Gembira anak pada pemberian ibu bapanya, gembira ibu bapa pula pada kejayaan anak-anaknya. Begitulah kelazimannya dan tidak hairanlah setiap kali anak-anak memperolehi kejayaan, kita jugalah orang yang paling bahagia dan bangga dengan apa yang mereka perolehi.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Baru-baru ini pelakon dan penerbit, Puan Sri Tiara Jacquelina, 55, berkongsi kegembiraan dengan pencapaian puteri tercintanya, Hani Karmila atau lebih dikenali Mila apabila meraih pingat emas dalam pertandingan seni bela diri, Jujitsu kategori 58 kilogram (kg) di Kejohanan Antarabangsa Terbuka Singapura.
Berkongsi berita gembira menerusi akaun Instagram, Tiara berkata, kejayaan terbabit adalah kali pertama diraih Mila di peringkat antarabangsa.
“Saya berbangga dengan anak perempuan saya, Mila. Dia baru saja memenangi pingat emas antarabangsa pertamanya mewakili Malaysia dalam sukan Jujitsu.
“Kejayaan ini berlangsung di Singapura, dalam kategori tali pinggang biru bawah 58kg. Saya tumpang gembira untuk pasukan Ryu Combat Academy pada perlawanan antarabangsa pertama mereka. Syabas juga buat jurulatih Abang Saef Hud,” tulisnya.
Menurut Tiara sebagaimana memetik Berita Harian Online, kemenangan itu cukup bermakna buat Mila yang terpaksa melalui dugaan menerima rawatan di hospital beberapa kali.
“Kemenangan ini amat bermakna kerana Mila keluar masuk hospital sejak beberapa bulan lalu, tetapi dia masih mengikuti latihan dan berusaha keras. Segala usaha dan penat lelah akhirnya membuahkan hasil hari ini,” tulisnya lagi.
Jujitsu adalah seni mempertahankan diri dari Jepun yang menggunakan senjata pendek atau tanpa senjata dan Malaysia mula menghantar wakil pada acara berkenaan bermula 2019.
Sumber : ig tiarajacquelina& Berita Harian
ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!