Boleh kita katakan tahun 2020 ini anak-anak kita sudah lama ‘direhatkan’ di rumah dan ketika ini tidak hairanlah ada di antara mereka terasa tidak sabar dan teruja untuk menanti sesi baharu persekolahan akan datang. Selain teruja untuk bertemu teman-teman dan guru-guru di sekolah, tidak dinafikan bahawa bab ‘shopping’ barangan sekolah seperti pakaian, beg sekolah, alat tulis, kasut dan sebagainya adalah sesuatu yang menyeronokkan bagi anak-anak!
Manakala buat ibu ayah yang sedang berusaha menyediakan kelengkapan persekolahan , inilah masa yang terbaik untuk berbelanja awal agar tidak terburu-buru di saat-saat akhir bahkan boleh berjimat.
Parkson Tawar Harga Murah & Jimat
Parkson melancarkan kempen ‘Back To School’ di seluruh negara bermula dari 8 Disember 2020 hingga 24 Januari 2021 dengan promosi harga yang cukup istimewa. Bahkan ianya menjadi berita yang menggembirakan kepada semua pemegang kad Parkson atau buat anda yang menjadi ahli BonusLink bagi memenuhi keperluan A to Z anak-anak ke sekolah.
Pastinya tawaran ini tidak boleh dilepaskan begitu sahaja dan ini juga sebagai salah satu cara Parkson menghargai pelanggan setianya untuk berbelanja secara bijak dan menjimatkan dalam suasana yang cukup selesa untuk pelanggan yang berkunjung di Parkson.
Ads
Bermutu & Berkualiti dari Parkson
Menyedari kos sara hidup kini yang kian meningkat, wajar untuk pengguna mengurus dan merancang perbelanjaan dengan sebaiknya. Maka sebab itu juga, Parkson menawarkan pembelian yang bakal memberi nilai pada setiap wang yang dibelanjakan oleh pelanggannya.
Contohnya dengan pembelian uniform sekolah Parkson berkualiti tinggi, ada potongan harga 10% untuk Ahli Parkson dan BonusLink Kad. Bukan itu sahaja, Parkson turut menawarkan Super Value Deal untuk beberapa produk terpilih hingga serendah RM5. Wow! Memang cukup mengujakan.
Ads
Bahkan buat anak-anak yang tercari-cari beg yang cantik dan bergaya, Parkson turut menawarkan lebih banyak diskaun dan pilihan buat mereka. Umpamanya, memilih beg dengan rekaan yang menjadi idaman kanak-kanak perempuan di bawah koleksi Princess Dreams seperti Barbie, My Little Pony, Minnie dan Frozen II.
Ads
Begitu juga tidak kurang hebatnya pilihan beg untuk anak-anak lelaki seperti koleksi Boboiboy Galaxy, Spider-Man, Transformers dan Ajen Ali. Kesemua koleksi kartun ini tidak terhad pada pilihan beg sahaja malah didatangkan lengkap dengan set alat tulis, botol air, bekas pensil dan macam-macam lagi yang pastinya memenuhi keinginan anak-anak.
Apa yang pasti berbelanja di Parkson memang cukup berbaloi. Selain harganya murah pilihan produk juga bervariasi dan menepati citarasa masa kini. Jadi jangan tunggu lagi, ayuh kita bawa anak-anak ke Parkson dan lengkapkan semua keperluan persekolahan mereka hanya di sini. Untuk maklumat lebih lanjut tentang kempen Back To School sila layari https://bit.ly/2W1siNX
Bagi keluarga yang suka makan ulam tentu setiap kali makan nasi pasti dihidangkan menu nan satu ini sebagai pelengkap juadah.
Selain dimakan untuk memenuhi selera, tidak dinafikan juga dengan makan ulam-ulaman ini banyak khasiat dan kebaikannya.
Antara yang sering kita dengar, orang kata kalau rajin amal makan ulam pegaga atau dijadikan jus minuman boleh awet muda. Malah macam-macam lagilah kebaikan ulam ini dan bukannya pegaga sahaja untuk membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan.
Namun betul ke begitu?
Mengukuhkan lagi info berkenaan ulam-ulaman ini secara berfakta dan kajian, ayuh kita baca perkongsian dari saintis Dr Suri Roowi ini.
ULAM BERKHASIAT, SEJAUH MANA IA MEMBERI KESAN?
Masyarakat kita gemar memakan ulam-ulaman bersama nasi berserta lauk pauk ketika menikmati hidangan makan tengahari dan makan malam. Soalnya sekarang adalah sejauh manakah ianya bena-benar memberi kesan.
Ulam-ulaman seperti salad, pegaga, ulam raja, selom, tomato ceri, petai, jering dan sebagainya adalah antara ulam yang biasa di ambil bersama lauk pauk lain.
