Psikosis Selepas Bersalin Ni Bahaya, Fasha Sandha Luah Sebak
Rupanya jadi pelakon ini bukan mudah seperti yang disangka oleh orang ramai. Watak yang dibawakan perlu dihayati agar dapat menjiwanya sepenuhnya.
Bagi Fasha Sandha tentunya babak yang diberikan harus diteliti dan difahami agar dapat melakonkan babak yang diamanahkan kepadanya dengan baik.
Artikel trending: Pada Usia 50 Tahun Azah Aziz ‘Maintain’ Cantik, Tak Buat Pembedahan, Makan Dua Sudu Nasi Je
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Artikel popular: Remaja Ini Raih Perhatian Mahasiswa di Univesiti Malaya,Tak Sangka Rupanya Ini Sebabnya.
Atikel popular: Pernah Curi Motorsikal, Pelajar Juvana Ni Tak Sangka Dapat 8A, Tekad Berubah Demi Keluarga
FASHA SANDA SEBAK BABAK DRAMA WANITA MEROYAN
Muat naik terkini di Instagram milik pelakon, Fasha Sandha telah meraih perhatian apabila telah berkongsi perasaannya mengenai bahaya meroyan selepas bersalin. Malah turut memuatkan emogi sebak bersama kapsyen di instagramnya.
Difahamkan ia adalah lakonan sebuah drama yang bertajuk Serpihan Sayang yang disiarkan di Samarinda TV3
Menerusi perkongsian itu, Fasha meluahkan betapa bahayanya penyakit ini yang perlu mendapatkan rawatan segera.
“Psikosis selepas bersalin penyakit mental yang serius dan harus dianggap sebagai kecemasan perubatan.
“Ia kadangkala dipanggil psikosis nifas atau psikosis selepas bersalin.”-Fasha Sandha
Nyata, kapsyen pelakon yang berusia 37 tahun ini seolah membayangkan dia merasai situasi yang dilalui oleh pesakit yang mengalami penyakit mental ini.
APA ITU PSIKOSIS SELEPAS BERSALIN
Proses kehamilan dan kelahiran adalah salah satu fasa perubahan dalam kehidupan seorang wanita yang mana ia boleh mendatangkan ketidakseimbangan dalam diri wanita tersebut. Ia boleh dianggap sebagai satu proses kematangan diri, walaupun sesetengah wanita, mungkin menghadapi masalah.
Penyakit mental selepas bersalin boleh dibahagikan kepada tiga kategori:
1.Gangguan emosi postpartum
2.Kemurungan postpartum atau meroyan
3.Psikosis postpartum, juga disebut meroyan
(Postpartum=waktu selepas bersalin)
Ganguan emosi postpartum
Ia berlaku ke atas 25 – 85% wanita yang baru bersalin. Tanda-tanda penyakit ini timbul beberapa hari selepas bersalin dan ia memuncak pada hari kelima. Namun begitu, gangguan emosi ringan ini biasanya pulih dalam masa dua minggu.
Kemurungan postpartum
Ianya berlaku di kalangan 10 – 20% wanita selepas bersalin. Gejala-gejala timbul dalam masa sebulan selepas bersalin. Pada kebiasaannya, penyakit ini sembuh dengan tersendiri dalam jangka masa tiga hingga enam bulan, tetapi bagi kes-kes yang berat ia mungkin berterusan sehingga dua tahun.
Psikosis postpartum
Keadaan ini jarang dijumpai tetapi serius dan berlaku dalam setiap 500 – 1000 jumlah kelahiran. Gejala penyakit ini timbul dengan pantas dan biasanya timbul beberapa hari sehingga dua atau tiga minggu selepas bersalin. Walaupun begitu,risiko tetap tinggi selepas beberapa bulan kemudian
.
TANDA-TANDA & GEJALA
Gangguan emosi postpartum
-Kemurungan yang ringan dan emosi yang berubah-ubah
-Mudah menangis
-Mudah melenting
-Gelisah
-Kurang penumpuan
-Kurang selera makan dan gangguan tidur
Kemurungan postpartum
-Perasaan murung
-Letih lesu dan tidak bermaya
-Suka memencilkan diri
-Kerap mengadu akan kurang sokongan sosial
-Salah faham akan kehendak bayi
-Kurang penumpuan dan daya ingatan
Psikosis postpartum
-Gangguan tidur dan perubahan selera makan
-Mudah resah
-Berfikir untuk membunuh diri dan melakukan pembunuhan
-Perasaan dan kelakuan yang pelik
-Gejala psikosis. Contoh seperti mendengar suara walaupun pada zahirnya tiada orang di sekeliling (halusinasi) atau kepercayaan yang tidak rasional (delusi)
Pencegahan
Pengesanan awal ke atas ibu yang berisiko untuk mendapat penyakit mental postpartum amatlah penting agar rawatan dapat dimulakan dengan secepat mungkin. Wanita yang dikategorikan sebagai mempunyai risiko yang tinggi termasuk mereka pernah mengalami penyakit mental postpartum, sejarah keluarga yang mempunyai penyakit mental, kehamilan yang tidak dirancang dan kepincangan rumah tangga. Sokongan emosi, rohani, fizikal dan sosial amatlah penting bagi ibu-ibu selepas bersalin sebagai satu aspek pencegahan penyakit mental selepas berkahwin.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club