak perlu la bayar benda ni. Owner la yang kena tunggu semua selesai baru dapat duit. SELESAI FASA PEMBELIAN!! Happy tak?
FASA TUKAR NAMA
Part ni korang boleh tenang sikit. Sebab banyak lawyer je yang buat kerja.
Rumah freehold kebiasaan ambil masa 3-4 bulan untuk tukar nama. Rumah leasehold 6 bulan – 1 tahun.
Kalau rumah lowcost, lambat sikit sebab kena minta consent. Korang just follow up sebulan sekali dekat lawyer untuk tanya progress dia. Jangan la nak marah-marah lawyer sebab proses ni bukan libatkan satu pihak je.
Jadi, bila dah settle semua, lawyer akan panggil korang untuk check rumah. Korang datang la tengok rumah tu. Kang tiba-tiba pintu takda pulak boleh la claim. Kalau semua okay, boleh la ambik kunci dari lawye.
So tadaaa! Dah dapat la kunci rumah pertama anda!! Biasanya rumah pertama ni mesti korang sayang lebih sikit. Sebab korang susah payah kan nak beli. Next time korang nak beli rumah lagi, mesti dah mudah sikit dah. Sebab dah ada experience kan.
Anak yang sedang membesar perlukan bimbangan bagi membentuk karektor mereka sendiri. Sejak kecillah mereka perlu dilatih untuk berdikari dan menjadi anak lebih bertanggungjawab.
Salah satu cara didikan yang mudah adalah dengan mengajarkan kemahiran berumah tangga kepada mereka sebagai persediaan kepada tanggungjawab pada diri sendiri. Jika mereka punya rasa tanggungjawab pada diri, seterusnya pastilah pada keluarga mereka sendiri kelak.
Bukan hanya pada anak perempuan, anak bujang kita juga wajib buat perkara ini supaya lebih rasa tanggungjawab. Jom ikut tip mudah ini.
1. Periksa Barang Dapur
Minta anak perempuan jadi pemeriksa kita setiap kali barang dapur habis bekalannya. Ajar dia untuk periksa peti ais dan stok bekalan basah seperti ikan dan sebagainya setiap minggu atau setiap hari. Biar dia tahu peranannya besar dalam rumah kita. Lama kelamaan dia akan rasa lebih bertanggungjawab pada amalan yang satu ini.
2. Periksa Stok Beras
Ini merupakan amalan yang dilakukan oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki kepada anak lelakinya. Setiap kali beras habis, dia akan minta ibu dan ayah belikan dengan segera tanpa menunggu hari esok. Cara ini bagi membiasakan diri anak lelaki dengan selok belok dapur. Nampak remeh tapi sebenarnya ia mengajar anak lelaki kita lebih bertanggungjawab.
3. Kunci Pintu
Sebelum hendak masuk tidur, amanahkan seorang anak-anak kita untuk periksa pintu rumah, samada sudah dikunci ataupun tidak. Selain rasa tanggungjawab pada
keluarga yang lain, ia juga mendorang anak kita jadi lebih berani.
4. Bayar Di Kaunter
Latih anak kita bayar makanan yang dia beli di kaunter sendiri. Cara ini bukan hanya latih anak lebih berani tetapi mesti bertanggungjawab pada barangan yang diambilnya. Amanah pada diri sendiri, itu penting.
5. Susun Kasut
Bagi tugas mudah ini pada si bongsu anda yang masih kecil. Latih dia untuk susun kasut setiap ahli rumah sebelum melangkah masuk ke rumah. Persoalkan dia jika kasut tidak disusun dalam keadaan baik. Cara ini bukan hanya buat anak lebih menjaga kebersihan tetapi disiplin diri yang tinggi.
6. Kemas Katil
Ajar kesemua anak kita baik lelaki mahupun perempuan untuk kemaskan katil sendiri apabila bangun tidur. Ini penting bagi mendidik mereka menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab pada diri sendiri dan selebihnya pada keluarga. Kalau kita biasakan mereka, lama-lama pasti jadi tabiat terpuji.
7. Ajar Anak Sedekah
Kalau ke surau atau juga ada peminta sedekah yang datang ke meja kita ketika makan, ajar anak-anak bersedekah sendiri dengan tangan mereka. Selain mengajar rasa simpati kepada golongan susah, kita juga mendidik anak untuk bersedekah. Setiap kali dapat duit kecil, minta dia asingkan untuk bersedekah.
8. Tolong Angkat Barang
Nampak macam mendera anak tapi sebenarnya ia satu proses mendidik. Minta anak-anak angkatkan kesemua barang yang kita beli ke dalam kereta seterusnya ke dalam rumah. Nampak remeh tapi ia mengajar anak bertanggungjawab dan rasa hormat.