Gambar hiasan
Tomato adalah antara sayuran yang biasa dimakan sebagai ulam. Tomato kaya dengan bahan antioksidan likopene. Bahan berkhasiat jenis ini biasa didapati juga dalam lobak merah dan tembikai. Dalam tomato, bahan khasiat ini hadir pada kuantiti tinggi dalam kulit dan biji tomato. Justeru, jika kita asingkan kulit dan biji tomato semasa memasak atau menggambilnya sebagai ulam, ini akan menyebabkan kehilangan banyak khasiat utama.
Walaubagaimanapun, terdapat kajian menunjukkan pengambilan tomato pada kuantiti tinggi boleh meningkatkan risiko pendarahan jika bersama ubat cair darah.
Selain dari itu, warna kulit kita juga boleh berubah kepada warna kemerahan jika kita memakan tomato pada kuantiti tinggi. Kuantiti bahan berkhasiat dalam sesuatu jenis sumber berkhasiat juga berbeza mengikut jenisnya.
Contohnya kajian yang dilakukan oleh UPM mendapati tomato ceri lebih tinggi antioksidan berbanding tomato biasa.
Salad juga merupakan antara ulam kegemaran ketika menikmati makan tengahari. Kajian oleh pensyarah UPM ke atas pelbagai jenis salad, salad berwarna merah lebih tinggi kandungan antioksidan berbanding salad biasa.
Walaubagaimanapun, sayuran hijau seperti salad, bayam, brokoli dan ‘brussel sprout’ tinggi vitamin K. Justeru, penggambilan jenis sayuran ini sebagai ulam akan mengurangkan keberkesanan ubat cair darah di kalangan pesakit jantung.
Ulaman tempatan juga tidak kurang hebatnya. Kajian oleh saintis tempatan mendapati daun kari, ulam raja dan selom sebagai sumber antioksidan yang kuat.
Terdapat pelbagai jenis ulam yang bertindak sebagai antibakteria dan antikanser semulajadi. Antaranya adalah sumber tinggi sulfur seperti bawang merah, petai dan jering.
Jering tidak boleh dimakan pada kuantiti tinggi dan sebaiknya perlu direbus atau dibiarkan bercambah terlebih dahulu. Ini kerana jering tinggi kandungan asid djenkolic dan akan memudaratkan buah pinggang jika diambil pada kuantiti tinggi.
Teknik pengambilan ulam yang betul sangat mempengaruhi penyerapan bahan berkhasiat dalam tubuh.
Contohnya, kajian mendapati memakan buah tomato secara terus (dalam keadaan mentah) kurang memberi kesan berbanding memakan tomato yang dimasak bersama minyak. Ini kerana likopene adalah sejenis bahan berkhasiat larut lemak, jadi penggunaan minyak ketika memasak tomato boleh meningkatkan penyerapan dalam darah.
Pengambilan lobak merah pula seeloknya diambil bersama susu segar (contohnya ‘carrot’ susu) berbanding lobak mentah sebagai ulam.
Biasanya masyarakat kita gemar memakan ulam-ulaman bersama nasi dan lauk pauk lain. Sebenarnya teknik ini kurang tepat.
Kajian yang diterbitkan pada tahun 2017 mendapati makan sayur-sayuran sebelum memakan nasi lebih berkesan kurangkan kadar gula darah di kalangan pesakit diabetes jenis 2.
Dapatan kajian ini menunjukkan “Meminum jus pegaga sebenarnya lebih bagus berbanding berbanding memakannya bersama nasi”.
Gambar hiasan
Terdapat juga kajian menunjukkan memotong ulam boleh meningkatkan bahan berkhasiat. Kajian yang dilakukan oleh Department of Vegetable Crops, University of California dan diterbitkan dalam Jurnal Agric. Food Chem. mendapati bahan berkhasiat antioksidan meningkat sehingga 140% jika ulam dipotong-potong terlebih dahulu sebelum dimakan berbanding ulam tanpa dipotong.
Setiap kali melihat kisah anak yang terkorban nyawa dek kerana tercampak ketika kemalangan kereta pasti hati mak ayah sentiasa risau. Ketika itu barulah sibuk mencari carseat yang telah tersadai lama.
Mengapa baru ada kesedaran sedangkan hal ini wajib dilakukan mak ayah. Di negara-negara maju seperti Australia mewajibkan kanak-kanak bawah 12 tahun memakai carseat dan diletakkan di bahagian belakang dan bukannya di sebelah pemandu.
Betapa mereka mementingkan keselamatan kanak-kanak. Mengapa kita sebagai mak ayah tak memikirkan hal ini malah memandang remeh.
