Bagi yang pernah menjejak kaki ke Tanah Suci, pasti ada tahu betapa tenangnya hati berada di sana. Keterujaan untuk beribadah dan memohon sebanyak mana keampunan yang dilakukan sepanjang hidup. Lebih-lebih lagi, kunjungan ke sana bersama keluarga tercinta.
Namun dalam pada keterujaan untuk menunaikan ibadah, pastinya tidak terfikir bahawa kepulangan kita nanti ke tanah air akan meninggalkan sesuatu di sana.
Apabila menonton video yang dimuatnaik oleh Muhamad Nazwan Naziruddin di aplikasi TikTok yang telah kehilangan ibunya di Tanah Suci.
Menurut pemuda berusia 24 tahun ini, dia ke Tanah Suci bersama keluarga dan tiba di Jeddah, Arab Saudi pada 6 Januari yang lalu.
[TRENDING] “Dua-dua Princess Umi.” Ramai Puji Cara Isteri Fizo Omar Layan Maryam
[TIP MASAK] Hanya 15 Minit, Daging Liat Dapat Dilembutkan
Kunjungan ke sana dibuat selepas ibunya iaitu Che Wan Rahimah Che Wan Malim sering menyatakan hasrat untuk ke sana. Ibunya telah menghidap penyakit kanser ovari tahan 4 sejak lima tahun yang lalu.
“Mama teringin sangat nak ke Tanah Suci, malah dia pernah menyatakan yang dia reda sekiranya meninggal dunia di sana.”
Setibanya di Tanah Suci, ibunya sangat bersemangat untuk memunaikan umrah.
“Sepanjang masa saya bersama dengan mama. Saya sentiasa pantau keadaan mama di sana dengan pergerakannya yang menggunakan kerusi roda.”
Menurut Nazwan, Ibunya mula tidak sihat dan sesak nafas selepas hari ketiga di Madinah.
“Mama dibawa ke hospital Madinah dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU). Ibu koma selama tiga hari.”
Ceritanya lagi, dia berdepan dengan detik cetik apabila kelibat ibunya tidak dijumpai apabila dia datang ke hospital.
“Petang Jumaat tu, (13 Januari), saya cari mama di ICU, tapi tak ada. Pergi cari di bahagian kecemasan pun tak ada. Saya cual sampai cari satu hospital.
“Saya minta bantuan mutawif sebab mak ‘hilang’. Rupa-rupanya mak dah meninggal dunia petang Jumaat.”
“Mama meninggal dunia petang Jumaat. Malam itu saya sudah berangkat ke Jeddah untuk menaiki penerbangan pulang ke Malaysia pada pagi Sabtu.
Nazwan berkata, jenazah ibunya telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Baqi’ di Madinah pada hari yang sama.
Mengakui dia sangat terkilan kerana tidak sempat menatap wajah ibunya buat kali terakhir, namun dia redha dengan ketentuan ilahi.
“Alhamdullilah, permintaan dan hajat mama sudah tertunai. Sebelum ini, mama nak sangat pergi ke Tanah Suci dan mama dapat menyempurnakan hajatnya.
Menyifatkan ibynya seorang penyayang dan suka bersedekah, Nazwan berkata pada hari-hari terakhir ibunya dimasukkan ke hospitak dan koma, arwah ada bertanya padanya mengenai hari.
“Mama tanya saya hari ini hari apa. Mama siap bilang hari.”
Saya jawab hari ini Rabu dan mama pun senyum. Memang Allah permudahkan urusan mama, dia pergi pada hari Jumaat.”
“Allah sayang mama. Mama menanggung kesakitan selama 5 tahun. allah dah tarik kesakitan mama selama-lamanya.”
Al-Fatihah buat arwah Che Wan Rahimah Che Wan Malim.
[MESTI BACA]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club