Setiap tahun, ulang tahun kelahiran adalah momen bermakna untuk diraikan bersama insan tersayang. Bagi pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail, hari istimewa ini disambut dengan penuh kesyukuran dan doa yang indah.

PU Riz Luah Rasa Cinta & Puji Masakan Isteri, Ulang Tahun Neelofa Disambut Romantis

CORETAN MENYENTUH HATI

Dalam satu ucapan yang menyentuh hati, Haris Ismail meluahkan rasa syukur atas kehadiran Neelofa dalam hidupnya. Beliau mendoakan agar isterinya sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT, dikurniakan kesihatan, kebahagiaan, dan keberkatan dalam setiap langkah kehidupan.

Haris juga menzahirkan penghargaan terhadap pengorbanan dan kasih sayang Neelofa sebagai seorang isteri dan ibu. Baginya, kehadiran Neelofa bukan sekadar pelengkap hidup, tetapi juga sumber inspirasi dalam perjalanan mereka bersama.

“Semoga Apa yang sedang kita lakukan berbuahkan hasil tuaian Mahumudah di Akhirat
Semoga Kejayaan serta kebaikan yang dimiliki, u & Kita Sekeluarga Diberkati Allah SWT”

Dia juga mengucapkan rasa syukur atas kelahiran dua cahayamatanya yang menjadi menyeri rumah tangga dia dan Neelofa.

“Sekali lagi & Selamannya, Jazakllahkhair atas keizinan Sang ilahi, melahirkan Bilal Dan Abbas.”

Ads

PU Riz Luah Rasa Cinta & Puji Masakan Isteri, Ulang Tahun Neelofa Disambut Romantis

PUJI SIKAP NEELOFA MASAK UNTUK ANAK-ANAK

Dalam pada itu, haris juga berkongsi beberapa foto masakan air tangan isteri tersayang. Gambar yang menjelaskan kesungguhan isterinya menyediakan masakan buat keluarga kecil mereka.

“HayakAllah atas masakan Harian di rumah. Masha Allah enak, hampir sempurna semuannya. Khidmat isteri yang ikhlas tidaklah dibalas Tuhan Kecuali SyurgaNya. 

PU Riz Luah Rasa Cinta & Puji Masakan Isteri, Ulang Tahun Neelofa Disambut Romantis

PU Riz Luah Rasa Cinta & Puji Masakan Isteri, Ulang Tahun Neelofa Disambut Romantis PU Riz Luah Rasa Cinta & Puji Masakan Isteri, Ulang Tahun Neelofa Disambut Romantis

Ads

DOA BUAT SEORANG SUAMI

Lebih manis, PU Haris akhiri coretan romantisnya dengan mendoakan isterinya untuk kekal istiqomah.

“Semoga Dirimu, percakapan, Akhlak,dan TingkahLaku di dalam بركة Allah  SWT”

PU Riz Luah Rasa Cinta & Puji Masakan Isteri, Ulang Tahun Neelofa Disambut Romantis

 

NEELOFA TURUT KOMEN

Neelofa juga membalas ucapan suaminya dengan respon yang membuatkan ramai teruja dengan memberi kata-kata cinta buat suami.

PU Riz Luah Rasa Cinta & Puji Masakan Isteri, Ulang Tahun Neelofa Disambut Romantis

Ads

Ucapan penuh kasih dan doa ini jelas menggambarkan hubungan erat serta cinta yang kukuh antara mereka. Semoga pasangan ini terus dilimpahi kebahagiaan dan keberkatan dalam kehidupan berkeluarga.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

“SWEETNYA USTAZ”- NETIZEN

Meninjau diruangan komen, rata-rata terharu dengan ucapan suami Neelofa dan ada juga mengambil kesempatan mengucapkan ulang tahun kelahiran Neelofa.

 

PU Riz Luah Rasa Cinta & Puji Masakan Isteri, Ulang Tahun Neelofa Disambut Romantis  PU Riz Luah Rasa Cinta & Puji Masakan Isteri, Ulang Tahun Neelofa Disambut Romantis

Sumber:hrisbismai

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI