Suami yang romantik ni, kadang tanpa isteri minta pasti ada yang mereka bawa pulang ke rumah setelah habis pulang dari kerja atau sesuatu tempat. Tidak kiralah nilainya atau apa barangannya, pasti dihargai oleh si isteri walaupun hanya makanan.
Baru-baru ini, usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor berkongsi satu video mengenai pemberian seutas gelang jenama mewah daripada suaminya, pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz tatkala baru saja pulang dari solat Jumaat.
Video tersebut dimuat naik menerusi akaun TikTok rasmi milik Neelofa dan menurutnya di dalam video tersebut, ini bukan kali pertama suaminya membuat kejutan seperti tersebut. Malah, dia juga mendakwa suka menonton video kejutan suami buat isteri yang lain yang ada di sosial media.
Ads
“Kisah hari ini, suami balik dari solat Jumaat bawa balik hadiah. Terkejut, terharu, happy, syukur dan semua perasaan yang baik-baik Alhamdulillah,” ujar Neelofa.
@neelofaMoga Allah sentiasa bagi berkat dalam limpahan rezeki suamiku & mudahkan setiap kerja yang dilakukannya 🤲🏼
Selain dari kejutan yang dibuat oleh PU Riz di dalam video tersebut, perkara lain yang menjadi perhatian adalah komen-komen pengikut Neelofa yang masing-masing tidak kalah mencertakan pengalaman mereka apabila suami pulang dari solat Jumaat.
Yang paling menjadi tumpuan apabila komen-komen tersebut dibalas oleh Neelofa sendiri yang juga terhibur dengan komen dan gelagat suami lain di luar sana.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hidup berpasangan adalah fitrah kehidupan dan Allah SWT menciptakan manusia berpasang-pasangan kerana mereka saling memerlukan antara satu sama lain, sekali gus mewujudkan perasaan kasih sayang (mawaddah wa rahmah).
Namun kehadiran orang ketiga membuatkan isteri merasakan dirinya tidak dihargai sehingga membuatkan rumah tangga tidak lagi bahagia.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Sebagaimana perkongsian pendakwah Ustaz Don Daniyal bahawa kehadiran orang ketiga yang mampu merosakkan ikatan sesebuah perkahwinan.
ISTERI BELAJAR BERSABAR
Dalam hal ini, menerusi mStar, Don,38 menasihati para isteri apabila melalui situasi ini harus bersikap sabar.
Katanya jika suami mempunyai orang ketiga isteri harus belajar bersabar.
“Apabila isteri tahu bahawa suami ada perempuan lain, dia perlu belajar untuk bersabar.
Katanya lagi, selain bersabar, kena susun semula strategi untuk memenangkan haknya semula.
SUAMI CARI ALASAN KELEMAHAN ISTERI
Katanya lagi, suami akan mencari alasan kekurangan isteri supaya ada orang lain boleh menambah.
“Jika suami suka pada perempuan lain, dia akan mencari alasan apa yang membuatkan isteri dia kurang supaya ada orang lain boleh menambah.
“Itu normal, semua orang mesti bersetuju tentang perkara tersebut.”
Dalam hal ini, Don berkata jika seorang isteri menunjukkan kemarahannya berdepan isu berkenaan, ia merupakan salah satu kekurangan yang mungkin akan menjadi alasan suami mencari pengganti.
Dalam pada itu, dia juga berpesan supaya pasangan suami isteri tampil beranikan diri meminta pertolongan dan nasihat daripada keluarga jika berlaku permasalahan antara mereka.
Kita selalu anggap apabila lelaki dan wanita bersama di bawah satu ikatan pernikahan, maka secara automatiknya akan memiliki anak. Kerana itu, soalan pertama yang ditanya bila belum dapat anak adalah ‘merancang ker’. Mungkin di awal perkahwinan di anggap fasa berbulan madu, memasuki bulan awal bulan keenam dan seterusnya mula soal anak timbul.
Sedih, kecewa dan pelbagai lagi rasa bergayut dalam diri membuatkan hubungan antara suami isteri berantakan. Lebih memburukkan keadaan bila mana orang disekeliling menjadi duri dalam daging, bertanyakan soal anak menambahkan lagi tekanan.
Cuba hadamkan perkongsian dari Dr Syahr Musafir ini. Semoga mendapat manfaat daripadanya. Buat wanita di luar sana yang belum memiliki anak, bertabah dan bersabarlah kerana sabar itu separuh daripada iman.
Kisah kami bermula apabila kami bernikah pada pertengahan Januari, cakap-cakap orang mula kedengaran apabila isteri saya belum mengandung sekitar Julai tahun itu.
Bagi kami, kami baru 6 bulan bernikah, logiklah belum mengandung. Tetapi bagi mereka, kami sudah 6 bulan bernikah, kenapa masih belum mengandung?
Aduh, bab ini sensitif. Sangat sensitif.
Serba-sedikit saya boleh relate, dengan pasangan suami isteri yang belum atau tidak dikurniakan zuriat. Walaupun bukan 100% tetapi sekurang-kurangnya ada, ada pengalaman dan pernah rasa perasaan perlu menghadapi pertanyaan orang.
Tak dapat saya nafikan, disebabkan soalan-soalan sebegini, terbit rasa risau dalam hati, jiwa dan benak fikiran saya. Ada masalahkah? Tak suburkah? Salah carakah? Perlu berubatkah? Macam-macam.
Antara saya, seorang lelaki bergelar suami, dan isteri, seorang wanita yang sepatutnya menjadi ibu, sudah pastilah isteri lebih tertekan perasaannya berkaitan hal ini. Jangan tanya kenapa dan bagaimana, sudah sifat jiwa wanita itu lebih terusik dan sensitif pada topik hamil, anak, menyusu dan seumpamanya. Suami memang jenis lebih rileks, tenang, rasional, sebab tak terbawa emosi sangat. Ye ke?
Kalau tak dapat anak, tak bahagialah hidup, tak lengkaplah hidup, bla bla bla…
Berlaku juga episod memujuk dan menenangkan isteri. Si isteri jadi serabut, si suami pun jadi pening. Kesian 😅
Saya nak cakap apa sebenarnya ni?
Hmmm…
Saya nak cakap, isteri-isteri yang berharap untuk hamil, bersabarlah.
Mudah kan suruh orang sabar? 😅
Betul saya nak cakap, isteri-isteri yang berharap untuk mengandung, kena sabar dan tambahkan kesabaran.
Buka mata, buka hati, lapangkan jiwa, tarik nafas panjang-panjang, dan berhenti risau sekejap supaya kita boleh berfikir.
Cuba fikir, ada orang perempuan bergelar isteri, mudah mengandung. Anak bukan seorang atau dua orang, tetapi sampai 3, 4, 5 orang, bahkan lebih lagi.
Tetapi suami tak sayang.
Wanita itu dipukul, ditipu, dicurangi, diceraikan, diperburukkan, macam-macam.
Dapat mengandung dan melahirkan, tetapi suami tak sayang. Azab rasanya, tak larat nak menanggung.
Kita, wanita bergelar isteri yang belum ada rezeki nak mengandung ini, suami selalu ada dengan kita, siang malam jaga kita, baik dengan kita, sayang kita, kan semua ini kebahagiaan?
Lebih hebat lagi, walaupun bertahun-tahun nikah tetapi belum ada anak, tetapi suami kita tak curang pun, tak berzina dengan perempuan lain, tak bernikah dengan perempuan lain tanpa izin kita, bla bla bla. Elok je semua. Suami setia.
Habis tu, kenapa risau sangat pasal tak ada anak maka tak bahagia? Kenapa tak lengkap hidup ini tanpa anak?
Tak saya nafikan, anak adalah salah satu sumber kebahagiaan. Tetapi anak bukan satu-satunya kebahagiaan.
Mempunyai suami yang baik adalah nikmat dan sumber kebahagiaan.
Mempunyai suami yang setia adalah pelengkap kehidupan.
Tak perlu stress, tak perlu serabut.
Nak usaha supaya dapat anak, lakukan dengan tenang.
Jangan buat kerana kerisauan melampau, serabut dengan cakap-cakap orang, nak buktikan kita tak mandul, bla bla bla. Ingatlah selalu, perihal anak ini bukan perihal kita, tetapi Tuhan. Anak adalah anugerah Allah ikut Allah nak beri atau tidak, bukan ikut suka hati kita nak buat anak macam kita buat kuih.
Jangan selalu kita letakkan memiliki anak sebagai titik fokus kebahagiaan, tetapi selalulah ingat memiliki suami yang baik juga adalah titik fokus kebahagiaan.
Jaga keperluan suami, hormati suami, permudahkan urusan suami, sangka baik dengan suami, bahagiakan suami, semua ini juga adalah titik fokus yang melengkapkan kehidupan kita.
Tak memiliki anak tak bermaksud tak bahagia.
Jangan kita lupa, Allah beri kita kebahagiaan dengan pelbagai cara. Jangan kerana kita mahukan kebahagiaan memiliki anak, kita hancurkan kebahagiaan memiliki suami yang baik.
Jaga dan uruskan apa yang kita ada dengan baik adalah jauh lebih penting berbanding merisaukan perkara yang kita tidak punya.
Allah Maha Baik, kan? Subhanallah walhamdulillah.
Saya tulis ni, nak pujuk hati. Biar selalu bersangka baik pada Allah, jangan pernah fikir buruk kenapa Allah tak beri rezeki zuriat kepada kita. Ingat selalu, anak bukan segala-galanya.
Baru – baru ini, Sufian Suhaimi tampil meraih perhatian kalangan peminat dengan mengadakan kejutan untuk anak angkatnya, Faeq Razeeq.
Melalui video yang dimuat naik di akaun TikTok BabyPian, Faeq kelihatan sangat teruja apabila melihat Sufian pualng dan membawa hadiah iaitu sebuah basikal untuknya.
“Baby Faeq dapat surprise daripada ayah yan lah,” tulis pemilik akaun tersebut.
Video yang tular itu telah mendapat perhatian warganet dan mendapat pujian daripada warganet. Kebanyakkan mereka terharu melihat kemesraan penyanyi itu dengan anak angkatnya.
Ada juga yang gembira dan terkejut dengan melihat perkembangan terkini Baby Faeq yang dijaga oleh penyanyi itu.
Untuk rekod, Sufian Suhaimi telah mengambil Faeq menjadi anak angkat dia sejak tahun 2019.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...