Gembira anak pada pemberian ibu bapanya, gembira ibu bapa pula pada kejayaan anak-anaknya. Begitulah kelazimannya dan tidak hairanlah setiap kali anak-anak memperolehi kejayaan, kita jugalah orang yang paling bahagia dan bangga dengan apa yang mereka perolehi.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Baru-baru ini pelakon dan penerbit, Puan Sri Tiara Jacquelina, 55, berkongsi kegembiraan dengan pencapaian puteri tercintanya, Hani Karmila atau lebih dikenali Mila apabila meraih pingat emas dalam pertandingan seni bela diri, Jujitsu kategori 58 kilogram (kg) di Kejohanan Antarabangsa Terbuka Singapura.
Berkongsi berita gembira menerusi akaun Instagram, Tiara berkata, kejayaan terbabit adalah kali pertama diraih Mila di peringkat antarabangsa.
Ads
“Saya berbangga dengan anak perempuan saya, Mila. Dia baru saja memenangi pingat emas antarabangsa pertamanya mewakili Malaysia dalam sukan Jujitsu.
“Kejayaan ini berlangsung di Singapura, dalam kategori tali pinggang biru bawah 58kg. Saya tumpang gembira untuk pasukan Ryu Combat Academy pada perlawanan antarabangsa pertama mereka. Syabas juga buat jurulatih Abang Saef Hud,” tulisnya.
Menurut Tiara sebagaimana memetik Berita Harian Online, kemenangan itu cukup bermakna buat Mila yang terpaksa melalui dugaan menerima rawatan di hospital beberapa kali.
“Kemenangan ini amat bermakna kerana Mila keluar masuk hospital sejak beberapa bulan lalu, tetapi dia masih mengikuti latihan dan berusaha keras. Segala usaha dan penat lelah akhirnya membuahkan hasil hari ini,” tulisnya lagi.
Ads
Jujitsu adalah seni mempertahankan diri dari Jepun yang menggunakan senjata pendek atau tanpa senjata dan Malaysia mula menghantar wakil pada acara berkenaan bermula 2019.
Aktres dan ahli perniagaan kelahiran Palembang, Indonesia berusia 26 tahun ini sebenarnya pernah mempersoalkan apakah hidupnya hanya sekadar bergelar isteri dan ibu semata mata sebelum ini. Apa lagi beliau hadir dalam keluarga sekali gus bergelar menantu kepada usahawan terkenal Datuk K atau Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Kasih bertaut antara Tya dan Asyraf akhirnya menyatukan mereka pada November 2015. Pasangan ini juga dikurniakan sepasang cahaya mata comel, Arif Jiwa, 3, dan Azzahra Jiwa, setahun lebih sekaligus menjadi pelengkap kebahagiaan.
“Jujur pada awal fasa perkahwinan, saya pernah bertanya kepada suami, hidup saya saat itu untuk apa? Saya pernah seperti rasa hilang punca. Takkan saya hanya mahu menjadi isteri yang hanya menunggu kepulangan suami di rumah. Sedangkan saya sangat aktif ketika hidup solo. Saya tidak betah duduk diam.
“Bagaimanapun perasaan itu bukan bermaksud menyesali setiap keputusan yang dibuat. Cuma saya sentiasa percaya hidup ini perlu diteroka dan bukan hanya duduk berpeluk tubuh. Pasti ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan.
“Berkahwin dengan Asyraf juga memerlukan saya banyak berkorban. Saya tinggalkan kerjaya seni di Indonesia yang sedang berkembang dan berjauhan dengan keluarga.
“Saya bukanlah datang daripada keluarga yang senang. Jadi sebelum ini pun saya mencari rezeki untuk membantu keluarga. Datang ke Malaysia juga saya perlu membiasakan diri dengan kehidupan di sini. Ia bukan sesuatu yang mudah. Saya juga ketika itu bergelut antara cintakan keluarga serta kerjaya seni dan masa depan bersama suami.
Ternyata pengorbanan dan keputusan Tya atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandri membuka 1001 hikmah tersendiri saat melahirkan anak lelaki sulungnya.
“Kehadiran Arif boleh saya anggap satu hadiah dan isyarat yang cukup berharga. Posisi ibu mulai mengubah dimensi hidup saya. Menceburi dunia perniagaan Mutyara pada April 2018 juga mula membuka skop hidup saya jadi lebih luas.
“Ilham cetusan perniagaan jus kesihatan yang diwarisi dari keluarganya secara turun temurun membuka satu langkah bermakna.