Cuba fikirkan nyawa anak jika apa-apa berlaku ketika pemanduan. BAHAYA! Itu yang ibu ayah kena tahu.
Walau macam mana cara sekalipun, anak menangis, tantrum dan mengamuk teruk, mak ayah kena pastikan anak sentiasa berada di dalam car seat. Ini yang sebaiknya.
Perkongsian oleh Khairul Abdullah mengenai tip nak biasakan anak dalam carseat ini kita kena ikuti. Berbeza cara dan pendekatannya. Jom ikut tipnya.
BIASAKAN SEJAK KELUAR HOSPITAL
“Anak-anak saya kalau masuk kereta nak balik kampung atau ke mana pun, paling lama bertahan sekitar 30-40 minit sahaja. Lepas tu memang akan lelap. Bila dah lelap maka suasana aman damai. Bolehlah borak-borak dengan isteri sekejap sebelum dia pun lelap juga.
Tak kisahlah, janji diorang dapat tidur nyenyak dan saya boleh layan rock kapak kat Sinar FM. Paling penting adalah betapa anak-anak lebih selamat ketika berada di dalam kereta dengan seatbelt terpasang kemas. Kita tak tahu apa yang bakal terjadi sepanjang pemanduan kita.
Mungkin kita dah cukup berhati-hati, tapi ada orang lain pula yang melanggar kita. Impak pelanggaran kereta ni walaupun perlahan tapi boleh buat kita dan anak-anak tercampak keluar dari kereta kalau tidak memakai seatbelt.
Kalau dah tercampak keluar, peluang untuk mati adalah lebih tinggi.
Memang benar, semuanya kuasa Tuhan, namun sebelum kita menyerahkan segalanya kepada takdir, kita harus berusaha terlebih dahulu kemudian baru bertawakal.
Usahanya ialah memastikan kereta berkeadaan baik, memakai seatbelt dan memandu dengan berhemah.
Ada yang cakap, anak saya susah lah tak nak duduk dalam carseat, nanti menjerit, tantrum dan sebagainya.
Memang tidak dinafikan yang mereka akan memberontak bagi yang tak biasa. Anak-anak saya sudah dilatih ketika hari pertama keluar dari hospital lagi, jadi tiada masalah buat mereka untuk duduk diam di dalam carseat masing-masing.
Bagi anak yang berusia 1-5 tahun dan baru hendak mula belajar menggunakannya maka ianya pasti sukar. Namun ianya tidak mustahil sekiranya kita sebagai ibu
bapa terus berusaha.
Berikut adalah beberapa tips asas yang mudah untuk dicuba.
1. Berikan yang terbaik.
Berikan anak carseat yang paling sesuai dan selesa buat mereka. Kita pun hendak duduk di kerusi empuk dan sedap untuk balik kampung maka mereka pun sama. Kalau beli yang murah tu dan rasa tak cukup empuk maka buatlah kusyen atau pelapik lain agar lebih selesa. Untuk carseat yang ada “3 point harness” ok, kalau booster seat jangan lapik sebarangan. Kalau mampu, belikan yang terbaik. Paling penting beli yang sesuai dengan umur anak.
2. Mulakan dari kecil
Seeloknya, keluar dari hospital terus masukkan dalam carseat. Jangan didukung atau diriba oleh ibu di tempat duduk hadapan. Lagi awal didedahkan dengan carseat ni maka lebih mudah.
Setiap kali hendak menyusu maka berhenti dan keluarkan baby. Dah selesai masukkan balik dan teruskan perjalanan.
3. Biasakan
Kemudian biasakan mereka dengan carseat tersebut. Biar ada rasa “ownership”. Keluar kereta angkut carseat bawa ke dalam rumah, bila dia tengok tv ke layan youtube ke, membaca ke, suruh dia duduk kat dalam tu. Biar dia betul rasa selesa dan seronok di dalamnya. Biar dia hidup dengan carseat dia tu. Takpun waktu beli terus bawak ke dalam rumah biar dia biasakan diri duduk dan bermain dengan seat tu lalu tak berasa takut atau pelik dan kekok.
Biar dia rasa carseat tu dia punya. Lekat nama dia, lekat sticker watak atau karakter kegemarannya. Biar dia bergaduh dengan adik atau abang dia mempertahankan carseat dia.
4. Kelengkapan
Sediakan kelengkapan di dalam kereta. Sediakan mainan atau bahan bacaan atau apa sahaja yang boleh melekakan mereka. Makanan dan minuman juga penting namun pastikan ianya bukan makanan yang boleh membuat mereka tercekik. Ipad atau tab juga adalah item yang melekakan mereka, namun kalau boleh elakkan. Dah terpaksa sangat maka berikan gajet tersebut.
