Projek Table Top Permintaan Isteri, Modal Tak Sampai RM100 & Ambil Masa 10 Jam Jer. Idea Suami Ni Memang Superb!

Share

Bertuah sang isteri dikurniakan suami yang ringan tulang, tak merungut apabila diminta sama-sama menguruskan rumah tangga. Itulah yang amat didambakan kaum isteri lebih-lebih lagi jika kedua-duanya bekerja.

Malah lebih bertuah lagi dikurniakan suami yang kreatif dan rajin dalam bab menghias rumah.

Demikian yang dikongsikan oleh Rah Mat menerusi laman facebooknya. Si suami cukup bijak membuat sendiri table top. Cukup mudah, cepat dan yang penting menjimatkan kos.


 

Projek table top, permintaan isteri..

sebelum ni survey harga table top, harga tak kurang dari beribu..ambil keputusan buat sendiri. Hasilnya, diluar jangkaan, kukuh dan tegap , tak goyang.

Biarpun tak secantik seperti yg ditempah, tapi kepuasaan dan penjimatan sangat berbaloi.

modal tak sampai rm100 utk kayu + papan+ skru+paku+L bracket, siap dlm 10jam. Esok nak sambung sikit lagi, tampal sticker vinyl.

 

*Batu marmar hitam tu ambil kat tapak buangan bahan construction.

* Harga rm100 tu tidak termasuk sinki jenis stainless steel 304.