Orang selalu cakap, kalau nak buat apa-apa pun biarlah kerana minat. Barulah apa yang dilakukan memberi kepuasan pada diri.
Ini jugalah yang dipegang oleh Puan Siti Hajar sehinggakan hobinya itu kini mampu menjana pendapatan untuk seisi keluarganya.
Ini perkongsiannya.
Bermula dengan hobi pada tahun 2017 (start dengan 5 bongkah sahaja, kemudian jadi 50..100..dan kini 1000 bongkah.. kemudian saya sertai beberapa kursus cendawan untuk belajar buat bongkah sendiri.
Cendawan ini di tanam di laman rumah (Ada Dua rumah cendawan) 1 untuk rumah penyediaan, 1 lagi untuk rumah hasil.
Jika ingin diimbas, macam mana boleh terfikir nak buat projek tanaman cendawan ni, sebenarnya saya memang sudah lama berminat dalam bidang pertanian ni…
Macam-macam saya suka tanam. Contohnya pokok kucai, sawi..tapi bila tanam cendawan, dapat banyak permintaan dari kawan-kawan dan jiran tetangga.. so saya mula belajar tentang tanaman cendawan dengan lebih serius.
Bercerita tentang hasil tuanian untuk 1000 bongkah ni saya dapat lebih kurang RM500-RM700 untuk sekali tuaian cendawan bergantung pada penjagaan kita (1 bongkah cendawan boleh hasilkan 4-5 kali pengeluaran cendawan)
Ibu saya Che Su binti Rejab (69tahun) dan suami saya fauzi bin muhamad (31 tahun) banyak membantu dalam projek tanaman ni.
Di sini saya juga ingin saya berkongsi tip untuk surirumah yang nak cuba menanam cendawan ni. Ianya tidaklah susah mana pun tapi apa yang penting perlu rajin & ada minat.. untuk penanaman cendawan.. perlu ada ilmu tentangnya..kerana cendawan sejenis tanaman yang sensitif.. Salah penjagaan…boleh rosak semua.. rugi nanti
Sumber : Siti Hajar Md Said via Kebun Sayur, Bunga Dan Buah-Buahan