5. Rutin Peringatan
Setiap kali masukkan anak ke dalam carseat dan pakaikan seatbelt maka ceritalah tentang kepentingan penggunaannya. Selalu tekankan yang duduk di dalam carseat dan pakai seatbelt adalah penting dan sangat merbahaya kalau tidak menggunakannya. Cakap juga yang polis marah orang yang tak pakai seatbelt.
6. Waktu rehat.
Anak-anak juga mudah merasa letih dan lenguh apabila terlalu lama di dalam carseat. Kalau memandu jauh di waktu siang, maka berhentilah setiap 2 jam dan keluarkan mereka. Kalau mereka tidur maka boleh teruskan.
Sekiranya meragam, biarkan dahulu, namun apabila tidak terkawal atau hampir muntah ketika menangis maka berhenti dan keluarkan mereka. Biar mereka bertenang dan cuba kembali.
7. Puji-pujian
Jangan lupa untuk sentiasa memuji mereka setiap kali keluar dari kereta dengan mengatakan yang mereka sudah berjaya. Katakan yang anda akan masak sedap-
sedap atau belanja mereka makan dan sebagainya sebagai reward.
8. Tiada pengecualian
Tak boleh hari ni pakai, esok tidak, lusa tidak, minggu depan baru pakai balik dan sebagainya. Walaupun pergi ke kedai yang dekat sahajapun harus menggunakannya juga. Maksudnya, setiap kali anak-anak masuk ke dalam kereta maka mereka wajib duduk di dalam carseat dan memakai seatbelt.
Tiada pengecualian. Jangan si adik di dalam carseat, si abang duduk di depan bersama ibu atau sebaliknya. Jangan sampai ada anak yang merasakan yang dia kena “double standard”.
Anak-anak kena duduk dalam car seat sehingga umur 12 tahun.
*******************
Tips asas di atas adalah rutin. Ianya perlu dilakukan tanpa selang dalam apa jua keadaan sekalipun. Jangan sekejap buat sekejap tidak. Kalau tidak rutin maka anak-anak merasakan yang ianya tidak serius dan mereka boleh “negotiate” dengan anda untuk tidak menggunakannya dengan melepaskan tantrum.
Walaupun diasuh sejak bayi menggunakan carseat, ketika umurnya 8 -16 bulan, mereka akan mula meragam dan tidak mahu duduk lama di dalam carseat. Maka tips nombor 3-7 harus dipraktikkan. Tetapkan hati dan terus mengamalkannya walaupun ribut dan badai melanda.
Namun, selepas anda berjaya melakukannya maka anda akan tahu betapa leganya dan senangnya hati anda memandu tanpa gangguan. Dapat bercinta suami isteri sambil makan jeruk Pak Ali tanpa perlu berkungfu dengan anak-anak.
Paling best nanti bila awak seorang diri, suami atau isteri tak ada pun awak boleh memandu dengan anak dibelakang tanpa gangguan.
Namun paling penting, anda telah menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab dengan memberi keselesaan dan perlindungan yang sebaiknya untuk anak anda. Kalau
apa berlaku anda tidak akan ralat lagi kerana telah mencuba sebaiknya.
Kalau ke pantai atau taman rekreasi pasti akan ada yang menjual buih belon atau giant bubble ini. Biasanya RM 5 untuk satu mangkuk kecil.
Anak-anak kalau sudah melihatnya memang akan meminta dibelikan. Tapi ‘giant bubble’ ini sebenarnya boleh saja dihasilkan sendiri di rumah.
Cuti hujung minggu begini, apa kata penuhi aktiviti anak-anak dengan cuba membuatnya. Hanya empat bahan mudah diperlukan. Jom ajak anak-anak tolong. Pasti lebih seronok
Selain menjimatkan kos bukan saja anak teruja dengan aktiviti ini, ibu bapa pun sama.
Bahan-bahan untuk menghasilkan buih :
250 ml pencuci pinggan
4 sudu besar tepung ubi kayu/jagung
1.5 liter air
1 sudu besar serbuk penaik
Cara membuat :
Campurkan kesemua bahan-bahan ini dan kacau sebati.
Bahan-bahan bubble wand/ pemegang :
Penyangkut baju jenis dawai
Tali jenis kain
Pita Pelekat
Cara membuat:
Lenturkan penyangkut baju jenis dawai seperti dalam gambar.
Lilitkan dengan tali jenis kain keliling penyangkut ini.
Kemudian lilitkan pula dengan pita pelekat pada bahagian pemegang.
Info ekstra
– Pastikan pencuci pinggan mempunyai kadar kepekatan yang tinggi.
– Penggunaan tali jenis kain membantu penyerapan buih sabun yang lebih banyak dan menghasilkan ‘giant bubble’ yang lebih berkualiti.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.