Projek Nak Pasang Lantai Vinyl Corak Tulang Ikan. Wanita Ni Kongsi Stepnya Paling Mudah!

Share

Sejak kebelakangan ini ramai pula yang gemar menggunakan kemasan lantai vinyl dengan rekaan seperti lantai kayu yang nampak begitu bergaya jika digayakan di ruangan rumah.

Bukan sahaja ‘menang’ pada pilihan rekaannya malah disebabkan mudah dipasang tanpa perlukan kepakaran tinggi, juga menjadi sebab ramai ingin mencuba membuat pemasangan sendiri.

Di sini dikongsikan antara teknik pemasangan lantai vinyl dengan gaya pemasangan tulang ikan yang boleh difahami dengan mudah sebagaimana perkongsian daripada Net Azr.

Semoga ianya memberi manfaat untuk yang merancang melakukan diy pemasangan lantai vinyl di rumah. Selamat mencuba!

Tips kalau hampa nak pasang vinyl floor corak tulang ikan.

Alasan

Susunan cara 1 tu rapat ke dinding..
Mmg akan menjimatkan penggunaan vinyl.
Mudah tuk hampa nk potong vinyl tu tadi sebab potongan menegak ja.Kurang wastage nanti.

Jimat vinyl, jimat la duit hampa.

Susunan cara 2 tu pun boleh..tapi akan guna banyak vinyl nanti.. Sebab pa? Sebab tepi dinding nanti hampa kena potong senget.. Banyak wastage vinyl akan terjadi..so bazir ja.. Kalau expert yang buat, depa boleh potong bagi sama..

Kalu nubis cam kita ni haa, tangan pun terketaq2 nak potong, jangan harap nak sama dan ngam tuk sambungan vinyl..

Hampa paham dak? Kak hampa nak buat video pun malu. Kalau xfaham, hampa tanya la na..

Sekian sedikit perkongsian dari kak yang tak seberapa ni.

Kalau ada otai2 yang expert, sila betulkan kalau salah.

Hari ni kak pasang lantai guna gam tarik bulan(dunlop, ca blue) sebab ni pasang kat bahagian depan umah.. Tahan ayaq.

Customer tak mau corak tulang ikan.. Kalau dak kak belanja hampa video tadi.

Sini kak sertakan video cara nak sapu gam ni.. Sambil2 kak hampa ngah pening gam ni.. Sampai ke bulan dah ni ha.

Enjoy na.. Maaf kalau ada silap dan salah.

Sumber : Net Azr

Baca juga artikel ini : Nak Pasang Lantai Vinyl, Sebeluk Tu Baca Dulu Perkongsian ‘Sifu’ Ni Agar Tak Bahayakan Kesihatan.

Baca juga artikel ini : Pasang Lantai Vinyl Sendiri Bukan Je Jimat, Anak Beranak Pun Boleh Buat

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club