9. Pilih Ikan Di Pasar
Ini aktiviti yang menyeronokkan. Minta anak pilih sendiri ikan yang mereka suka di pasar. Selain berkongsi ilmu, ia juga bagi membiasakan mereka dengan ilmu rumah tangga.
10. Ajar Masak
Tak kira samada anak lelaki atau perempuan, ajar mereka untuk tolong memasak di dapur. Seawal usia 5 tahun lagi mintalah mereka turut serta. Anak lelaki terutamanya, ajar mereka memasak dengan cara yang betul supaya ilmu ini boleh dibawa mereka ke mana-mana terutama selepas berkahwin. Penting!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Peminat sotong pasti teruja dengan resipi yang satu ni. Cara buat mudah selain bahan digunakan tak banyak. Ayuh ibu-ibu kita cuba pula resipi Sotong Stil Ala Thai ni untuk hidangan tengah hari nanti.
Resipi ini dikongsikan oleh puan Tia Rizz.
Ada yg suka tak Sotong Ala Ala Thai macam ni. Saya sertakan Resepi yg pasti jadi.
Pasti anda tak cukup makan kalau mkn 2,3 ekor saje! Selamat Mencuba Resepi Sotong Steam dan Sos
Sotong dikelar dan di kukus ( Kukus sekejap sahaja dlm 4-5 minit shja…kalau terlalu lama sotong akan kecut tak sedap nak mkn) Bahan sos:
Akar daun ketumbar 2 batang
Limau nipis sebiji setengah/2 biji (ikut nak masam mana)
Lada burung kampung/ cilipadi – 6 biji
Sos ikan 3 sudu besar (Brand Knife)
Bawang putih 3 ulas
Daun ketumbar dihiris kasar
Gula agak2 (dalam 1 susu besar)
Cara:
Tumbuk bahan dgn lesung
2. Tumbuk akar ketumbar,lepastu masukkan lada, bawang putih dan gula
3.Masukkan bahan2 yg lain. Kalau nk lebih masam tmbh limau nipis.
4. Bila dh siap, masukkan daun ketumbar yg di hiris dan kacau dgn sudu.
5. Tuangkan sos ke atas sotong yg dikukus tadi
6. Masa mkn, gigit bersama daun ketumbar…memang perghhhhh tak boleh nak cakap apa lagi!
7. (Doublekan bahan jika sotong yg dibuat tu banyak… Bahan ini hanya untuk sotong 5-6 ekor )
Selamat mencuba #ResepiKakTia #BolehShare
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rezeki untuk bertemu dan beramah mesra dengan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang cukup mesra menjadi detik terindah buat seorang ibu hamil, Nor Asmalina Abdullah.
Tanpa diduga, niat untuk menyapa Permaisuri dan bergambar bersamanya disambut baik oleh Permaisuri kesayangan ramai ini.
Menerusi video yang tular, kelihatan Permaisuri yang sedang berjalan di sebuah premis didekali wanita ini yang menyuarakan hasratnya untuk bersalam.
Mendengar permintaan itu, Raja Permaisuri Agong yang sememangnya begitu dikenali dengan keramahan dan kemesraannya segera mendekati ibu mengandung berkenaan dan bersalaman.
“Mengandung ke ni? Kadang-kadang orang tu gemuk, saya kata mengandung… malu.
“Berapa bulan ni, enam bulan?” tanya Tunku Azizah sambil mengusap-usap perut wanita itu.
Dalam pertemuan singkat itu, paling yang tidak disangka Asmalina adalah Tunku Azizah berkenan mengusap perutnya yang bakal menimang cahaya mata perempuan pertama.
“Apabila tuanku pegang perut saya, siap dapat teka usia kandungan enam bulan, memang saya tak terkata. Tapi saya percaya tuanku ada naluri keibuan dan mempunyai ramai putera dan puteri, jadi baginda meneka berdasarkan pengalaman,” katanya.
Apa yang lebih menarik lagi, Asmalina yang menganggap pertemuan ini sebagai rezeki anak, dia dan suami mahu menamakan bayi perempuan pertama mereka dengan nama Permaisuri.
“Mulanya, netizen yang mencadangkan nama anak sempena nama tuanku. Saya dan suami pun belum lagi terfikir letak nama sebab masih terlalu awal.
“Tapi rezeki ini membuatkan kami bercadang untuk menamakan nama anak perempuan ini dengan nama Azizah Aminah sempena nama tuanku.
“Kebetulan anak lelaki saya ada huruf ‘AA’ iaitu Ayyash Anaqi, jadi sesuai juga ada ‘AA’ untuk anak kedua ini. Doakan semuanya berjalan lancar,” katanya lagi yang begitu teruja dengan pertemuan itu.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...