“Saya kian nampak ada hala tuju dalam hidup. Menjadi isteri dan ibu kepada dua anak juga tidak membataskan saya mencari titik kesempurnaan dalam hidup. Saya jadi lebih optimis dan bersemangat dalam hidup ini apabila perniagaan yang diusahakan juga dapat membantu mengubah nasib orang lain,” katanya.
Hampir tiga tahun menjalankan perniagaan bersama suami hingga memiliki wisma sendiri yang tersergam megah di Puchong menerusi perniagaan jenama Mutyara akhirnya membongkar sebuah kisah yang tidak pernah dikongsi aktres Tya Arifin selama ini.
“Kalau ikut semangat membara dalam jiwa, sejak awal lagi saya sudah mahu memiliki wisma sendiri. Begitu juga dengan suami. Namun semua itu bukan mudah. Tak salah bercita cita tinggi, namun ada kalanya kita kena berpijak pada bumi nyata.
“Saya sendiri bergelut memulakan perniagaan bersama suami. Maklumlah buat sendiri itu ini. Ada kalanya percaturan kita menjadi dan begitulah sebaliknya.
“Saya percaya ia adalah proses. Berguru dengan pakar pemasaran serta mentor usahawan, Dr Azizan Osman menyuntik keyakinan saya dan suami hari demi hari.
“Alhamdulillah apa dilakukan itu penuh berkat. Saya buat apa saja, Allah permudahkannya sampai jadi. Jadi dalam tempoh dua tahun lebih untuk memiliki wisma sendiri saya masih anggap satu kejayaan dan pencapaian peribadi,” katanya
Pengalaman lalu itu benar benar mematangkan dirinya. Dengan kepayahan itu sendiri mengajar wanita yang anggun ini akan sebuah erti kehidupan.
“Alhamdulillah pada hujung Julai lalu, wisma sendiri yang didambakan jadi kenyataan. Saya awalnya seperti bermimpi. Tidak pernah menyangka semua ini menjadi realiti.
“Pada akhirnya soal lambat atau cepat sudah tidak saya fikirkan dalam merealisasikan kewujudan wisma sendiri. Saya percaya ia sudah tersusun cantik dengan izin-Nya. Ia datang pada waktu yang tepat sudah buat saya optimis memastikan kelangsungan perniagaan diusahakan,” katanya.
Lebih utama Tya menekankan setiap kerja dilakukan bersama suami tercinta dizahirkan dengan penuh kejujuran.
“Jujur jadi kunci segala serbi langkah dimulakan. Niat saya dan suami memulakan empayar perniagaan sendiri selain mahu mengubah kehidupan sendiri juga bertunjangkan paksi membantu mereka yang berdepan masalah kesihatan.
“Tak ketinggalan mengajak orang lain menjana pendapatan bersama sama. Begitu juga menjaga kebajikan staf tersayang.
“Kita imbangi hal dunia dan syurgawi dalam masa sama. Kita tak pernah sempurna, namun sentiasa mahu berubah jadi lebih baik daripada sebelumnya. Kita nak keberkatan dunia dan akhirat. InsyaAllah.
“Saya datang daripada keluarga yang selesa dan tidak terlalu mewah. Saya sendiri dengan niat mahu membantu keluarga di Indonesia. Selain itu, saya dan suami mahu membalas jasa baik ibu bapa mendidik diri ini menjadi manusia berguna.
“Saya pernah melihat perniagaan diceburi suami sebelum ini ada antaranya turut kecundang di tengah jalan. Suami pernah gagal dan kami pernah sama sama susah. Kejayaan itu tidak datang bergolek. Tewas itu juga jadi ruang saya bermuhasabah diri.
“Mak saya selalu pesan sentiasa ikut resmi padi. Semakin berisi, semakin menunduk. Namun untuk saya mahu memastikan legasi ini kebal dan konsisten sudah cukup baik. Semoga kemanisan ini akan terus berpanjangan. Saya beruntung kerana banyak belajar erti hidup dan sepak terajang dunia perniagaan dengan suami. Dia kekuatan saya,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rupanya ada 10 persamaan yang ada dalam diri suami isteri yang boleh kekal bahagia bersama lebih dari 10-20 tahun. Ikuti perkongsian Mohd Fhais mengenai ini.
1 – Sentiasa meluahkan perasaan. Ada tak puas hati terus luah, begitu juga jika rasa bangga atau gembira pasangan la orang pertama yang akan di cari.
2 – Segera memaafkan dan ikhlas juga. Usah pendam rasa sakit hati lama-lama. Bak kata tuan Afnan Rosli, perasaan tu adalah doa. Hari-hari doa sakit hati, maka betul Allah bagi sakit hati.
3 – Selalu berkompromi. Suami bukan raja yang kena ikut semua perintah, dan isteri bukan pemaisuri yang nak di layan setiap masa.
