Sup yang satu ini jika sesiapa pernah pergi makan di kedai makanan Cina Muslim mesti pernah menikmatinya. Enaknya sup ini hingga ada yang tidak mahu makan nasi hanya untuk menghirup keenakan rasanya. Lain tidak bukan, sup yang dimaksudkan adalah Shark Fin Sup.
Mungkin dek kerana enaknya sup tersebut ada yang membayangkan ia begitu sukar untuk disediakan. Pun begitu hakikatnya cukup mudah disediakan dengan menggunakan bahan-bahan yang ringkas namun rasanya setanding seperti makan di restoran terkemuka.
Jadi buat yang ingin mencuba menu ini untuk dinikmati bersama keluarga, bolehlah buat mengikut resipi yang dikongsikan oleh Melon Tay II ini. Selamat mencuba.
Bahan-bahan
*Crabstick
*Cendawan
*Suhun -sedikit
Kicap lemak-2 sudu
Kicap pekat -setengah sudu
Lada hitam- setengah sudu
Minyak bijian-setengah sudu
Cuka-setengah sudu
- tepung jagung
-telur sebiji
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
ARTIKEL MENARIK
- Wang Bantuan Awal Persekolahan Sebanyak RM 109,000 Lesap Disamun Penjenayah. Ni Kronologinya!
- Anak Bongsu Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof Jalani Hidup Sederhana & Bahagia. Raih Pujian Ramai!
- Sebulan Pengambaran Di Langkawi, Alif Bawa Sekali Isteri & Anak Menetap Di Sana. Raih Pujian!
Cara penyediaan:
1.Panaskan air dan letak crabstick, cendawan dan suhun.
2.Selepas 5minit letak kicap lemak, kicap pekat dan lada hitam.
3.Kacau rata dan bagi cukup rasa ikut rasa kita.
4.Letak tepung jagung yang sebelum ni sudah dikacau dengan air sampai sup tersebut pekat, tapi jangan terlalu pekat sangat.
5.Akhir sekali tutup api dan letak telur sebiji. Kacaucepat-cepat agar sup nampak cantik.
Selamat mencuba.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club