4 – Pasangan yang baik ialah pasangan yang selalu beri semangat, sokongan dan dorongan walau apa pun situasi.
5 – Terus mempercayai di kala orang lain tidak. Itulah pasangan sejati.
6 – Komunikasi sentiasa di jaga. Salah faham tetap tak dapat dielakkan tapi jangan sesekali guna bahasa kesat dengan pasangan.
7 – Sentiasa rindu merindui. Hari-hari jumpa pun sentiasa rindu. Nak ke mana-mana tak pernah seorang diri, sentiasa bersama.
8 – Tiada manusia yang sempurna sejak lahir. Mesti berani akui kelemahan dan berusaha untuk jadi sempurna.
9 – Lebih menerima keadaan walaupun tak ikut kehendak hati sendiri dan bukan sentiasa nak membetulkan.
10 – Pasangan bahagia tidak pernah mengharapkan apa-apa, sebaliknya dia sendiri yang memberi harapan.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Susah sama-sama, senang sama-sama. Itulah maksud perkahwinan sebenar.
p/s : Sampaikan juga pesanan ni pada pasangan lain di luar sana semoga mereka pun dapat manfaat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berdepan dengan situasi disahkan positif covid-19 dan kini sudah hampir seminggu berada di wad, tentu tidak dapat digambarkan apa sebenarnya yang dirasakan oleh wanita yang juga baru kehilangan suami akibat virus covid-19 ini.
Berkongsi rutin hariannya, wanita ini tanpa jemu menulis sepanjang di wadkan untuk terus memberi inspirasi buat dirinya agar kuat melawan covid-19 dan sekali gus cepat sihat sepenuhnya.
Nyata, ujian yang dilaluinya kini turut meruntun jiwa warganet dan didoakan agar terus bersemangat dan kuat menentang covid-19 ini. Amin Ya Rab.
Sudah hampir 1 minggu aku di wad HKL( wad covid)
Sejak 30 hb mac hingga lah ke hari ini.ketika coretan bisu ini di tulis aku masih lg di dlm wad bertarikh 5 april 2020 jam 9 pagi.
Saat menaip setiap bicara hati ini terasa sebak.tetapi tulisan inilah yg membuat aku terus bersemangat & terus kuat utk cepat sihat.
Maafkan diri ku kerana aku tidak berupaya memendam perasaan seorang diri.aku perlukan kekuatan dari Allah swt & sahabat syurga semua.
Maaafkan aku kerana tulisan ini meruntun jiwa & air mata. Sesungguhnya aku selalu katakan pada diriku. Allah tidak pernah zalim. Allah syg. Allah kasih. Allah cinta. Allah rindu😭.
Ketika catatan ini juga di tulis arwah suami telah 9 hari pulang ke pangkuan ilahi. Al fatihah.
Rutin pagi ku di wad
Aku byk kan me time dgn Allah & menulis.selepas solat subuh.. solat taubat.solat hajat.aku membaca yaasin.
Jam 7 mula mengaji mana yg termampu.ada kala mengaji di #qurandaily bersama #ustazuwaisqorny terima kasih @oilyqueensisters yg memperkenal kan dgn program yg sgt bermanfaat ini…sungguh bermakna.
Jam 8 aku exercise buat senaman ringan di sebelah katil. Membetul saraf saraf. sambil menunggu sarapan pagi.
Kalimah syukur tak henti henti ku ucapkan kerana sehingga hari ini aku masih lg bernafas & Allah jaga kan aku sebaik nya.
Jam 9 sarapan pagi sampai dan aku mula mengisi perut dengan suppliment yg aku bawa sendiri.minum air lemon panas. setakat ini tiada ubat utk pesakit covid19.
Tiap pagi adik jururawat ini nama nya Daniel akan membantu aku mengambil kan air panas dan mengambil tekanan darah.adik ini shift pagi.
Aku yg sememangnya peramah hari hari bertanya khabar kepada nurse nurse di sini.ada kala air mata jatuh kerana kasihan melihat fronliner.
Aku tanya adik Daniel.”dik.panas kan baju tu dik.Allah.2/3 lapis awak kena pakai. kesian akk tgok.akak x mampu nak tolong selain doa utk awak semua selamat”
Jawab Daniel. “ya kak.mmg panas & pesakit semakin ramai.ini tugas kami kak.akk berehat ya”
Tulus ikhlas tugas mu wahai Daniel.akk abadikan gambar ini kerana byk mmbntu kami pesakit covid di wad 21 bilik 14 katil c nurse nurse yg lain & juga para fronliner yg lain juga sangat baik.melayan kami dgn penuh ikhlas